ika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yg SOLEHAH.Jika inginkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH,tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH.Bertemu yg solehah,solehahnya dia belum tentu KEKAL.Bertemu yg soleh,solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.Perkahwinan adalah sebahagian drpda proses utk MENJADI,bukan MENCARI..
subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..(T__T)
"orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu"..subhanallah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..
aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bagi bertemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sentiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapt brtemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mngimpiknmu mnjadi zaujku"..amin ya rabbi..
ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati(qolbi)..
aku yg jahil : apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?
qolbi : seseorang yang soleh pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi solehah..
aku yang jahil : masya Allah, astaghfirullah...apakah dia masih setia menunggu aku?
qolbi : segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..
aku yang jahil : astaghfirullah..apakah aku kini masih berpeluang utk melamarnya?
qolbi : sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T..
aku yang jahil : astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi?
qolbi : bukan kamu yang memutuskan apakah kamu solehah atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi solehah, bukan membuat keputusan yang kamu solehah..selagi mana kamu memikirkan apakah aku solehah atau tidak, maka selagi itu lah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, apakah aku bisa mendapat hawa yang rajin beramal ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T.
aku yang jahil : subhanallah..apakah boleh aku niat dihati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang soleh?
qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui dari mu apakah amalan mu itu diterima atau tidak atau bagaimana...tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya..bukan mempersoalkannya..
aku yang jahil : astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...
qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamanya..
aku yang jahil : astaghfirullah..syukri fillah...
wallahua'lam..
"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..
Showing posts with label Soal Cinta. Show all posts
Showing posts with label Soal Cinta. Show all posts
Wednesday, September 14, 2011
Wednesday, August 24, 2011
law kana bainana
law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb
fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb
fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen
====================
لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب
في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب
فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين
====================
kalaulah Al-habib (nabi muhamad) ada diantara kita..
maka akan hampir kepadanya yg jauh & yg dekat
drpada ‘Toybah’ sebelum ia lenyap..
mengharapkan dekat denganya (al-Habib)
hampir denganya jiwa rasa tenang
jika kau berdoa pasti diperkenankan-NYA..
cahaya Taha ( Nabi Muhamad ) tidak pernah lenyap
pertemukanlah kami denganya Ya Mujib (
kan ku gadaikan nyawaku wahai Habib ( nabi)
Muhamad yg memuliakan gharib (org yg jauh/ tidak dikenali)
berhampiran dengan mu jiwa rasa tenang
wahai Rahmat sekalian alam
Ya Habibi Ya Muhammad
(wahai kekasihku Muhammad)
Ya Tobibi Ya Mumajjad
(wahai penawarku yg dimuliakan)
Anta zul-Fadhlil—muayyad
(kau yang memiliki segala kelebihan)
Jalla man solla ‘alaik
(kemuliaan bagi mereka yg berselawat ke atas mu)
Labels:
Soal Cinta
Sunday, August 14, 2011
Si Mawar dan Sang Kumbang

Si Mawar dan Sang Kumbang
Wahai Mawar,
Indahnya dirimu kembang mekar dan harum mewangi di taman
Menyuntik rasa cinta dan sayang sang kumbang untuk mendekatimu
Tetap ingin mendekatimu walaupun terluka dek kerana tajamnya durimu
Inilah bukti rasa cinta dan sayang sang kumbang demimu, Mawar
Alangkah bahagianya saat sang kumbang berjanji menyayangi
Wahai Mawar,
Indahnya dirimu kembang mekar dan harum mewangi di taman
Menyuntik rasa cinta dan sayang sang kumbang untuk mendekatimu
Tetap ingin mendekatimu walaupun terluka dek kerana tajamnya durimu
Inilah bukti rasa cinta dan sayang sang kumbang demimu, Mawar
Alangkah bahagianya saat sang kumbang berjanji menyayangi
dan memilikimu seumur hidupnya
Alangkah bahagianya saat cinta dan sayang si Mawar
Alangkah bahagianya saat cinta dan sayang si Mawar
terhadap sang kumbang berbalas
Benar, sang kumbang amat di pujanya dahulu.
Mungkin kerana hebatnya sang kumbang mengatasi serangga-serangga yang lain
Sang kumbang berjanji benar-benar ingin setia
Benar, sang kumbang amat di pujanya dahulu.
Mungkin kerana hebatnya sang kumbang mengatasi serangga-serangga yang lain
Sang kumbang berjanji benar-benar ingin setia
dan menyayangi sepanjang hayatnya
Terharu si Mawar dan sedaya upaya menempis
Terharu si Mawar dan sedaya upaya menempis
serangga-serangga yang lain dari mendekatinya
Betapa hebatnya sang kumbang pada Mawar
Sehingga menyerahkan madu yang dijaga dan disimpan rapi selama ini.
Lemahnya dirimu Mawar…hebatnya dirimu Sang Kumbang…
Bila halangan melanda, kau tinggalkan
Betapa hebatnya sang kumbang pada Mawar
Sehingga menyerahkan madu yang dijaga dan disimpan rapi selama ini.
Lemahnya dirimu Mawar…hebatnya dirimu Sang Kumbang…
Bila halangan melanda, kau tinggalkan
dan biarkan Mawar menanggungnya sendirian
Benar, Mawar juga merelakan engkau menghiggapinya
Tapi tahukah engkau wahai Kumbang..
Mawar hanyalah sekuntum bunga…
Benar, Mawar juga merelakan engkau menghiggapinya
Tapi tahukah engkau wahai Kumbang..
Mawar hanyalah sekuntum bunga…

Wahai Kumbang,
Tahukah akan engkau, betapa perit
dan deritanya Mawar menanggungnya sendirian?
Tahukah akan engkau Mawar sentiasa menantimu?
Tahukah engkau betapa Mawar cemburu melihat bunga-bunga yang lain?
Benar, Mawar tahu madunya tidak dapat dikembalikan..
Tapi, masihkah dengan janji-janjimu,
Tahukah akan engkau Mawar sentiasa menantimu?
Tahukah engkau betapa Mawar cemburu melihat bunga-bunga yang lain?
Benar, Mawar tahu madunya tidak dapat dikembalikan..
Tapi, masihkah dengan janji-janjimu,
apapun jadi Mawar tetap menjadi milikmu?
Menjaganya dan sama-sama menanggungnya?
Apalah dayamu wahai Mawar…
Kerana engkau hanyalah sekuntum bunga…
Sangkaannya engkau berbeza dari serangga-serangga yang lain
Tapi benarlah apabila engkau sendiri sanggup menghisap madunya
Bererti engkau tiada bezapun dengan serangga-serangga yang lain
Benar, Mawar itu tidaklah sesempurna dan seindah seperti yang didambakan
Tapi, bajailah dan siramilah Mawar menjadi apa yang engkau dambakan
Betapa deritanya Mawar menanggungnya sendirian
Tiadakah sekelumit perasaan sayang dan tanggungjawab pada Si Mawar?
Pergi menghisap madu yang lain setelah sekuntum Mawar engkau tinggalkan
Wahai kumbang,
Benar, bukanlah pintamu dan kehendakmu
Menjaganya dan sama-sama menanggungnya?
Apalah dayamu wahai Mawar…
Kerana engkau hanyalah sekuntum bunga…
Sangkaannya engkau berbeza dari serangga-serangga yang lain
Tapi benarlah apabila engkau sendiri sanggup menghisap madunya
Bererti engkau tiada bezapun dengan serangga-serangga yang lain
Benar, Mawar itu tidaklah sesempurna dan seindah seperti yang didambakan
Tapi, bajailah dan siramilah Mawar menjadi apa yang engkau dambakan
Betapa deritanya Mawar menanggungnya sendirian
Tiadakah sekelumit perasaan sayang dan tanggungjawab pada Si Mawar?
