Pages

Showing posts with label Subhanallah. Show all posts
Showing posts with label Subhanallah. Show all posts

Friday, August 12, 2011

6 PERKARA YANG ALLAH SWT SEMBUNYIKAN...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas
perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meski pun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ." 

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

2. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

3. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

4. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

5. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6. * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

SUMBER : http://dhamuhd.blogspot.com

Monday, April 18, 2011

Subhanallah...mcm mn dgn kita???

Tuesday, April 05, 2011

Gambar Menarik : Habib Umar di Kanada

Habib Umar's Visit to Niagara Falls,Ontario, Canada.Saturday, 19 March 2011









Monday, April 04, 2011

Al-Fatihah kpd Tokoh Haraki Sayyid Qutb di atas Pemergian Beliau sebagai Pejuang Islam pada 29 ogos 1966




Setelah Sayyid Qutb hairan melihat kemeriahan orang-orang eropah menyambut kematian tokoh besar Imam Hassan al-Banna, Sayyid Qutb merasa hairan mengapa mereka menyambut kematian seperti hari perayaan orang menyambut hari raya, mengapa mereka seronok di atas kematiannya? Pada masa itulah Sayyid Qutb mula mengkaji kehidupan al-Banna walaupun tidak pernah berjumpa dengannya tetapi atas dasar ingin tahu siapa Imam Hassan al-banna, beliau telah membaca seluruh risalah karangan Imam Hassan al-Banna. Beliau akhir menemui suatu "kebenaran" yang wajib diperjuangkan. Seterusnya beliau berjanji dan “Berbai’ah” dengan Allah s.w.t untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.
Oleh itu, pada tahun 1951 Sayyid Qutb dengan rasminya menyertai Ikhwanul Muslimin. Pada tahun 1952, beliau dipilih menganggotai Maktab Irsyad dan dilantik mengetuai Lajnah Dakwah. Selepas peninggalan al-Banna, Ikhwanul Muslimin masih bertenaga kerana memperolehi saf kepimpinan yang berwibawa untuk meneruskan kepimpinan. Mereka adalah Hasan Hudaybi sebagai Mursyidul Am, Abd al-Qadir Audah sebagai Setiausaha Agung dan Sayyid Qutb sendiri yang mengetuai Lajnah Dakwah, dianggap sebagai pemikir kepada Ikhwanul Muslimin.
Mesej utama yang ditekankan oleh Sayyid Qutb dalam penulisannya ialah konsep Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah. Menurutnya kemuncak kepada Tauhid Uluhiyyah Allah s.w.t. ialah hakNya daripada sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri'. Menurutnya lagi bahawa ikrar La ilah illa Allah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumi Nya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hak Nya.
Pada bulan Julai 1952, satu peristiwa bersejarah berlaku di Mesir iaitu Revolusi Julai 1952. Revolusi ini menyaksikan peristiwa pemerintahan beraja Mesir yang dijayakan oleh gerakan Dubbat al-Ahrar pimpinan Kolonel Jamal Abdul Naser dengan kerjasama Ikhwanul Muslimin.
Sesudah revolusi, Sayyid Qutb telah ditawarkan dengan jawatan Menteri Pelajaran Mesir. Sayyid Qutb terlebih dahulu meminta jaminan daripada pemimpin Majlis Revolusi yang diketuai oleh Jamal Abdul Naser dan Anwar Sadat, bahawa Kerajaan Revolusi Mesir akan melaksanakan pemerintahan berdasarkan syariat Islam. Bagaimanapun mereka menolaknya untuk melaksanakan pemerintahan Islam. Berdasarkan kepada penolakan tersebut, Sayyid Qutb merasakan perkara tidak baik akan berlaku.
Sejarah membuktikan apa yang dibimbangkan oleh Sayyid Qutb memang terjadi. Pada13 Januari 1954, Kerajaan Revolusi Mesir telah mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan para pimpinannya telah ditangkap atas tuduhan gerakan Ikhwanul Muslimin merancang hendak menggulingkan kerajaan revolusi, iaitu satu tuduhan yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Ekoran daripada itu tujuh orang pimpinan tertingginya dijatuhi hukuman mati, seperti Hasan Hudhaybi, Abd al-Qadir Audah dan Syeikh Mohamad Farghali, ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwanul Muslimin dalam Perang Suez 1948. Bagaimanapun hukuman terhadap Hasan Hudhaybi dipinda kepada penjara seumur hidup dan Sayyid Qutb pula dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat.
Pada tahun 1964, Sayyid Qutb telah dibebaskan atas permintaan peribadi Abd al-Salam Arif, Presiden Iraq. Kerajaan Revolusi Mesir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pembebasan tersebut. Apabila Presiden Abd al-Salam Arif terkorban dalam satu kemalangan udara, Sayyid Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya. Tangkapan kedua ini dibuat berdasarkan tuduhan beliau merancang satu rampasan kuasa baru untuk menggulingkan kerajaan.

