Pages

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Perspektif Jodoh


Yang salah, jodoh tidak perlu dicari.
Yang betul, Allah menyuruh manusia berusaha.

Yang salah, perempuan hanya perlu menunggu
Yang betul, Saidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah SAW.

Yang salah, perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan.
Yang betul, perempuan berhak memilih.

Yang salah, alang-alang sudah terlanjur, diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi akan menemui lelaki/wanita yang baik.
Yang betul, Allah senantiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya.

Yang salah, pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal dalam perhubungan,
Yang betul, perbezaan boleh menjadikan pasangan saling melengkapi.

Yang salah, perlu bercinta sebelum kahwin.
Yang betul, ramai pasangan yang bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin.

Yang salah, pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber’SMS’ dan berjumpa.
Yang betul, selagi belum berkahwin, syariat membataskan hubungan antara pasangan . mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber’SMS’ sehingga melalaikan.

Yang salah, janji manis pasangan harus dipercayai. Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya “I tidak ada harta, tetapi I ada cinta.”
Yang betul, lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawabkerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untu menyara pasangannya. Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan.

Yang salah, contoh yang lain : “I tidak akan usik U sebelum kita nikah.
Yang betul, dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sahaja yang dibawa. Oleh itu,tidak hairanlah apabila reality menunjukkan ramai pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah perzinaan.

Wallahua’lam. Dipetik dari rencana ‘Dekatkan Jodoh Kita ‘ oleh Dato’ Doktor Fadzillah Kamsah, terbitan Solusi ,isu 31.

Friday, August 12, 2011

Engkau Memang Cantik Kerana Kau Seindah Islam



ANTARA PEREMPUAN SOLEHAH DAN BIDADARI SYURGA
Daripada Ummu Salamah, katanya: “Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Jawabnya Baginda SAW: “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda SAW menjawab: “Dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning…” – Riwayat At-Thabrani.
Sungguh mulia dan sempurna seorang perempuan solehah itu, tarafnya di sisi Allah SWT lebih tinggi daripada bidadari, malahan bidadari hanyalah ibarat gundik-gundik yang mengiringi setiap pergerakannya.
Seringkali orang bertanya, kenapa perlu adanya bidadari di syurga, sedangkan perempuan solehah itu sudah cukup mempesona, sudah cukup sempurna?
Sebenarnya, bidadari-bidadari syurga hanyalah memainkan peranan sebagai penyerlah kecantikan perempuan solehah tersebut. Bayangkan sebuah bintang yang bersinar paling gemerlap di langit, mana mungkin terserlah kecantikannya tanpa bintang-bintang lain yang kurang bersinar di sekeliling. Mana mungkin terserlah kecantikannya jikalau hanya bintang tersebut satu-satunya yang ada di langit. Samalah juga dalam hal ini, perempuan solehah di syurga akan terserlah kecantikannya dengan hadirnya bidadari-bidadari di sekelilingnya.
BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN PEREMPUAN SOLEHAH?

Seorang gadis kecil berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, aku ingin sekali menjadi perempuan solehah. Bagaimanakah perihal perempuan solehah itu?”
Si ayah pun menjawab: “Wahai anakku, seorang perempuan solehah itu bukan dilihat daripada kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanya memainkan satu peranan yang teramat kecil. Akan tetapi, perempuan solehah dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi di dalam dada. Itulah perempuan yang terbaik.”
Sambung si ayah lagi: “Anakku, seorang perempuan solehah bukan dilihat daripada bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutup bentuk tubuhnya yang mempesona itu. Perempuan solehah bukanlah dilihat daripada sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi daripada keikhlasan hatinya ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicara. Perempuan solehah bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi daripada bagaimana ia bicara dan hujah kebenaran di sebaliknya.”
“Lalu apa lagi ayah?” Sahut puteri kecil itu, dengan perasaan ingin tahu yang tidak berbelah bagi.
“Ketahuilah puteriku, perempuan solehah itu bukan dilihat daripada keberaniannya memakai pakaian yang grand, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Perempuan solehah bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan, tetapi dilihat daripada kekhuatirannya bahawa dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia hadapi, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TuhanNya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.”
Si puteri kecil mengangguk-angguk tanpa faham.
“Dan ingatlah wahai puteriku,” sambung si ayah lagi. “Perempuan solehah bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.”
Si anak terus bertanya, “Wahai ayahku, siapakah yang memiliki sifat-sifat tersebut? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya untuk berada di syurga nanti?”
Si ayah mengangguk-angguk sambil menggosok-gosok kepala puterinya. “Ya, anakku. Sesiapa sahaja boleh memilikinya. Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan telah bersabda bahawa apabila seorang perempuan itu menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya (riwayat Al-Bazzar).”
NILAI SEORANG PEREMPUAN SOLEHAH
Apakah nilai seorang perempuan solehah? Berapakah harganya di sisi Allah SWT? Jawab Al-Khawarizmi, pakar Matematik Islam:
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang ’1′ tiada…
Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok ‘0’.
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa nilai perempuan solehah itu terlampau berharga, sehinggakan kecantikan, kekayaan dan keturunannya tidak akan dilihat sama sekali tanpa keimanan dan kepatuhan kepada Allah SWT.
Wahai perempuan solehah, ketahuilah bahawa,
Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!

