Pages

Friday, July 15, 2011

Himmah : Berlumba-lumba menjadi selebriti Syurga!


Selebriti syurga : Tidak terkenal di kalangan penghuni bumi, tetapi tersohor di kalangan penghuni langit.

Hari ini ramai orang yang ingin menjadi selebriti. Ya, selebriti yang dikenali oleh kebanyakan orang. Bahkan kehidupannya dikelilingi dengan kemahsyuran, keglamoran dan kepopularan. Dunia selebriti menjadi impian dan angan-angan sesiapa sahaja.

Dilimpahi kemewahan, kekayaan dan kesenangan yang mengiurkan hati.
Hati senang, jiwa lapang dan kehidupan kian berkembang!


Betulkah anggapan saya ini?

Jika tidak, tidak ramailah manusia  berpusu-pusu, berebut-rebut dan berlumba-lumba untuk menyertai pelbagai pertandingan ala-ala rancangan realiti televisyen yang kian bercambah di dunia penyiaran hari ini.
Jika tidak, tidak bersesak-sesaklah  anak-anak muda sama ada lelaki ataupun perempuan beratur dan berbaris berjam-jam untuk “mencuba” nasib di dalam ujian bakat yang diadakan di seluruh negara.
Jika tidak, tidak adalah yang sanggup berhabisan wang, tenaga, masa dan segala-galanya datang dari pelbagai tempat pendalaman dan sebagainya hanya kerana ingin megikuti ujian saringan dalam mencari selebriti-selebriti dunia hiburan dan sebagainya.

Dunia selebriti yang dicari-cari

Dunia selebriti sememangnya menjadi dambaan sekalian ramai orang. Bahkan saya yakin, anda juga terdetik untuk menjadi selebriti?
Selebriti yang tidak terbatas hanya kepada dunia artis sahaja. Tetapi, dunia yang meliputi semua bidang kehidupan. Ia membawa seseorang itu kepada dunia yang akan membuatkan dirinya –  mendapat perhatian dan menjadi sebutan di mana-mana.

Menjadi pemain bola sepak. Itu juga selebriti.
Menjadi ketua pengawas. Ketua organisasi atau jawatan dalam sesuatu persatuan. Ala-ala selebriti.
Menjadi penceramah yang terkenal yang diminati ramai orang.
Menjadi ikon masyarakat. Itu juga selebriti.
Menjadi pemimpin masyarakat. Disegani dan dihormati.
Menjadi pelakon, artis dan pengacara televisyen. Itu juga selebriti.
Menjadi penulis skrip, lirik, novelis dan sastera. Itu juga tokoh selebriti.

Teringat saya kata-kata seorang pendakwah terkenal Indonesia, Pak Agym :

“Hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG. Mahukah anda menjadi BINTANG? Bukan di pentas, bukan di televisyen tetapi di hadapan Allah.”

Semua orang punyai keinginan dan kemahuan jadi selebriti. Menjadi bintang atau selebriti itu kan kebanggaan keluarga? Disanjung dan dipuja orang. Seperti bintang-bintang Akademik Fantasia  yang digilai oleh anak-anak muda malah ‘nenek-nenek muda’!

Tetapi menjadi selebriti  di dunia hanyalah bersifat sementara. Hilang kecantikan, kemahiran, bakat  atau ketampanan di wajah atau kelunakan suara, selebriti tersebut akan dilupakan orang. Atau lahir selebriti  baru yang lebih hebat, perhatian tidak tertumpu lagi kepada selebriti  lama. Itulah dunia, pasang surutnya.

Namun, apabila kita menjadi  selebriti di mata Allah, kepopularan kita tidak akan hilang selagi kita mengekalkan prestasi kita. Tidak kira berapa banyak selebriti  baru muncul atau semakin usia kita meningkat, kita akan tetap menjadi  selebriti Allah. Kita tetap mendapat perhatian, terkenal dan disanjung.

Sanjungan itu bukan dikalangan penghuni bumi, tetapi mendapat sanjungan, pujian dan penghargaan daripada penghuni langit. Tidak terkenal dikalangan ahli-ahli dunia tetapi cukup hebat dan terkenal dikalangan ahli-ahli langit.

Bagaimana mahu menjadi selebriti  di hadapan Allah?

Selebriti di sisi Allah SWT, terkenal di langit tinggi mendapat pengiktirafan yang istimewa.