Pertuduhan ke atas Sayyid Qutb di Mahkamah Revolusi dibuat berdasarkan buku-bukunya terutama Maalim Fi al-Tariq. Ia berdasarkan kenyataannya mengenai seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari'at Allah s.w.t.

Bersama Sayyid Qutb kali ini, turut juga ditahan ialah seluruh anggota keluarganya. Sayyid Qutb seorang yang bermaruah. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan ke atasnya, Presiden Naser menghantar utusan menemui Sayyid Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta agar Sayyid Qutb menulis kenyataan meminta ampun daripadanya agar Sayyid Qutb dibebaskan.

Pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, Sayyid Qutb telah digantung sampai mati bersama-sama sahabat seperjuangannya, Mohamad Yusuf Hawwash dan Abd al-Fatah Ismail. Berita hukuman mati yang dilaksanakan ke atas Sayyid Qutb telah mengejutkan Dunia Islam. Kebanyakan tokoh dan pimpinan umat Islam sedih dan kecewa dengan peristiwa tersebut. Sayyid Qutb bila ditanya tentang hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu, beliau telah menjawab sambil tersenyum dengan katanya “mati syahid”. al-Fatihah

Saudara ! kau merdeka dibalik alam baru,
Saudara! Kau merdeka dari belengu itu,
Kalau betul kau berpegang pada Tuhanmu,
Apa helah makhluk, tidak berbekas padamu.


Saudara! Kau musnah tentera zalim tak menentu,
Akan muncul di alam ini fajar baru,
Pancaran sinarnya akan memerdekakan rohmu,


Saudara! Darah badanku membeku mati,
Tidak mengalir kerana ikatan abadi,
Dia akan membawa sembahan ke lelangit tinggi,
Bertatah medali di syurga nan abadi.


Saudara! Kau tangisi atas pemergianku,
Tersiram khusyu’ di kuburanku,
Mereka nyalakan obor dari reputanku,
Kejarlah dengannya kemenangan dan jaya,


Saudara! Jika kutidur, jumpa kekasih,
Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku,
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku,
Bahagialah hidupku di alam abadi.


Saudara! Ikutilah kalian jejakku ini,
Puak demi puak, angkatan baru susuli,
Meskipun aku mati, tapi mati suci,
Kalian kan lalu dengan kemenangan lagi…..
( Sajak Sayyid Qutb sebelum syahid )
-Ditulis beberapa ketika sebelum menemui Syahid-
ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!