Pergi menghisap madu yang lain setelah sekuntum Mawar engkau tinggalkan
Wahai kumbang,
Benar, bukanlah pintamu dan kehendakmu
untuk meninggalkan Mawar sendirian
Seindah manapun bunga Mawar itu,
Pasti ada juga kekurangannya
Tapi wahai sang kumbang,
Janganlah engkau melihat kepada kekurangan yang ada padanya
Tapi lihatlah pada kelebihan dan persamaan yang ada pada Mawar.
Benar, engkau ingin membiarkan takdir penentu segalanya
Tapi mudahnya engkau melafazkan
Kerana Mawar yang menanggungnya sendirian.
Apakah engkau mendengar wahai sang kumbang?
Apalah daya kerana Mawar hanyalah sekuntum bunga…
Wahai Mawar,
Hadapilah dengan tabah
Engkau masih lagi bisa mengeluarkan haruman
Seindah manapun bunga Mawar itu,
Pasti ada juga kekurangannya
Tapi wahai sang kumbang,
Janganlah engkau melihat kepada kekurangan yang ada padanya
Tapi lihatlah pada kelebihan dan persamaan yang ada pada Mawar.
Benar, engkau ingin membiarkan takdir penentu segalanya
Tapi mudahnya engkau melafazkan
Kerana Mawar yang menanggungnya sendirian.
Apakah engkau mendengar wahai sang kumbang?
Apalah daya kerana Mawar hanyalah sekuntum bunga…
Wahai Mawar,
Hadapilah dengan tabah
Engkau masih lagi bisa mengeluarkan haruman
dan keindahan pada serangga lain
Yang benar-benar dapat mengotakan janjinya padamu
Yang benar-benar dapat menerimamu seadanya
Menanti serangga yang berbeza dari serangga yang lain
Sabarlah wahai Mawar
Engkau masih lagi sekuntum mawar yang mekar dan berduri….
Yang benar-benar dapat mengotakan janjinya padamu
Yang benar-benar dapat menerimamu seadanya
Menanti serangga yang berbeza dari serangga yang lain
Sabarlah wahai Mawar
Engkau masih lagi sekuntum mawar yang mekar dan berduri….
Labels:
Soal Cinta
AISYAH BINTI ABU BAKR R.HA: ISTERI YANG KREATIF MEMPAMERKAN CINTANYA
![]() |
| Saidatina Aisyah r.ha adalah isteri kesayangan Nabi selepas wafatnya isteri pertama yang tidak pernah dimadukannya, Saidatina Khadijah r.ha. |
Lumrah Cinta
Lumrah cinta, seorang kekasih paling cenderung pada seorang sahaja kekasih dalam bab hati dan perasaan. Tiada seorang lelakipun di dunia ini yang mampu berlaku adil dalam hal cinta. Keadilan hanya mampu berlaku dalam hal luaran semata-mata. Begitulah kecenderungan cinta Rasulullah SAW kepada Aisyah r.ha, ia bukan lagi satu rahsia.
Siapakah wanita pertama di hati Rasulullah SAW selepas Khadijah r.ha? Bukan Saudah r.ha sebaliknya Aisyah r.ha. Baginda menikahi Saudah r.ha dan Aisyah r.ha pada masa yang sama. Saudah ketika itu merupakan janda yang sudah tua, uzur, gemuk dan tidak menarik. (Rujuk Mahmud al-Mishri, 35 Sirah Shahabiyah). Memandangkan Aisyah r.ha masih kecil, Saudah r.ha lebih dahulu berada di sisi Nabi setelah Khadijah r.ha. Namun, Aisyah r.ha lebih dahulu memenangi hati dan cinta baginda berbanding Saudah r.ha.
Allah SWT banyak kali menghadirkan mimpi tentang wanita suci bernama Aisyah r.ha. sebelum hadirnya Saudah r.ha. Dalam kecemburuan, Aisyah redha seorang demi seorang janda-janda yang perlukan pembelaan, menumpang kasih suaminya.Kenapa? Kerana dia sedar semua itu hanya untuk kepentingan Islam, bukan kepentingan nafsu baginda. Oleh sebab lumrah cinta yang tiada ‘dua’ ini, tidak hairanlah, Prof. Dr. Mahmud Zuhdi menjelaskan dalam bukunya yang terkenal, Undang-undang Keluarga Islam bahawa majoriti ulama mengatakan poligami itu diharuskan bukannya digalakkan.
Kelebihan Aisyah r.ha.
Aisyah r.ha berbicara, “Ada 7 kelebihanku yang tidak dimiliki wanita lain kecuali kelebihan yang diberikan Allah kepada Maryam binti I’mran. Demi Allah, dengan mengatakan hal ini aku tidak bermaksud membanggakan diriku atas teman-temanku (isteri-isteri Rasulullah yang lain).”
Abdullah bin Shafwan bertanya, “Apa 7 kelebihan itu wahai ummul mukminin?”
Aisyah r.ha menjawab,
1)Malaikat (Jibril) membawa imejku kepada Rasulullah SAW (dalam mimpi).
2)Rasulullah SAW menikahiku saat diriku berumur 7 tahun, lalu aku diserahkan serumah dengan baginda saat berusia 9 tahun. Baginda menikahiku saat aku perawan.
3)Beliau menerima wahyu ketika sedang berada dalam satu selimut denganku.
4) Aku adalah orang yang paling dicintai oleh baginda dan puteri dari orang yang paling baginda sayangi (Abu Bakr).
5) Allah menurunkan beberapa ayat-ayat Al-Quran kerana aku di saat umat hampir celaka kerananya.
6) Aku pernah melihat Jibril dan tidak ada seorangpun di antara isteri-isteri Rasulullah lainnya yang pernah melihatnya.
7) Rasulullah SAW meninggal di rumahku pada saat tidak ada orang yang menguruskannya, selain diriku dan malaikat.
(Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaid, no. 15308, “Riwayat ini tercantum dalam kitab Ash-Shahih dengan ringkas sementara riwayat di atas dari Thabrani. Para perawi dalam salah satu sanat riwayat Thabrani adalah perawi-perawi kitab al-Shahih. Rujuk juga riwayat Hakim, vol.4, hlm. 10. Hakim menyatakan hadis ini sahih dan al-Zahabi menyetujuinya).
Kedudukan Aisyah r.ha di Hati Rasulullah
Dalam riwayat lain, Aisyah r.ha bercerita, “Rasulullah SAW masuk ke rumahku dan baginda mendapatiku sedang menangis. Baginda bertanya, “Mengapa dinda menangis?” Aku menjawab, “Fatimah menghinaku.” Rasulullah SAW segera memanggil Fatimah lalu berkata, “Wahai Fatimah, apakah benar anakanda menghina Aisyah?” Fatimah menjawab, “Benar, wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW berkata, “Bukankah anakanda mencintai apa yang ayahanda cintai?” Fatimah menjawab, “Sudah tentu.” Rasulullah SAW berkata, “Sesungguhnya ayahanda mencintai Aisyah, maka cintailah dia.” Fatimah berkata, “Kalau begitu, saya tidak akan pernah mengatakan sesuatu yang dapat menyakiti Aisyah lagi.” (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaid, no.15311, perawi-perawi lainnya adalah para perawi kitab al-Sahih)
Cemburu Aisyah Bukan Kekurangan Tapi Tanda Besarnya Cinta
Aisyah menceritakan, “Suatu ketika Rasulullah SAW berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.’ Aku bertanya, ‘Bagaimana kanda tahu?’ Baginda menjawab, ‘Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi Tuhan Ibrahim! Aisyah berkata, ‘Itu benar. Demi Allah ! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.’” (Muttafaqun Alaih).