Itulah selebriti Syurga. Ia umpama Very Very Important Person (VVIP) yang akan mendiami jannah yang sangat indah lagi mempesona. MasyaAllah.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda :

“ Siapa pun yang memasuki syurga, maka ia akan merasakan kenikmatan dan tidak akan menderita. Pakaiannya tidak akan lusuh dan masa mudanya tidak akan habis. Di syurga terdapat hal-hal yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga dan tidak pernah terlintas di benak fikiran manusia.”

( HR Muslim dan Ahmad)

Selebriti  di sisi Allah SWT – ia bergemerlapan dengan sinar cahaya keimanan, wajahnya putih berseri kesan daripada air wudhuk serta kerap sujud menyembah Allah SWT, berprestasi dengan amal-amal nyata yang cemerlang, penuh kesungguhan dalam beramal, konsisten dalam memperkasakan medan dakwah dan sentiasa memelihara kebersihan, kejernihan & kesejahteraan hati.



Sirah Sang Penghuni Langit : Selebriti di sisi Allah SWT

Saya ingin berkongsi sebuah kisah sirah yang menarik. Kisah seorang tabi’in pada zaman Rasulullah SAW yang tidak pernah berjumpa Rasulullah SAW tetapi, baginda mengiktirafnya sebagai seorang sahabat.

Namanya cukup cantik dan indah didengar.

“Uwais al-Qarni”

Itulah namanya.

Seorang pemuda yang bermata biru, rambutnya merah, berpenampilan cukup segak, kulitnya kemerah-merahan, fakir miskin, ahli Al-Quran dan selalu menangis, tiada orang pun yang peduli atau menghiraukan tentang dirinya ketika hidup : tidak terkenal di kalangan penghuni bumi akan tetapi sangat terkenal di kalangan penghuni langit.

Uwais adalah pemuda yang berasal dari Yaman. Ketika, tersebarnya ajaran Islam di tanah Arab – beliau begitu terpesona dengan keindahan dan keadilan Islam. Inilah deen dan cara hidup yang dikehendakinya. Sinar kebenaran yang akan menyinar kegelapan dunia jahiliyah. Ketika, ajaran Islam sampai di Yaman, Uwais tanpa berlengah terus beriman dengan Rasulullah SAW dan beriktikad bahawa Allah SWT adalah Rabb-Nya.

Ramai di kalangan jiran tetangganya yang memeluk Islam pergi ke Madinah untuk bertemu Rasulullah SAW untuk bertemu secara langsung dengan baginda. Mereka mempelajari cara hidup Islam dan apabila pulangnya ke Yaman – cara hidup mereka telah berubah : hidup sebagai seorang muslim!

“ Cemburu”, itulah yang dirasai oleh Uwais.

Kehangatan kecintaan dan kerinduaan beliau kepada baginda Rasulullah SAW semakin membuak-buak. Hajat sungguh, lalu beliau bertekad untuk bertemu baginda. Beliau memiliki seorang ibu yang uzur dan berusia. Setiap hari, segala keperluan dan urusan peribadi ibunya, beliau yang mengambil tanggungjawab dengan penuh suka, rela dan gembira.

Beliau sangat menghormati dan menjaga ibunya dengan jagaan yang baik. Kerana perasaan yang rindu yang bersangatan untuk bertemu dengan akhirnya pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permintaan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata :

“Pergilah wahai anakku ! Temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”.

Uwais mengucapkan terima kasih kepada ibunya, lantas dipersiapkan barangan untuk ibunya yang mencukupi disepanjang peninggalannya.

Sesudah itu setelah menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih  kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Padang pasir  yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah.

Ketika berada dihadap pintu rumah Rasulullah SAW, isteri baginda Sayyidatina ‘Aisyah RA memaklumkan  tiada di rumah kerana sedang berada di medan perang. Namun, dengan ketetapan dan keizinan Allah SWT – beliau tidak berpeluang bertemu dan menatap wajah Rasulullah SAW secara bersemuka. Beliau menunggu dengan penuh kesabaran.Namun, suatu hari beliau menerima berita dari Yaman bahawa ibunya sakit tenat. Maka, dengan perasaan yang berat Uwais meninggalkan

Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit).
Mendengar perkataan baginda Rasulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah RA dan para sahabatnya terpegun. Menurut makna sayyidatina ‘Aisyah RA, memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu baginda SAW, memandang kepada sayyidina Ali RA dan sayyidina Umar RA dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Wah! Inilah kisah yang sangat luar biasa. Uwais al-Qarni, apabila menadah tangan dan berdoa, insyaAllah permintaannya akan dikabulkan oleh Allah SWT. MasyaAllah – tentunya beliau bukanlah manusia biasa.
Akhir hayat yang aneh dan mengejutkan
Dan, di saat akhir hayatnya – berlaku banyak perkara-perkara yang aneh. Setelah meninggal dunia, jenazahnya telah diuruskan oleh jumlah orang yang sangat ramai yang tidak dikenali oleh penduduk kampunganya.
Sedemikian banyaknya orang yang tidak dikenal muncul  untuk mengurus jenazah dan
perkuburannya , padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah bersiap siaga  melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya :
“Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ?
Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ?
Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya.
Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qarni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi terkenal di langit.

Prasyarat menjadi selebriti syurga
Saya tersentuh apabila membaca kisah Uwais al-Qarni. MasyaAllah, beliau adalah seorang yang sederhana, fakir miskin, tawadhuk, solat, warak dan berhati mulia. Tentunya beliau mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Inilah selebriti syurga contoh yang harus diteladani dan diikuti.
Seharusnya kita, mencontohi selebriti sebegini. Tidak perlu terkenal di dunia yang fana ini. Tetapi, di sisi Allah SWT mendapat darjat dan martabat yang tinggi.
Allah SWT pandang kepadanya. Tentunya, untuk menjadi calon selebriti syurga – kita harus menepati syarat-syaratnya.
Saya teringat suatu tazkirah oleh Murabbi saya :
“ Untuk menjadi ahli syurga kita harus zero dosa!”
Ahli syurga tiada langsung dosa yang tercalit padanya. Taubat menjadi suatu kemestian dan kewajipan yang dilakukan saban hari agar segala dosanya tersirna dan terhapus. Itulah hakikatnya, segala kesalahan, keaiban, dosa-dosanya dan nodanya telah terhapus dengan segala usaha amal ibadah.
Inilah istimewanya untuk menjadi calon selebriti syurga. Hidupnya dipenuhi dengan amalan soleh yang mendekatkan jiwa dan hatinya terhadap Allah SWT.  Ada sesuatu yang perlu kita gerakan untuk menjadi selebriti syurga.
Marilah kita perbaharui taubat dan istighfar kita setiap masa!
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Setiap anak Adam mempunyai kesalahan, dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan ialah orang-orang yang bertaubat.”
( Hadis Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ad-Darimi)
Al-Fudhail Bin Iyadh berkata : “ Beristighfar tanpa meninggalkan perbuatan dosa ialah taubatnya para pendusta.”
Sayyidan Aisyah RA berkata, “ Beruntunglah orang yang mendapat dalam lembaran catatanya istighfar yang banyak.”
Hassan al-Basri berkata, “ Perbanyakanlah beristighfar di rumah-rumah kalian, di meja-meja makan kalian, di jalan-jalan kalian, di pasar-pasar kalian,  dan di majlis-majlis ilmu kalian! Sebab, kalian tidak tahu bila keampunan itu akan turun.”
© Langitilahi.com

Thursday, July 14, 2011

Nisfu Syaaban malam pengampunan

Assalamualikum dan salam 1Dunia, tersentuh sungguh apabila membaca entri Ustaz Rahim bertajuk Nisfu Syaaban dan menyedarkan aku yang kekadang terlalu sibuk dengan duniawi. Syaaban terus berlalu dan tanpa kita sedari Ramadhan kian dekat tetapi belum pasti samada kita mampu bersama dengan Ramadhan yang mulia. Tarikh 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai tarikh malam Nisfu Syaaban yang malamnya ada banyak kelebihannya.
Antara petikan dari blog Ustaz Rahim :
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran  ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.
munajat Nisfu Syaaban malam pengampunan
Berikut ada kitaran semula entri Nisfu Syaaban aku yg lepas :
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)
Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.” 
Jadi mari sama-sama kita ikut nasihat Ustaz Rahim : marilah kita mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.