Friday, March 25, 2011

Kisah Akasyah r.a



Ketika saat ajal Rasulullah SAW datang menggamit, maka Rasulullah SAW meminta Bilal untuk melaungkan azan memanggil para sahabat untuk berkumpul. Setelah kaum Muhajirin dan Ansar berkumpul, naiklah Rasulullah SAW ke atas mimbar. Dengan linangan air mata, maka berkhutbah Rasulullah SAW :
Sesungguhnya aku ini Nabi mu. Yang menyeru mu ke arah jalan Allah. Anggaplah diri ku sebagai saudara mu. Anggaplah diri ku sebagai bapa mu. Andainya ada di kalangan kamu yang merasa teraniaya oleh ku, bangkitlah diri mu sekarang untuk menuntut qisas kepada ku, sebelum aku dituntut qisas di akhirat. Tiada di kalangan para sahabat yang berdiri. Baginda mengulangi ayatnya untuk kali kedua. Masih tidak ada seorang pun yang berdiri untuk menuntut qisas dari Rasulullah SAW. Lalu baginda mengulangi lagi ayatnya untuk kali ketiga. Maka berdirilah seorang pemuda, Akasyah bin Muhsin. Dia berjalan dan berdiri betul-betul di depan Rasulullah SAW lalu berkata :
Demi Allah, ayah dan ibu ku menjadi tebusan mu Ya Rasulullah. Andainya tidak engkau ulangi kata-kata mu sebanyak tiga kali, takkan mungkin aku berani menuntut hak ku terhadap diri mu..Ya Rasulullah, Ingatkah kau sewaktu peperangan Badar, unta ku dan unta mu bergerak beiringan ? Pernah ketika aku turun dari unta ku untuk mencium peha mu, engkau telah terpukul bahagian rusuk ku dengan cambuk pemukul unta. Aku tidak tahu apakah kau sengaja memukul diri ku atau kau tidak sengaja. Namun aku harap hak ku menuntut qisas diterima oleh mu.Maka aku menuntut qisas dari mu untuk memukul rusuk mu dengan cambuk pemukul unta.Terkejut seluruh para sahabat atas permintaan Akasyah. Mereka menyifatkan tindakan Akasyah itu di luar batas sopan serta mengaibkan Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW dengan tenang akur dengan permintaan Akasyah.
Maka Rasulullah SAW meminta Bilal ke rumah Fatimah untuk mengambil cambuk pemukul untanya. Setelah diambil, cambuk tersebut diserahkan kepada Rasulullah SAW. Lantas Rasulullah SAW menghulurkan cambuk tersebut kepada Akasyah. Perlakuan Akasyah diperhatikan oleh Abu Bakar dan Umar. Maka tampillah mereka berdua berdiri antara Rasulullah SAW dan Akasyah seraya berkata : Wahai Akasyah. Kami ini sahabat rapat Rasulullah SAW. Pukullah kami berdua sepuas hati mu. Bebaskanlah Rasulullah SAW dari qisas mu. Tapi kata-kata Abu Bakar dibidas oleh Rasulullah SAW. Duduklah kamu berdua wahai Abu Bakar dan Umar. Allah tahu kedudukan kamu berdua di akhirat. Biarlah aku menanggung akibat dari perbuatan ku sendiri.
Lantas Saidina Ali bangkit dari duduknya dan berdiri didepan Akasyah seraya berkata : Wahai Akasyah, andainya pada fikiran mu Abu Bakar dan Umar bukan di kalangan keluarga Rasulullah, maka aku sebagai menantu Rasulullah berdiri didepan mu. Pukullah aku sepuas hati mu. Pukullah aku dengan tangan mu. Deralah diri ku sepuas hati mu.Tapi jangan kau pukul Rasulullah.
Berkata Rasulullah SAW :
Hai Ali, mundurlah kau dari Akasyah. Allah tahu kedudukan mu di sisi ku. Biarlah ku tanggung akibat perbuatan ku. Kerana aku takut qisas di akhirat yang lagi dahsyat. Kemudian tampil pula dua beradik, Hassan dan Hussein. Cucu kesayangan Rasulullah SAW. Mereka berkata :
Wahai Akasyah, bukankah sudah kau tahu bahawa kami ini cucu kandung kepada Rasulullah. Qisaslah kami, bererti engkau telah mengqisas Rasulullah. Bebaskanlah Rasulullah dan ambillah kami sebagi pengganti.
Berkata Rasulullah SAW kepada cucu2 baginda :
Wahai cucu penyejuk mata ku. Duduklah kalian berdua. Ini bukannya sesuatu yang boleh diwariskan kepada mu. Biar ku tanggung hasil perbuatan ku.
Kemudian Rasulullah SAW memalingkan mukanya dan bersemuka dengan Akasyah, lalu baginda berkata : Wahai Akasyah, pukullah aku jika kau berhasrat menuntut qisas.
Berkata Akasyah :
Wahai Rasulullah, sewaktu engkau memukulku, aku dalam keadaan tidak berbaju. Dengan tenang, Rasulullah menanggalkan kancing bajunya dan meleraikan bajunya ke lantai masjid. Menangislah para sahabat melihat begitu daif Rasulullah diperlakukan oleh Akasyah.
Apabila terlihat Akasyah akan tubuh putih Rasulullah SAW, perlahan-lahan dihampirinya, diusap perlahan dan dicium belakang Rasulullah SAW. Tubuh Rasulullah SAW didakap erat dengan penuh kasih sayang dengan linangan air mata sambil berkata :
Wahai Rasulullah. Roh ku menjadi tebusan buat dir i mu. Siapakah aku yang tergamak mengqisas kekasih Allah. Aku bukanlah sahabat mu yang hampir, tetapi sahabat mu yang jauh. Hidup ku dipinggir kota. Sabdaan mu hanya ku dengar dihujung lidah para sahabat bukan terus dari lidah mu. Aku sengaja memohon mengqisas diri mu agar dapat ku pertemukan kulit tubuh ku dengan kulit tubuh mu yang mulia agar dengannya nanti Allah akan memelihara diri ku dari menjadi bahan bakaran api neraka.
Rasulullah SAW membalas dakapan Akasyah dan berkata :
Ketahuilah wahai para sahabat. Barangsiapa ingin melihat penghuni syurga, lihatlah pada peribadi pemuda ini. Seluruh umat Islam di Kota Madinah bersorak melaungkan takbir menyambut berita gembira. Walaupun di awal suasana penuh emosi, namun ianya ditakdirkan merupakan berita gembira buat Akasyah kerana Rasulullah SAW telah mengisyaratkan bahawa dirinya adalah penghuni syurga..
Begitulah pengorbanan para sahabat kepada Rasulullah SAW. Apakah pengorbanan kita kepada sahabat kita sudah setimpal dengan pengorbanan sahabat Rasulullah SAW.. ???.Begitulah mulianya kehidupan seorang hamba yang Allah ciptakan di dunia ini. Walau dirinya hamba, namun Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib SAW itulah semulia-mulia manusia yang pernah hidup di muka bumi ini …. TIDAK CINTAKAH ENGKAU KEPADANYA ?..Rasulullah SAW, walau dirinya maksum, masih dia menuntut qisas (hukum) dari orang yang dia TIDAK PERNAH ZALIMI. Kita … berapa ramai di antara kita yang berani mengaku kesalahan dan kesilapan lalu menuntut maaf dan qisas ?
Seharian beribu dosa yang kita lakukan sama ada dosa dengan makhluk mahu pun dengan Allah …. kita masih lagi merasakan diri kita ini sudah aman dan selamat dari api neraka.. Lebih malang … kita SEDAR yang kita lakukan itu maksiat dan kemungkaran … tapi kita sengaja memfitnah orang lain agar maksiat yang kita lakukan itu tertutup dari kaca mata masyarakat. Tidak takutkah kita dengan azab neraka Allah ?
Inilah wajah-wajah kita yang sebenar…...