Imam al-Nawawi berkata, “Mengenai pernyataan Rasulullah kepada Aisyah ini, al-Qadhi berkata, ‘Kemarahan Aisyah kepada Nabi adalah dalam bentuk kecemburuan kepada baginda. Kecemburuan menjadi faktor tidak berlakunya sekian banyak hukum bagi wanita kerana ia tidak dapat dipisahkan daripadanya. Bahkan Imam Malik dan ulama-ulama Madinah lainnya berpendapat, tidak berlaku bagi wanita yang menuduhnya suaminya berzina ketika ia sedang cemburu. Pendapat ini berdasarkan hadis Nabi, ‘Wanita cemburu tidak dapat membezakan antara bibir lembah dan dasarnya.”
Jika pengertian hadis di atas tidak bermaksud kemarahan kerana cemburu, maka Aisyah berada dalam kedudukan yang sangat sulit kerana marah dan menjauhi Rasulullah SAW merupakan dosa besar. Untuk itu Aisyah r.ha berkata, “Dinda hanya mampu menjauhi namamu.” Ini menunjukkan perasaan hati dan kecintaannya kepada Rasulullah SAW tetap seperti sedia kala. Kecemburuan wanita didorong oleh rasa cinta yang terlalu besar.” (Rujuk Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, vol.15. hlm.292-293).
Minta Digigit Ular dan Kala Jengking agar Mendapat Perhatian Suami
Aisyah mengatakan bahawa jika Rasulullah SAW hendak melakukan perjalanan jauh, maka baginda akan mengundi siapa di antara isterinya yang akan menemani baginda. Suatu ketika, Aisyah dan Hafsah terpilih sehingga mereka berdua sama-sama mengikuti baginda. Selama dalam perjalanan, Rasulullah SAW memilih waktu malam untuk berjalan dan berbincang dengan Aisyah. Oleh sebab itu, pada suatu hari Hafsah berkata kepada Aisyah, “Apakah awak bersedia jika malam ini, saya menaiki unta awak dan awak menaiki unta saya, lalu kita tetap menjaga jarak hingga kita dapat saling melihat.” Aisyah bersetuju.
Saat malam tiba, Aisyah menaiki unta Hafsah, sedangkan Hafsah menaiki unta Aisyah. Kemudian datanglah Rasulullah dan naik di bahagian depan unta Aisyah yang kali ini membawa Hafsah. Setelah mengucapkan salam, beliau menjalankan untanya hingga beristirehat di suatu tempat. Saat itulah Aisyah tidak dapat mengikutinya dan kehilangan jejak Rasulullah, maka rasa cemburunya tidak dapat dibendung. Ketika Aisyah sampai di tempat istirehat, beliau lalu menyelitkan kakinya antara daun-daun idzkir lalu berkata, “Ya Tuhanku, suruhlah kala jengking dan ular menggigitku. Rasul-Mu, entah apa yang dilakukannya, sedangkan aku tidak mampu berkata apa-apa. (HR Muslim, no.2445, kitab Fadhailus Sahabah, bab Fii Fadhl Aisyah r.ha.).
Bertanyakan Cinta Lalu Dihiburkan Suami dengan Lafaz Cinta
Aisyah r.ha mengatakan bahawa dia pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling kanda cintai?” Baginda bertanya balik, “Kenapa dinda bertanya seperti itu?” Aisyah menjawab, “Dinda ingin mencintai orang yang kanda cintai.” Baginda menjelaskan, “Dia adalah Aisyah.” (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaa’id no.15309, hadis ini diriwayatkan oleh Thabrani. Sanadnya hasan.)
Lebih Memilih Zuhud daripada Meminta-minta dengan Suami
Urwah mengatakan bahawa Aisyah r.ha berkata, “Demi Allah, wahai anak saudaraku, kami pernah melihat kemunculan bulan sabit, lalu bulan sabit berikutnya, lalu bulan sabit berikutnya, yakni tiga kali kemunculan bulan sabit atau dua bulan berturut-turut, di rumah-rumah Rasulullah sama sekali tidak dinyalakan api (untuk memasak).”
Urwah bertanya, “Lalu dengan apa mereka dapat bertahan hidup?” Aisyah menjawab, “Dengan al-Aswadaan, yakni kurma dan air. Hanya sahaja, Rasulullah SAW mempunyai beberapa tetangga daripada kalangan ansar yang mempunyai kambing. Mereka sering mengirimkan susunya kepada beliau. Lalu beliau memberikan kepada kami.” (Muttafaqun a’laih).
Cerita tentang kezuhudan Aisyah terlalu banyak. Dia memilih kesederhanaan walaupun sering kali dilimpahkan kekayaan. Antara ceritanya yang mahsyur ialah, Urwah pernah menggambarkan gaya hidup Aisyah bahawa dia pernah membahagi-bahagikan 70,000 dirham wang perak padahal saat yang sama, dia menampal jahitan pakaiannya. (al-Zuhd, Imam Ahmad, hlm. 205-206).
Suatu ketika, Muawiyah pernah mengirimkan 100,000 dirham kepada Aisyah. Maka Aisyah langsung membahagi-bahagikannya tanpa meninggalkan sedikitpun. Sehingga Barirah berkata kepadanya, “Sesungguhnya puan sedang berpuasa. Mengapa puan tidak tinggalkan satu dirham sahaja untuk membeli daging?” Aisyah lalu berkata, “Kalau tadi awak ingatkan saya, sudah tentu saya melakukannya.” (Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab al-Hilyah, vol.2. hlm 7).
Banyak Solat dan Puasa
Urwah menuturkan bahawa Aisyah selalu berpuasa. Al-Qasim mengatakan bahawa Aisyah berpuasa sepanjang masa. Ia hanya berbuka (tidak puasa), pada hari Aidul Adha dan Aidul Fitri.
Dalam riwayat lain, Urwah menceritkan bahawa setiap hari, dia memulai kegiatannya dengan mengunjungi ibu saudaranya, Aisyah r.ha untuk mengucapkan salam kepadanya. Pada suatu hari, dia pergi ke rumahnya, ketika itu dia sedang solat dan berdoa. Aisyah terus berdoa dan menangis sambil mengulang-ulang bacaan Surah al-Thur, ayat 27 yang bermaksud, “Maka Allah member kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka.” Urwah berdiri dengan lama hingga dia pergi dahulu ke pasar untuk membeli keperluan. Apabila dia kembali semula ke rumah Aisyah, dia melihat Aisyah masih lagi solat dan menangis.
Tahan Ujian
Aisyah mengikuti Rasulullah SAW dalam perang Musthaliq setelah undian. Sepulangnya beliau daripada perang ini, beliau telah mendapat ujian berat berupa fitnah tentang perlakuan sumbang. Ia bermula apabila beliau kehilangan kalung lalu mencarinya sehingga tertinggal rombongan. Kebetulan Shafwan bin Mua’ththal as-Sullami berjalan di belakang. Apabila melihat Aisyah, dia lalu membiarkan Aisyah menaiki untanya lalu dituntun menyusuli rombongan.Fitnah menular dengan cepat sehingga Rasulullah bersedih.
Aisyah yang yakin dengan pembelaan Tuhannya, hanya mampu bersabar. Akhirnya, Allah membersihkan Aisyah daripada fitnah itu dengan turunnya ayat-ayat Al-Quran yang akan terus dibaca sepanjang zaman.
Pemalunya Menghias Iman
Ummul Mukminin Aisyah berkata, “ Setiap kali aku masuk ke rumahku yang di dalamnya telah dimakamkan jasad Rasulullah SAW dan ayahku sendiri, dan hendak membuka baju, aku berkata dalam hati, ‘Tidak perlu malu kerana di sini hanya ada suamiku dan ayahku sendiri.’ Tetapi setelah Umar RA dimakamkan di tempat yang sama, demi Allah, setiap kali berada di dalam rumah, aku selalu memakai pakaian lengkap, kerana malu kepada Umar RA (Bahjatul Majaalis, al-Qurthubi).