Monday, July 11, 2011

Motivasi: Memaknakan kehidupan

Bagaimanakah kita memaknakan kehidupan? ~ Picture by http://earfight.deviantart.com

Bagaimanakah untuk menadikan kehidupan kita sebagai kehidupan yang bermakna?
Pasti ramai yang terfikir. Melihat betapa hujung kehidupan seakan satu lubang hitam yang tidak diketahui, membuatkan kehidupan menjadi hambar dan dihurung keresahan.
Apabila kita melalui hari-hari dengan merasakan bahawa kehidupan kita tidak mempunyai makna yang signifikan, kita akan rasa lemah hendak melaluinya. Kita akan rasa letih dan penat menjalaninya.
Di sinilah kelemahan terbentuk dan hidup jadi tidak menentu.
Sedangkan, makna hidup itu wujud.
Tinggal kita sahaja perlu memaknakannya.

Cara memaknakan kehidupan 1: Mempunyai matlamat
Hendak memaknakan kehidupan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mempunyai matlamat.
Kehadiran matlamat membuatkan kehidupan mempunyai makna yang signifikan. Kita ada target yang hendak dicapai, kita ada sesuatu untuk dilakukan. Untuk menjadikan perkara ini lebih berkesan, maka kita perlu mewujudkan dua matlamat.
Matlamat jangka panjang.
Matlamat jangka pendek.
Matlamat jangka panjang adalah apa yang kita hendak capai di akhirnya. Manakala matlamat jangka pendek adalah perkara-perkara yang perlu kita capai untuk mencapai matlamat jangka panjang.
Hidup tanpa matlamat, samalah seperti main bola tanpa gol. Bosan, tidak bermakna, tidak mencapai apa-apa. Hidup punya matlamat, samalah seperti permainan bola yang mempunyai gol. Matlamat jangka panjang kita adalah hendak memenangi perlawanan, maka matlamat jangka pendek adalah kita perlu menjaringkan gol ke gawang lawan, dan menjaga gol kita dari dibolosi.
Kita tidak perlu suka mewujudkan matlamat jangka panjang dalam kehidupan. Hal ini kerana, Islam telah menyediakannya.
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah” Surah Ad-Dzariyat ayat 56.
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).” Surah An-Nisa’ ayat 14.
Persoalan utama adalah, bagaimana hendak mewujudkan matlamat jangka pendek bagi mencapai matlamat jangka panjang?

Cara memaknakan kehidupan 2: Merancang strategi mencapai matlamat
Permainan bola yang mempunyai gol juga boleh menjadi hambar dan membosankan sekiranya pemain-pemain di atas padang bermain semberono dan tidak berstrategi.
Begitulah kehidupan. Apabila kita menjalaninya tanpa strategi, maka ada kemungkinan besar kita tidak akan berjaya mencapai matlamat jauh kita.
Justeru, untuk memberikan kehidupan kita makna, strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat perlulah diatur.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” Surah As-Saff ayat 4.
Hatta Allah SWT juga melakukan sesuatu dalam keadaan yang amat tersusun.
“Alif Laam Raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,” Surah Hud ayat 1.
Soal diri kita, apakah yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat jangka panjang?
Maka di sinilah kita mewujudkan matlamat-matlamat jangka pendek.
Susun strategi untuk mencapainya. Berikan masa dan waktu yang sesuai untuk menggapainya. Kemudian usaha disiplinkan diri untuk mempunyainya.
Yang tidak berstrategi, atau tidak patuh dengan strateginya, hanya akan runtuh. Bayangkan anda menonton satu pertandingan bola sepak, yang pemain-pemainnya hanya tahu menendang bola keluar padang semata-mata. Atau satu permainan yang hanya penuh dengan pergaduhan dan layangan kad. Adakah itu bermakna untuk anda?
Jadi, adakah bermakna kehidupan dengan pergerakan yang menyimpang dari matlamat kehidupan, serta mendapat layangan-layangan ‘kad’ daripada Allah SWT?
Semestinya tidak bermakna.
Maka perlu punya strategi.

Cara memaknakan kehidupan 3: Mengkualitikan waktu yang wujud
Setiap permainan ada waktu yang terhad.
Begitu jugalah  kehidupan kita. Tinggal, kalau bermain bola kita tahu bahawa kita ada 90 minit, ditambah dengan beberapa minit waktu kecederaan. Tetapi tidak untuk kehidupan, kita tidak tahu bila waktu kita akan berakhir.
Namun asasnya tetap sama. Permainan punya waktu, kehidupan punya waktu. Pemain-pemain yang tidak berjaya menggunakan waktunya di dalam permainan pada tahap yang terbaik, maka dia akan kerugian.
Begitulah kehidupan. Kehidupan jadi tidak bermakna sekiranya waktu di dalam kehidupan terbazir begitu sahaja. Tidak bermakna, tidak punya harga. Kerana ia dikorbankan ke arah yang bukan menghala ke matlamat yang hendak dicapainya.
Di situlah kehidupannya menjadi tidak bernilai. Hal ini kerana, waktu adalah terhad.
Terbazir, ia tidak akan datang semula walau dibayar dengan harga tingginya 8 petala.
Pengkualitian waktu ini, hanya akan terwujud apabila pada kita ada satu perkara.
Itulah dia makhluk bernama SERIUS.