Kisah Akasyah (2)
Pada suatu hari pedang Akasyah bin Muhsin al-Usdi terpatah, beliau pun segera mengadu hal kepada Baginda, maka oleh Baginda diserahkan kepada Akasyah sebatang kayu, sabda Baginda: “Ayuh berperanglah kau dengan’benda ini”. Sebaik sahaja beliau mengambilnya dari Rasulullah dan diacu-acukan dengannya, tiba-tiba, ianya bertukar menjadi sebilah pedang panjang waja besinya, bermata putih dan tajam. Beliau berperang dengannya hinggalah Allah memberi kemenangan kepada kaum muslimin. Pedang itu dikenal dengan “al-A’wn” bererti pertolongan, pedang itu kekal bersama beliau dengannya beliau menghadiri pertempuran-pertempuran hinggalah beliau syahid di dalam peperangan al-Riddah dengan keadaan pedang itu kekal bersama-samanya...

wallahua’lam..

Wednesday, February 23, 2011

Fatwa


"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya. Maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!" - Sheikh Yusuf Qaradhawi

Tuesday, February 22, 2011

Seorang penunjuk perasaan terbunuh senyum, anggota Ikhwanul Muslimin dibebas 32 tahun dipenjara Hosni



Di Bahrain, jenazah penunjuk perasaan yang syahid dibunuh pihak berkuasa Bahrain tersenyum ketika dimandikan.


Di Mesir, kerajaan sementara Mesir membebaskan seorang anggota Ikhwanul Muslimin. Beliau dipenjarakan selama 32 tahun oleh Hosni Mubarak.


Jangan perasan kalau kamu menganiaya manusia hari ini lalu kamu angkat sumpah esok hari maka kamu sudah selamat dari sebarang kerugian – dipetik daripada blog Dr. Faizal Tehrani Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam

Alangkah indahnya jika ia berlaku di Malaysia..Ketika penganut agama Islam sedang bersolat, penganut agama Kristian mengawal mereka. Inilah yang patut berlaku di malaysia tiada prasangka antara satu sama lain..masing menghormati agama yg dianuti. Pemerintah yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rakyat tetapi jika pemerintah yg memainkan isu perkauman maka ia tidak akan berlaku seperti ini sampai bila2.

Sunday, February 06, 2011


Subhanallah, Beginilah wajah orang yang mati syahid...tidak kelihatan seperti mati, tapi tersenyum karena ruhnya dsambut oleh Bidadari yang cantik.......ya Allah anugrahkan lah kami mati syahid di jalan Mu . 

sumber : FB sahabat