Sungguh indah peribadi murobbiah kita yang malu kepada insane-insan yang sudah tidak bernyawa. Namun realiti hari ini, sejauh mana rasa malu wanita-wanita kita?
Mengikuti Jejak Kekasihnya
Qais mengatakan bahawa Aisyah r.ha pernah bercita-cita ingin dikuburkan di dalam rumahnya, di sisi suami tercinta, tetapi kemudian beliau berkata, “Sesungguhnya aku melakukan suatu kesalahan setelah perginya Rasulullah SAW. Maka, kuburkanlah jasadku bersama ister-isteri baginda yang lain.” Oleh sebab itu, Aisyah dikuburkan di Baqi’, semoga Allah meredainya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad, vol. 8, hlm 74).
Maksud ucapan Aisyah, melakukan satu keslaahan, adalah terlibat dalam perang Jamal. Aisyah
sangat menyesalinya walaupun dia sebenarnya langsung tidak berniat ke arah itu. Dia cuma berijtihad melakukan kebaikan, sebagaimana dilakukan oleh Thalhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam dan sahabat-sahabat yang lain, semoga Allah meredai mereka kesemuanya.
Pada bulan Ramadhan, tahun 58 Hijriah, Ummul Mukminin Aisyah r.ha menghembuskan nafasnya yang terakhir dan kembali ke pangkuan Tuhannya dengan penuh keredaan. Ketika perginya Aisyah r.ha, Ummu Salamah mengumumkan, “Demi Allah, dia adalah orang yang paling dicintai Rasulullah SAW, selain ayahnya.” Jasad Aisyah r.ha dimakamkan pada malam itu juga tepat setelah solat witir.
Labels:
Soal Cinta
Perspektif Jodoh
Yang salah, jodoh tidak perlu dicari.Yang betul, Allah menyuruh manusia berusaha.
Yang salah, perempuan hanya perlu menunggu
Yang betul, Saidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah SAW.
Yang salah, perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan.
Yang betul, perempuan berhak memilih.
Yang salah, alang-alang sudah terlanjur, diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi akan menemui lelaki/wanita yang baik.
Yang betul, Allah senantiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya.
Yang salah, pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan,
Yang betul, perbezaan boleh menjadikan pasangan saling melengkapi.
Yang salah, perlu bercinta sebelum kahwin.
Yang betul, ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin.
Yang salah, pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber’SMS’ dan berjumpa.
Yang betul, selagi belum berkahwin, syariat membataskan hubungan antara pasangan . mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber’SMS’ sehingga melalaikan.
Yang salah, janji manis pasangan harus dipercayai. Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya “I tidak ada harta, tetapi I ada cinta.”
Yang betul, lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawabkerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untu menyara pasangannya. Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan.
Yang salah, contoh yang lain : “I tidak akan usik U sebelum kita nikah.
Yang betul, dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sahaja yang dibawa. Oleh itu,tidak hairanlah apabila reality menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah perzinaan.
Wallahua’lam. Dipetik dari rencana ‘Dekatkan Jodoh Kita ‘ oleh Dato’ Doktor Fadzillah Kamsah, terbitan Solusi ,isu 31.
Labels:
Motivasi,
Soal Cinta
•♥• ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG •♥•
• Wanita Solehah Itu, Bidadari Syurga •
♥♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥•♥• ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG •♥•
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku
Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau bisa mencintai aku apa adanya
Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Kerana....
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~
![]() |
| Tidakkah kau rasai indahnya cinta andai tiada cinta buat Yang Maha Esa |
ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG...♥
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥
_____$$$$$
____$$$$$
___$$$$$$$
____$$$$$......*~*~*
_____$$$......~°~°~°
____$$$$$....°~°~°~°
__$$$$$$$$$~°~°~°~°
_$$$$$$$$$$$~°~°~°~
$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°
$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°~°
$$$$$$$$$$$$~°~ °~°~°~°
$$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°~°
_$$$$$$$$$~*$$~°~°~°~°~°
__$$$$$$$$~*~*$$~°~°~°~°
__$$$$$$$$*~*~*$$~°~°~°
__$$$$$$$$$~*~*~*~°~°
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$*~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$ ~*~*~*~*~*~*
__$$$$$$~*~*~*~*~*~ *~*~*
__$$$$~*~*~~*~*~*~*~*~*~*
__$$$~*~*~*~ *~*~*~*~*~*~*~*~
__$$~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
__$$~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~
___~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~*~*
____~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~**
_________~*~*~*~*~*~*~* ~*~*
________________*~*~*~**________________
(¯`v´¯) Buat Bakal IMAM Ku ♥_♥ `·.¸.·´`·.¸.¸¸.•ℒℴνℯ
Labels:
Puisi,
Soal Cinta
Saturday, August 13, 2011
Apa ertinya cinta dari sudut Islam…
Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri menjadi mawar,
Mengubah cuka menjadi anggur,
Mengubah sedih menjadi riang,
Mengubah amarah menjadi ramah,
Mengubah musibah menjadi muhibbah,
Itulah cinta…..
Sekalipun cinta telah kuuraikan,
Dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta kudatangi,
Aku jadi malu pada keterangan ku sendiri…
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang…
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya…
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta…
Dalam menguraikan cinta,
Akal terbaring tidak terdaya,
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur…
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan…
(Dipetik daripada Puisi Ketika Cinta Bertasbih)
Cubalah kita hayati puisi di atas ini. Sebagaimana yang ingin disampaikan oleh pemuisi, cinta bagi beliau sangat mendalam. Dan sudah tentu cinta yang dimaksudkan adalah cinta yang diredhai oleh Rabb. Berapa ramaikah yang berjaya memahami apa itu ertinya cinta. Terdapat pelbagai definisi tentang cinta oleh remaja sekarang. Namun, sejauh mana pemahaman mereka dalam mengejar dan mencari erti sebuah cinta. Bukan mudah untuk mendapatkan yang sebenarnya cinta, dan tidak susah untuk mendapatkan cinta yang diselubungi nafsu. Jangan sesekali bercinta jika ia dimulakan dengan permulaan yang dilarang dalam Islam.
Untuk mendefinisikan cinta sangatlah rumit, kerana ia tidak dijangkau dengan kata-kata. Ibnu Qayyum mengatakn: “Cinta tidak boleh didefinasikan dengan jelas, bahkan bila didefinasikan tidak menghasilkan (sesuatu) melainkan menambah kabur dan tidak jelas, (bererti) definasinya adalah adanya cinta itu sendiri.” (Madarajus Salikin, 3/9).
Cinta adalah amalan hati yang akan terwujud dalam amalan lahiriah. Jika cinta yang dimiliki itu sesuai dengan kehendak syarak dan sesuai dengan keredhaan Allah s.w.t. serta disulami dengan sutera-sutera keimanan dan keikhlasan, maka ianya akan menjadi ibadah. Tetapi jika cinta yang dimiliki itu berlaku sebaliknya, malah disulami dengan pula dengan benang-benang zina, maka cinta itu adalah dilarang dan menjadi cinta maksiat. Di sini jelaslah menunjukkan cinta itu ibadat hati dan berkasih sayang antara satu sama lain adalah digalakkan terutama dalam membina ukhuwah, jika berlaku sebaliknya ia boleh menyebabkan syirik.
Apa sebenarnya cinta? Jika benar yang diungkapkan itu cinta, apa buktinya?
Inikah cinta? Jika benar ini cinta, adakah ianya dihalalkan dalam Islam? Antara maksud cinta ialah berkasih sayang. Inikah tanda remaja mencurahkan rasa cinta mereka? Atau inikah dinamakan pengorbanan? Terlalu banyak persoalan yang bermain-main dibenak penulis pada masa ini. Siapakah yang mampu menjawab semua soalan ini. Sudah tentu mereka yang benar-benar mengerti apa itu cinta. Apabila diperkatakan pada zaman ini cinta itu haram sebelum berkahwin, maka ramai remaja akan memberontak yang memberi seribu alasan untuk mempertahankan cinta mereka. Jika cinta yang dipertahankan itu satu ibadah tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika cinta yang dipertahankan itu adalah cinta maksiat. Apakah ianya harus dipertahankan?