Penutup: Hidup adalah permainan. Ada kalah, ada menang. Tetapi tiada seri.
Dilihat semula, kehidupan adalah ibarat permainan.
Tinggal, kemungkinan ada permainan yang mempunyai seri. Namun di dalam kehidupan tiada seri. Akhirnya hanya ada menang atau kalah sahaja. Berjaya mencapai matlamat, atau tidak. Itu sahaja.
Makna kehidupan hanya akan diperolehi apabila tiga perkara di atas wujud di dalam diri.
Hidup yang bermatlamat, adalah hidup yang bermakna.
Kerana perjalanan hidupnya terisi dengan perancangan-perancangan mencapai matlamatnya.
Waktu-waktunya habis semuanya dinilai kerana melaksanakan perancangan-perancangannya.
Inilah dia kehidupan yang bermakna.
Yang memahami ini tak akan gundah, kerana lubang hitam pada masa hadapannya telah hilang.
© Langitilahi.com

Sunday, July 10, 2011

Peristiwa HITAM BERSIH 2.0


Peristiwa Hitam dan Pahit menyelubungi Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 semalam. Walaupun diasak hampir sebulan melalui media massa tunggangan kerajaan zalim Barisan Nasional (BN) bahawa BERSIH 2.0 tidak bersih serta dibantu oleh Pihak Polis yang setiap masa menggugut serta dilihat cuba menakutkan semua penyokong gerakan itu dengan harapan perhimpunan semalam tidak mendapat sambutan, amat meleset sekali apabila dianggarkan hampir 50 ribu  perserta perhimpunan berjaya membolosi hampir semua 30 sekatan jalan masuk ke pusat bandar itu semalam. Jika tidak kerana tangkapan demi tangkapan di stesyen LRT, Monorail, dan KTMB serta tangkapan yang dibuat ketika cuba melalui sekatan jalan itu, dianggarkan beratus ribu lagi penyokong Bersih 2.0 akan bersama-sama dengan kumpulan utama berarak ke Stadium Negara untuk kemudiannya menyerahkan memorandum 8 tuntutan BERSIH 2.0 itu kepada wakil ISTANA.

120 NGO antarabangsa serta SUHAKAM mengutuk tindakan zalim kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada peserta pehimpunan AMAN itu kerana dilihat jelas melanggar hak asasi manusia serta perlembagaan negara.

Tindakan yang diibaratkan MEROGOL kebebasan bersuara serta MENGHERET nilai-nilai kemanusiaan ke tahap yang lebih rendah dan hina dari binatang itu jelas dapat dilihat ketika perarakan itu khususnya tindakan pihak FRU yang melepaskan gas pemedih mata dari jarak bahaya sehingga dikatakan oleh peserta-peserta lain sebagai faktor utama yang menyumbang kepada kematian suami kepada Ketua Wanita KEADILAN SetiaWangsa, Allahyarham Baharudin Ahmad yang gugur syahid hanya kerana ingin menuntut keadilan yang sama rata dalam proses pilihanraya negara serta ingin menyuburkan demokrasi demi masa hadapan keseluruhan generasi Rakyat Malaysia. Tambahan pula 2 peserta lain perhimpunan Aman itu juga dikatakan masih di ICU Hospital Kuala Lumpur dan nasib mereka masih tidak diketahui.

Malah komentar-komentar yang penuh emosi dan menyayat hati itu dari peserta-peserta yang dibebaskan malam semalam daripada tahanan di PULAPOL khususnya tindakan rakus dan kejam pihak FRU ke atas peserta wanita tidak dapat dijangkau oleh akal manusia yang waras.