Jangan mengaku ianya cinta jika tersembunyi disebaliknya sifat-sifat keji. Seharusnya seseorang itu memahami apa itu konsep berkasih sayang dalam Islam sebelum ia melangkahkan kaki ke lembah yang penuh dengan onak dan duri. Ramai yang terlalu yakin dengan cinta yang mereka miliki itu adalah cinta yang halal. Dan disebabkan perasaan inilah mereka gagal mencari matlamat sebenar dalam berkasih sayang. Berdasarkan gambar diatas, adakah ianya contoh yang terbaik sebagai cinta yang diredhai? Ataukah ianya dipanggil pengorbanan demi mendapatkan kebahagiaan yang kekal? Gambar tersebut tidaklah melambangkan apa-apa melainkan mencemarkan maruah keluarga, bangsa dan negara serta yang paling penting mendapat kemurkaan Yang Esa.
Apa yang kita faham dengan perkataan berkasih sayang? Adakah cukup sekadar dengan kata-kata? Atau diluahkan dengan memberi ciuman setiap hari? Atau dengan dengan pelukan yang erat? Atau tahap yang paling tinggi dengan menyerahkan maruah dan harga diri pada insan yang mengaku cinta kepada kita? Jika semua itu berlandaskan dan telah pun halal di sisi syarak, maka lakukanlah yang sedemikian rupa atau perbanyakkan lagi agar kasih sayang terus mekar antara suami dan isteri asalkan kita tidak menyamakan antara cinta kepada Allah dengan cinta kepada manusia. Jika tidak maka cinta itu dianggap syirik. Tetapi bagaimana pula jika sebaliknya, adakah itu dinamakan cinta yang suci? Ya, benar itulah cinta yang suci, tapi suci di mata syaitan dan hina di sisi Allah dan Islam. Berkasih sayang itu lebih selamat jika diamalkan selepas diijab kabulkan, kerana selepas itu tiada batasan dan halangan untuk kita membuktikan apa itu cinta. Ingatlah, syaitan akan menangis setiap kali anak adam diijab kabulkan. Sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran, yang manakah akan menjadi pilihan kita sama ada cinta yang kita miliki membuatkan syaitan tertawa atau menangis? Cinta itu satu perasaan yang suci, maka janganlah dinodai dengan perkara-perkara hina lagi keji.
Cinta itu ibarat kain putih yang sedia menanti ingin dicorakkan oleh pemiliknya. Maka dengan itu warna apakah yang ingin kita corakkan pada kain itu, warna pelangi (mewakili cinta yang diredhai Allah) atau warna hitam (mewakili cinta yang berlandaskan nafsu)? Setiap insan ingin memiliki sesuatu yang indah dipandangan sendiri dan di sisi Allah. Maka coraklah kain itu dengan warna pelangi, agar kesuciannya akan sentiasa terpelihara sesuai dengan kehendakNya. Kita sebagai hamba yang lemah hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. kerana sesungguhnya Allah s.w.t. suka pada hambanya yang selalu memohon kepadaNya.
Perbanyakkanlah zikir kepadaNya. Terdapat banyak doa-doa yang boleh diamalkan untuk menjauhkan diri daripada melakukan maksiat. Antaranya:
Allah telah menciptakan 3 golongan umat di muka bumi ini: yang pertama golongan yang sentiasa berjaya mengawal nafsu (orang-orang yang soleh dan solehah); yang kedua golongan yang ada kalanya berjaya mengawal nafsu dan ada kalanya gagal tetapi sentiasa bertaubat kepadaNya; yang ketiga golongan yang sentiasa lalai dan gagal mengawal nafsu mereka. Sebaik-baik golongan adalah golongan yang ada kalanya berjaya mengawal nafsu dan sebaliknya dan sentiasa memohon keampunan kepadaNya.
Janganlah sesekali kita berputus asa untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan walaupun adakalanya taubat itu tidak memberi sebarang kesan kerana sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu akan terjadinya sesuatu perkara itu. Allah s.w.t. berfirman dalam surah An-Nisaa’:
Sesungguhnya orang yang tidak bertaubat itu lebih hina di sisi Allah. Allah s.w.t. telah pun menyediakan kemudahan kepada hambaNya untuk memohon keampunan tapi mengapa masih ada yang leka dan tetap dengan pendirian yang kolot. Sama-samalah kita memohon semoga Allah menjadikan kita antara hamba yang sentiasa bersyukur.
Allah s.w.t. telah menyediakan azab yang lebih teruk untuk hambaNya yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang telah diberikanNya termasuklah peluang untuk bertaubat.
Jika hari ini kita sedar betapa bahayanya cinta yang berlandaskan nafsu. Pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku dalam sekelip mata. Semua itu hanyalah tipu daya syaitan yang ingin menyesatkan umat Islam. Jika diperhatikan dengan persekitaran sekeliling, semakin hari semakin banyak berlakunya masalah sosial. Apabila direnungkan kembali, kita dapat lihat semuanya berpunca dari pasangan yang bercinta bertakhtakan syahwat. Tidak cukup sekadar berdua-duaan di tempat-tempat sunyi, berpeluk-pelukkan dan bercium-ciuman, ada pula yang sanggup menggadaikan maruah dengan alasan untuk membuktikan bahawa mereka saling sayang menyayangi dan cinta mereka akan kekal hingga ke akhir hayat. Di mana jaminan kepada apa yang mereka impikan itu? Qada’ dan qadar adalah ketentuan Allah, sebagai hamba kita tidak layak untuk menentukan apa yang bakal berlaku.
Daripada gambar di atas kita boleh lihat betapa murahnya harga diri wanita tersebut. Dimanakah nasib kamu wahai kaum hawa jika satu hari nanti si perosak ini memungkiri janji mereka? Dimanakah tempat untuk kamu luahkan segalanya? Sanggupkah kamu pulang ke rumah dan memberitahu kepada keluarga tentang apa yang berlaku? Dapatkah kamu kembalikan mahkota yang telah kamu jual kepada si pembuas? Ingatlah walaupun wanita itu diciptakan dengan memiliki 9 nafsu, tetapi ia tidak menandingi 1 nafsu lelaki. Jika hari ini si lelaki sudah berani meminta apa yang dilarang, maka janganlah diteruskan perhubungan itu. Mencegah itu lebih baik dari memulih.
Andai kata kaum hawa terus leka dengan godaan dan pujuk rayu si perakus, maka tidak hairanlah masalah sosial akan terus bertambah.
Dimanakah nasib bayi tersebut? Siapakah yang ingin menjadi pembelanya? Dimanakah hak bayi tersebut untuk hidup di muka bumi ini? Ingatlah wahai saudara, kita bukannya tuhan yang boleh menentukkan hidup atau matinya seseorang. Malah kita adalah hambaNya yang serba kekurangan. Seksaan untuk orang melakukan kezaliman tersebut sangatlah pedih. Dan taubat nasuha adalah jalan yang paling terbaik untuk menjauhkan diri dari seksa api neraka. Tapi, sejauh mana remaja sekarang ingin bertaubat kepadaNya? Masih adakah sisa-sisa keinsafan dalam diri mereka? Jika ditanya pada mereka yang benar-benar takut kepada seksaan Allah, maka positiflah jawapannya. Tetapi jika ditanya pada mereka yang sengaja membutakan mata, maka negatiflah jawabannya. Lihatlah gambar di bawah ini.
Apa masih tidak adakah sifat belas kasihan anda terhadap anak kecil ini. Di mana sifat perikemanusian anda semua. Sanggupkah anda melihat kejadian ini terus berleluasa. Kita hidup di zaman metropolitan, tapi kenapa masih ada yang berfikiran kolot. Kenapa anda berani melakukan tapi tidak berani menanggung risiko. Mari kita lihat gambar kekejaman manusia pada hari ini.
Masih tidak cukup gambar-gambar di atas untuk anda insaf dan bertaubat. Itulah yang dikatakan manusia yang tidak berhati perut. Tergamak mereka memperlakukan anak-anak kecil itu sedemikian rupa. Sedarlah wahai saudara sekalian. Hentikanlah perbuatan yang sia-sia ini. Mungkin anda merasakan puas setiap kali melakukan hubungan seks, tapi seharusnya anda tanggunglah akibatnya. Jangan diperlakukan seperti binatang malah lebih hina dari haiwan. Haiwan sendiri sayang akan anak mereka. Lihatlah gambar di bawah ini.
Haiwan sendiri mempunyai perasaan kasih dan sayang terhadap anak mereka. Inikan pula kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran. Mengapa kita bertindak seperti orang yang tidak mempunyai akal? Nabi kita tidak pernah mengajar umatnya melakukan perkara terkutuk itu. Hanya masyarakat arab jahiliah sahaja yang berfikiran seperti ini. Adakah kita tergolong dalam masyarakat arab jahiliah? Pasti tidak. Maka bertindak seperti yang diajar oleh Rasul kita. Jauhi maksiat.
Apa salahnya jika sekali-sekala kita mengalirkan air mata keinsafan. Sebagai tanda hamba yang lemah. Setidak-tidaknya sehelai bulu mata yang terkena air mata keinsafan mampu menjadi saksi kepada kita di akhirat nanti. Daripada kita baziri ia dengan tujuan yang lain.
Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Termasuk jugalah dalam memilih cinta. Demi menjaga maruah diri dan agama, hati-hatilah dalam memilih cinta. Sesungguhnya cinta yang suci adalah cinta yang berlandaskan syariat dan kerana Allah. Hiasilah diri dengan iman yang mantap dan pengetahuan agama yang cukup agar dapat membentengi diri dari perkara-perkara negatif. Allah s.w.t. tidak menciptakan sesuatu itu dengan sengaja, begitu jugalah dengan perkara yang berlaku di sekeliling kita. Sebagai umat yang pintar, kita seharusnya pandai membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Daripada : Allahyarham Mohamad Afez bin Hassan .. Al Fatihah
Labels:
Soal Cinta,
TarBiah Jiwa
Saturday, August 06, 2011
5 Tips Ekspresikan Cinta Pada-Nya.
| Cinta suci suami isteri tetap tidak setinggi cinta Ilahi. Segalanya untuk Allah SWT semata-mata, tiada dua! |
“I Love You, Allah,”
Allah SWT sangat baik pada kita. Terlalu banyak ditunjukkan bukti cinta-Nya. Pelbagai hadiah dihulurkan istimewa buat kita berupa makanan, minuman, oksigen, pakaian, tempat tinggal dan banyak lagi. Bahkan, hadiah paling mahal di dunia berupa iman dan Islam turut sudi diberikan-Nya. Dialah sebaik-baik Kekasih yang tidak akan mengecewakan kekasihnya.
Bagaimana pula cara kita mengekspresikan cinta kepada Allah SWT? Agar terbukti kita juga membalas cinta-Nya. Bahkan, kita ingin nyatakan bahawa kita bergantung hidup dan mati hanya pada-Nya.` Biarpun kebesaran-Nya tidak terjejas tanpa cinta kita namun kemuliaan kita terjejas teruk tanpa cinta-Nya. Cintailah Allah SWT agar Dia bertambah cinta kepada kita.
Mari beritahu Allah SWT, “I Love You, Allah,” dengan tips berikut:
1. Mengenali Allah SWT dengan Lebih Dekat Agar Hati Bertaut Pada-Nya
Bagaimana mengenali Allah SWT? Allah SWT telah mengenalkan diri-Nya kepada kita dengan al-Asma al-Husna, sifat-sifat-Nya, dan tindakan-tindakan-Nya. Dia mempunyai kesempurnaan mutlak. Tiada cacat. Tiada kekurangan. Tidak sakit. Tidak mati.
Zat-Nya tidak sama dengan sesuatu apapun. Tak terjangkau akal kita. Jika syaitan cuba menggambarkan zat-Nya dalam bentuk patung; berhujahlah dengan yakin; “Itu patung! Bukan Allah!” Jika syaitan cuba menggambarkan zat-Nya dalam bentuk manusia; katakanlah; “Itu manusia! Bukan Allah!” Allah SWT berfirman; “Tiada sesuatupun yang seumpama dengan-Nya. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (As-Syuura: 11).
Kenalilah Allah SWT melalui petunjuk Rasul-Nya. Nabi Muhammad SAW lebih mengenali Allah SWT berbanding kita semua. Sabda Rasulullah SAW:
“Aku adalah orang yang paling mengenal Allah berbanding kalian. Maka, aku adalah orang yang paling takut kepada Allah berbanding kalian.”(HR Bukhari Muslim).
Allah SWT sangat akrab dan dekat dengan kita melebihi dekatnya urat leher kita dengan kita. Dia berpesan kepada Rasul-Nya di dalam al-Quran;
“Jika hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, katakanlah: Aku dekat.” (Al-Baqarah: 186).
Meskipun Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan kita namun baginda mewariskan para ulama’ untuk menerangkan petunjuk al-Quran dan al-sunnah. Allah SWT berfirman dalam Surah Faathir: ayat 28, “Orang yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah ulama.”
Kenali dan cintai ulama insyallah kita akan lebih mengenali dan mencintai Allah SWT. Lazimi majlis-majlis ilmu dan dekati buku-buku karangan para ulama insyallah makin bertautlah hati kepada cinta Allah SWT.
2. Bersangka Baik Terhadap Allah SWT
Sebagai hamba, kita hendaklah bersangka baik terhadap Allah sebagai ekspresi cinta kepada-Nya. Sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis qudsi:
“Aku (Allah) berada dalam sangkaan hamba-Ku. Maka bersangkalah dengan apa yang dia kehendaki.” (Riwayat Ahmad).
Dalam riwayat lain menyebut:
“Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu.Aku sentiasa bersama-samanya.Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya,Aku pun mengingatinya dalam diriKu.Jika dia mengingatiKu dihadapan orang ramai,Aku pun akan mengingatinya dihadapan orang yang lebih ramai.Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal,Aku akan mendekatinya sehasta.Jika dia mendekatiKu sehasta,Aku akan mendekatinya sedepa.Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki,Aku akan mendatanginya degan berlari.” (Hadis Qudsi riwayat Al-Bukhari)
Kita juga perlu positif dengan Allah SWT tatkala berdoa kepada-Nya. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, Allah SWT mendedahkan tentang diri-Nya yang sentiasa bersedia mendengar apa jua luahan hati , impian, cita-cita dan harapan kita. Malah Dia bersedia mengabulkannya asal saja kita mengikut kehendak-Nya. Firman Allah SWT:
“Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran.”
3. Mencintai Apa yang dicintai oleh Allah SWT
Cara kita mencintai Allah SWT itu mestilah selari dengan apa yang Allah SWT kehendaki. Sebabnya, orang Yahudi dan Kristian juga mengaku mereka mencintai Allah SWT. Hinggakan mereka banyak melakukan kerja-kerja amal atas nama Allah SWT. Namun, apabila mereka mengingkari kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW, maka cinta mereka kepada Allah SWT tertolak.