Mereka diheret dengan tangan terikat dan digari dengan kasar serta ditolak dengan paksa seperti binatang-binatang ke kenderaan Polis tanpa langsung ingin melayani rintihan mangsa-mangsa untuk dilonggarkan ikatan tangan. Dengan cortar-cortar mereka yang menyinggahi anggota badan peserta dan juga kaki mereka yang tidak henti menendang serta ada juga leher peserta yang diikat dari bendera negara yang dirampas cukup jelas satu kezaliman yang ternyata mirip tindakan ganas Polis Rahsia negara Komunis RUSIA GESTAPO.


Siapakan yang KOMUNIS sebenarnya? Siapakah yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa memerintah?

Malah tindakan ala-samseng pihak peronda POLIS yang melanggar motorsikal yang ditunggangi Timbalan Presiden PAS, Tn.Haji Mohamad Sabu hanya kerana ingin menahan beliau dilihat cukup tidak bertamadun, biadap dan bacul.

Yakinlah, Tsunami BERSIH 2.0 akan bertiup kencang di seluruh negara kerana tindakan drakonian pihak pemerintah yang zalim kepada peserta-peserta BERSIH 2.0 khususnya tindakan zalim kepada 60 NGO-NGO dan parti politik yang menyokong tuntutan BERSIH itu demi masa hadapan seluruh Rakyat Malaysia.

Saya meninggalkan perkarangan PULAPOL semalam dengan satu tangisan kerana mengenangkan seorang wanita yang terpaksa berdiri sambil mendukung bayi kecilnya di dalam kenderaan Polis. Walaupun terpaksa melalui semua itu, terukir satu senyuman penuh semangat seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini hanyalah permulaan kepada segalanya. UMNO dan Kerajaan Zalim Barisan Nasional (BN) kini sudah berada dipenghujung usia.

Wallahua’lam.

Video BERSIH

BERSIH perlu digerakkan diseluruh negeri tanah air


 

Hari ini dalam sejarah 09 Julai 2011. Rakyat malaysia telah mengamuk sakan di Kuala Lumpur. Geng-geng kulit hitam, kulit putih dan kulit kelabu sebelum ini yang monopoli bandar Kuala Lumpur dengan melepak, mengamuk dan membuat onar di bandar tak kelihatan pd hari ini. Maybe diaorang bagi peluang kat rakyat sendiri mengamuk pulak. "turn you into a rage today" bentak salah sorang negro yang secara kebetulan muncul ditengah-tengah himpunan tersebut. Kalau ikut maksud negro tu "hari ni giliran kamu pulak mengamuk". Lebih kurang gitu lah maksudnya.

Apa pun tahniah dan syabas kepada semua penyokong-penyokong kuning walaupun tak nampak kuning hari ni. Biasa la tektik kena tau.. Kalau dari awal berbaju kuning kompom jadi macam Tian Chua awal-awal lagi dah kena cekup Polis.

Saranan SK agar BERSIH ini tidak dihentikan. Ianya patut diteruskan diseluruh negeri tanah air yang tercinta ini. Jangan menganggap saranan SK ini untuk membuat huru hara. TIDAK SAMA SEKALI UNTUK MENHURU-HARAKAN KEADAAN. Lagipun, bukan ke sebelum ni pihak Polis dah bagi kebenaran "kalau nak buat himpunan biar diluar Kuala Lumpur"so biar kita lakukan pulak di seluruh negeri yang bertuah ini. Kita buat perarakan untuk serah memo kepada Sultan masing-masing. Biar Sultan tengok memo yang diserahkan dan ambil action yang sewajarnya. Jangan hentikan demontrasi sehingga menjelang PRU13 dan KERAjaan Najib menerima tuntutan-tuntutan yang diketengahkan. Bukan susah pun KERAjaan Najib nak terima tuntutan yang tak seberapa tu..atau memang Najib ni jenis takdak te**q, penakut. Berani kerana Benar la Mat Najib oiii. Jangan dok berani cakap dalam TV saja.. itu bukan berani namanya.

Apa pun syabas dan tahniah sekali lagi kepada seluruh lapisan masyarakat yang telah bersama-sama BERSIH hari ini. KITA MESTI BERIKAN JAWAPAN TERBAIK DALAM PRU13 NI NANTI. Sama-sama kita hancurkan regim UMNOBN yang sudah BUSUK HINGGA KE USUS ni.

JANGAN BIARKAN LAGI MALAYSIA DITADBIR PENYAMUN

LAGI GAMBAR-GAMBAR UNIK BERSIH 2.0

 
Dalam banyak-banyak... yg nie paling power!!!