Firman Allah SWT, “ Katakanlah: Jika kamu mencintai Allah maka ikutlah aku (Muhammad) kamu akan dicintai Alllah. Dan Dia mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah maha pengampun lagi maha pengasih.” (Surah Ali Imran: 31)
Dalam buku “Mahabbatullah” (mencintai Allah), Imam Ibnul Qayyim menyusun tahap-tahap menuju cinta Allah. Cinta berkaitan dcngan amal. Amal pula bergantung pada keikhlasan kalbu, disanalah cinta Allah bertamu. Cinta Allah merupakan refleksi dari disiplin keimanan dan kecintaan yang terpuji, bukan kecintaan yang tercela yang menjerumuskan kepada cinta selain Allah. Maka, beramallah dengan amalan-amalan yang Allah sukai dengan mengikut petunjuk Rasul SAW.
4. Membenci Sesuatu yang Dibenci Oleh-Nya.
Allah SWT bencikan kekafiran, maksiat, dan kelalaian. Mujarabkah ubat cinta Allah SWT yang kita teguk dengan menelan sekali racun kemurkaan-Nya?
Allah SWT berfirman, ertinya:
“Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).” (Surah Al Anbiyaa’: 1)
Dalam menilai mana yang baik dan buruk, berpeganglah pada prinsip,
“Yang baik itu apa yang Allah kata baik dan yang buruk itu apa yang Allah kata buruk.”
Antara perkara-perkara yang mengundang kebencian Allah SWT dan menjauhkan kita dari cinta Allah SWT ialah:
- Menduakan cinta Allah SWT dengan tandingan-tandingan lain.
- Kufur, fasiq, dan nifaq.
- Melakukan perbuatan-perbuatan keji, seperti zina, sodomi, minum-minuman keras, dan lain sebagainya.
- Menyia-nyiakan solat, dan mempermudahkan waktu-waktunya, serta (meninggalkan) mendirikannya secara berjamaah di masjid.
- Sedikit mengingat Allah SWT.
- Sedikit membaca Al-Qur’an.
- Meninggalkan berdoa, dan bertawakal kepada Allah SWT.
- Mencintai dunia, dan menyibukan diri untuk mengumpulkannya dengan berbagai cara.
- Tasyabbuh (menyerupai) dengan musuh-musuh Allah SWT, baik dalam hal pakaian yang tdak menutup aurat, cara hidup, dan penampilan (punk, pondan dll).
- Berteman dengan orang-orang jahat, dan orang yang tidak mahu mengingatkannya kepada Allah SWT.
- Menyia-nyiakan waktu dalam hal yang bukan termasuk ketaatan kepada Allah SWT.
- Terlalu banyak makan, minum, tidur, dan bergaul, kerana itu semua menyebabkan rosaknya hati dan malasnya anggota badan dari melaksanakan berbagai macam ketaatan.
- Terlalu banyak mendengarkan lagu-lagu, dan menonton siaran TV yang beracun.
- Tidak hati-hati dalam segala hal yang berkaitan dengan halal dan haram.
- Melanggar perkara-perkara haram yang terang lagi bersuluh, seperti penyalahgunaan dadah, merokok, wanita mendedahkan aurat dan keluar dengan bersolek serta memakai wangi-wangian, dan lain sebagainya.
5. Memperkecil Cinta kepada Dunia.
Memperkecilkan cinta kepada dunia tidak bermaksud kita mesti menjadi orang miskin. Ada sebahagian kecil kelompok akhir zaman yang menganggap kecilkan cinta kepada dunia itu beerti menjauh daripada kehidupan duniawi, kemasyarakatan, pembangunan dan teknologi. Mereka sentiasa mencari jalan keluar daripada tanggung jawab sosial dengan alasan tidak mahu terlibat dalam penyakit sosial.
Rasulullah SAW menunjukkan qudwah yang multidimensi dalam hidupnya. Ia termasuk baginda menjadi qudwah sebagai orang kaya dalam situasi tertentu dan baginda juga menjadi qudwah sebagai orang miskin dalam situasi yang lain. Jika baginda diuji miskin, baginda bersabar dan tekun berusaha. Jika baginda mendapat kekayaan dunia, diekspresikan syukur dengan memanfaatkan harta ke jalan Allah SWT.
Rasulullah SAW dan para sahabat sangat-sangatlah dinamik. Generasi terbaik itu menjaga hubungan dengan Allah SWT dalam berkerja, mencari nafkah, berkeluarga, membuat pembangunan fizikal, membina ketamadunan teknologi dan berperang. Baginda menunjukkan qudwah tentang hubungan dengan Allah, penyucian jiwa daripada akhlak tercela dan menghiasinya dengan akhlak mahmudah dalam setiap aktiviti kehidupan. Hidup Rasulullah dan para sahabat seimbang (wasatiah) hinggakan dunia di jari, Allah tetap berkuasa di hati.
Mari Berdoa
Rasulullah SAW bersabda: “Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku (iaitu dalam tidurku), kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu.”Credit To : Ukhti FATIMAH SYARHA NORDIN
Labels:
Soal Cinta,
TarBiah Jiwa
CINTA TANPA NODA
| Marilah kita bersatu dengan si dia dengan kenangan cinta tanpa noda |
ISTIMEWA BUAT REMAJAKU SAYANG YANG BELUM BERUMAH TANGGA...
Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.
Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).
Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.
Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.
Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.
Credit to : UKHTI FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN - 4 Ogos 2011
Labels:
Puisi,
Soal Cinta,
TarBiah Jiwa
Saturday, July 30, 2011
DUA PILIHAN JE!!
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,ingatlah ada dua pilihan terbentang
PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...
KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..
di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..
MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..
oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..
* sekadar perkongsian dan renungan buat kaum hawa..
Labels:
Soal Cinta
Wednesday, June 22, 2011
Sembang Cinta
“Dengan siapa kita akan menikah, atau telah menikah, semuanya telah tercatat jelas di Lauh Mahfuz. Bukan soal bernikah sahaja, rezeki, ajal, baik atau buruknya seseorang, semuanya telah tercatat dan semuanya dalam pengetahuan Allah SWT”.
Aku sedang mendengar nasihat dari seorang abang di tempat yang indah. Di belakang kami ada air terjun yang tak henti henti menghempaskan dirinya ke batu batu yang berserakan, di tepi kami pula kelihatan pokok pokok besar kehijauan, indah sekali. Kami duduk di atas batu batu besar yang sebahagiannya terendam di dalam sungai yang cetek. Kelihatan juga ikan ikan kecil sedang berenang renang di dalam air. Tempatnya sangat cantik.
” Abang dulu kahwin macam mana ya?, saja nak tahu”, Aku bertanya soalan kepadanya
” Erm, kalau kamu nak tahu, abang sama isteri abang dipertemukan oleh seorang ustaz. Murabbi abang. Abang cuma lihat dia sekali saja sebelum bernikah dan 2 bulan berikutnya setelah berjumpa, abang terus bernikah dengannya”, abang tersebut menjelaskan kepadaku. Aku jadi panasaran, bagaimana mungkin kalau hanya sekali berjumpa terus setuju untuk bernikah.
” Sekali ja bang?!, err, kenapa tak banyak kali, macam mana abang tahu hati budi dia?, kalau sekali jumpa, mesti susah nak cakap dia cantik atau tidak ya bang, err..isteri abang cantik ya bang?”, aku menambah soalan. Aku jadi semakin ingin tahu.
“Aduh!, kamu ni kelihatan benar benar ingin tahu, kamu sudah punya calon ke?”, abang ini bertanya kepadaku sambil matanya melihat tepat kepada mataku. Aku jadi kaget. “Belum bang, saja nak tahu, saya kan dah tahun dua, dengar cerita abang juga menikah di tahun dua masa kat universiti, mungkin boleh kongsi pengalaman”.
“Macam ni, cantik itu relatif dan subjektif, kecantikan seseorang itu bukan hanya pada wajahnya sahaja. Wajah yang cantik belum tentu menjamin cantiknya akhlak. Nah, sebab itu kenapa kamu lihat artis artis cantik kerap bercerai walaupun mereka cantik!. Keluarga yang bahagia adalah apabila pasangan kita cantik akhlaknya”, abang tersebut menjelaskan.
“Jadi, cantik wajah tak penting ya bang?”, aku kembali bertanya.
“Kan sudah abang katakan tadi, cantik itu subjektif. Kamu tanyakan isteri abang cantik atau tidak, tentu saja abang jawab cantik. Tapi kalau kamu lihat dia, belum tentu kamu kata cantik, mungkin biasa biasa sahaja. Kalau kamu tengok orang India yang berkulit hitam, tentu saja kamu kata, ‘ish, hodoh!’, tetapi kalau kamu tanya pada orang India lain, mungkin saja dia akan kata cantik. Kalau tidak, tentu semua orang India akan berkahwin dengan orang Cina, sebab orang Cina putih, orang India gelap. Tapi Beauty is in the eye of the beholder. Nah, cantik itu subjektif!, bukan begitu?, citarasa manusia tentang kecantikan tidak sama”
‘Bukan ke nabi bersabda, cantik itu seabagai ukuran memilih calon, jadi tak salah kalau saya memilih yang cantik kan?”, aku bertanya, aku memang ingin tahu sekali.
“Benar, Rasulullah SAW bersabda, “Wanita dinikahi karena empat hal; karena harta, keturunan, kecantikan dan karena agamanya. Maka pilihlah wanita yang punya agama, jangan berpaling kepada yang lainnya semoga dapat berkah” (HR Bukhari dan Muslim).”, Dia diam sebentar, mungkin mencari kata kata yang tepat untuk menjelaskan kepadaku, kemudian menyambung
” Kriteria pemilihan bukan hanya pada cantiknya wajah, tetapi yang paling penting agamanya. Bisa kamu lihat Rasulullah SAW meletakkan agama pada tangga pertama sebelum yang lain kan?, kalau hanya memilih cantik tetap tidak beragama, binasa juga, saran nabi pilihlah yang beragama”.
” Jadi macam mana nak tahu dia cantik bang?”, saya bertanya.
“Aduh, pusing pusing cantik juga yang kamu mahu bicarakan”, Abang ini mengusik aku.
” Ya bang, susah sekali ingin menangkis keinginan hati memilih yang cantik”, aku berterus terang sambil tanganku membaling batu kecil ke dalam air. Dahiku berkerut, aku rasa sedikit menyesal kenapa aku tidak dapat menangkis keinginan hati
“Macam ini, abang jelaskan lagi ya maksud cantik itu relatif. Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang beriman akan menilai kecantikan pada budi dan keimanannya. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual”, aku ingin menyampuk tetapi dia meneruskan.
“Cantik itu relatif mengikut keadaan. Orang yang paling cantik pun akan kelihatan sangat hodoh apabila sering marah marah dan malas, sebaliknya perempuan yang tidak cantik akan kelihatan sangat cantik apabila sentiasa tersenyum, rajin beribadah, hormat orang tua dan selalu bersabar. Bukan begitu?”
“Ya, betul tu, saya setuju bang”, Aku jadi teringat kepada kawanku yang sering mengeluh sikap ibunya yang kasar sehingga mengakibatkan penceraian kedua orang tuanya.
Aku termenung kemudian menyambung, “Jadi saya nak memilih yang cantik akhlaknya sekaligus cantik wajahnya”.
“Ya, itu yang terbaik, tetapi yang utama adalah agamanya bukan wajahnya. Ingat, yang biasa biasa akan jadi luar biasa cantik apabila kita semakin lama bersamanya. Itulah pengalaman abang. Masa awal awal kahwin dulu, abang rasa isteri abang biasa biasa sahaja, tetapi semakin lama abang rasakan tiada lagi yang paling cantik di dunia ni melainkan isteri abang. Entahlah, abang tak tahu samaada Allah mengubah wajah itu atau hati ini?”. Dia seakan akan berfalsafah. Aku dapat lihat ketenangan di wajahnya.
“Tapi apa kaitan dengan hati bang?”, aku bertanya kembali, aku ingin mencungkil segala mutiara kata darinya. Kesempatan pada rehlah kali ini tak akan aku lepaskan.
” Macam ni, yang menentukan cantik itu hati bukan mata. Sebab mata manusia semuanya sama, justeru yang membezakan cantik itu hati. Kalau hati kita indah, nescaya sekelilingnya juga indah tetapi kalau hati kita kotor, sekeliling kita nampak kotor walaupun sebenarnya tidak kotor. Keindahan jadi tersembunyi di sebalik kekotoran yang sedikit. Nah, kalau kamu menikah dengan yang cantik sekali pun tetapi hati kamu kotor, kecantikannya tak akan bertahan lama, seiring masa, kamu akan mencungkil segala kekotoran itu”
” Wah hebat abang berfalsafah!”, aku jadi kagum.
Jodoh aku
“Bang, kalau saya hendak kahwin dan hendak memilih jodoh untuk saya, apa nasihat abang?”, aku meminta nasihat padanya.
“Kalau kamu hendak memilih jodoh, abang nasihatkan dua perkara. Pertama, kamu jadilah orang yang baik nescaya kamu akan mendapatkan pasangan yang baik. Ini pasti. Kedua, kamu minta orang yang baik mencarikan kamu jodoh kerana orang yang baik hanya akan mencari yang baik”.
Aku jadi semakin panasaran. Sebenarnya ada sesuatu yang berlegar di fikiran aku, tetapi aku malu menceritakannya. Aku termenung, sesekali ada ikan kecil mencium kakiku yang direndam ke dalam air.
” Jodoh itu urusan Allah. Sudah siap di catat di alam rahim lagi, jadi kamu tidak perlu risau. Yang jelas, prinsipnya satu ‘orang baik akan mendapatkan orang yang baik’, jadi kalau kemu hendak mencari calon yang baik, jadilah baik!.
Aku menunduk malu, kemudian aku meneruskan bicara..”sebenarnya bang..sebenar.nya..sa..sa.ya.ada hajat bang”…
Tok, tok, tok. Tiba tiba pintu kamarku di ketuk. Keindahan hutan dan air terjun hilang tiba tiba. Wajah ‘abang’ pun hilang. Aku tersedar. Astaghfirullah, mimpi rupanya. Mimpi kejadian lama.
Pintu bilik aku buka, kelihatan di hadapanku wajah seorang perempuan cantik memakai baju kurung biru bergemerlapan. Wajahnya putih bersih bagai bidadari, rambutnya panjang beralun indah. Dia melihat aku penuh cinta. Aku menatap kecantikannya. Kemudian dia memberikan aku segelas air teh hangat. Aku minum sambil melihatnya
” Ah, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk aku terus bersamanya dalam kebaikan?”. Hati ku di landa bimbang. Aku sangat menginginkan aku dan isteriku terus berada dalam kebaikan. Dia mendatangiku dan melabuhkan badannya di sebelahku. Aku meilhat matanya, penuh cinta. Dialah bidadari yang dipertemukan abang itu kepadaku
Aku jadi teringat ucapan abang itu lama dahulu
” Yang penting bukan siapa isterimu sewaktu kamu menikah dengannya, tetapi siapa dia setelah menikah dengan mu, apakah dia masih baik setelah menikah dengan mu atau sebaliknya, janji Allah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik bukan hanya di awal pernikahan tetapi sepanjang perjalanan cinta menuju ke syura”
Aku memeluk isteriku erat, aku melihat matanya dan berkata
” Abang mencintaimu kerana Allah, cintailah Allah nescaya kita akan selalu berada dalam kebaikan”.
Sekian, Tamat
Pena Mujahid
Labels:
Soal Cinta