RUJUKAN:
1.  Burhan Sodiq. Engkau Memang Cantik Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu; Kemilau Publika Sdn. Bhd; 2009.
2.  Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga. http://www.rakanmasjid.com/component/content/article/36-health/496-wanita-solehah-lebih-baik-daripada-bidadari-syurga.html

Thursday, July 14, 2011

Nisfu Syaaban malam pengampunan

Assalamualikum dan salam 1Dunia, tersentuh sungguh apabila membaca entri Ustaz Rahim bertajuk Nisfu Syaaban dan menyedarkan aku yang kekadang terlalu sibuk dengan duniawi. Syaaban terus berlalu dan tanpa kita sedari Ramadhan kian dekat tetapi belum pasti samada kita mampu bersama dengan Ramadhan yang mulia. Tarikh 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai tarikh malam Nisfu Syaaban yang malamnya ada banyak kelebihannya.
Antara petikan dari blog Ustaz Rahim :
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran  ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.
munajat Nisfu Syaaban malam pengampunan
Berikut ada kitaran semula entri Nisfu Syaaban aku yg lepas :
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)
Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.” 
Jadi mari sama-sama kita ikut nasihat Ustaz Rahim : marilah kita mengambil kesempatan kelebihan bulan Syaaban khususnya pada malam tersebut untuk membanyakkan amalan. Bertahajjud,membaca Al Quran,berzikir,memberi sedekah dan sebagainya.Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa sahaja pada perkara-perkara yang baik pada malam tersebut.

Monday, July 11, 2011

Motivasi: Memaknakan kehidupan

Bagaimanakah kita memaknakan kehidupan? ~ Picture by http://earfight.deviantart.com

Bagaimanakah untuk menadikan kehidupan kita sebagai kehidupan yang bermakna?
Pasti ramai yang terfikir. Melihat betapa hujung kehidupan seakan satu lubang hitam yang tidak diketahui, membuatkan kehidupan menjadi hambar dan dihurung keresahan.
Apabila kita melalui hari-hari dengan merasakan bahawa kehidupan kita tidak mempunyai makna yang signifikan, kita akan rasa lemah hendak melaluinya. Kita akan rasa letih dan penat menjalaninya.
Di sinilah kelemahan terbentuk dan hidup jadi tidak menentu.
Sedangkan, makna hidup itu wujud.
Tinggal kita sahaja perlu memaknakannya.

Cara memaknakan kehidupan 1: Mempunyai matlamat
Hendak memaknakan kehidupan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mempunyai matlamat.
Kehadiran matlamat membuatkan kehidupan mempunyai makna yang signifikan. Kita ada target yang hendak dicapai, kita ada sesuatu untuk dilakukan. Untuk menjadikan perkara ini lebih berkesan, maka kita perlu mewujudkan dua matlamat.
Matlamat jangka panjang.
Matlamat jangka pendek.
Matlamat jangka panjang adalah apa yang kita hendak capai di akhirnya. Manakala matlamat jangka pendek adalah perkara-perkara yang perlu kita capai untuk mencapai matlamat jangka panjang.
Hidup tanpa matlamat, samalah seperti main bola tanpa gol. Bosan, tidak bermakna, tidak mencapai apa-apa. Hidup punya matlamat, samalah seperti permainan bola yang mempunyai gol. Matlamat jangka panjang kita adalah hendak memenangi perlawanan, maka matlamat jangka pendek adalah kita perlu menjaringkan gol ke gawang lawan, dan menjaga gol kita dari dibolosi.
Kita tidak perlu suka mewujudkan matlamat jangka panjang dalam kehidupan. Hal ini kerana, Islam telah menyediakannya.
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah” Surah Ad-Dzariyat ayat 56.
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).” Surah An-Nisa’ ayat 14.
Persoalan utama adalah, bagaimana hendak mewujudkan matlamat jangka pendek bagi mencapai matlamat jangka panjang?

Cara memaknakan kehidupan 2: Merancang strategi mencapai matlamat
Permainan bola yang mempunyai gol juga boleh menjadi hambar dan membosankan sekiranya pemain-pemain di atas padang bermain semberono dan tidak berstrategi.
Begitulah kehidupan. Apabila kita menjalaninya tanpa strategi, maka ada kemungkinan besar kita tidak akan berjaya mencapai matlamat jauh kita.
Justeru, untuk memberikan kehidupan kita makna, strategi dan perancangan untuk mencapai matlamat perlulah diatur.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” Surah As-Saff ayat 4.
Hatta Allah SWT juga melakukan sesuatu dalam keadaan yang amat tersusun.
Alif Laam Raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,” Surah Hud ayat 1.
Soal diri kita, apakah yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat jangka panjang?
Maka di sinilah kita mewujudkan matlamat-matlamat jangka pendek.
Susun strategi untuk mencapainya. Berikan masa dan waktu yang sesuai untuk menggapainya. Kemudian usaha disiplinkan diri untuk mempunyainya.
Yang tidak berstrategi, atau tidak patuh dengan strateginya, hanya akan runtuh. Bayangkan anda menonton satu pertandingan bola sepak, yang pemain-pemainnya hanya tahu menendang bola keluar padang semata-mata. Atau satu permainan yang hanya penuh dengan pergaduhan dan layangan kad. Adakah itu bermakna untuk anda?
Jadi, adakah bermakna kehidupan dengan pergerakan yang menyimpang dari matlamat kehidupan, serta mendapat layangan-layangan ‘kad’ daripada Allah SWT?
Semestinya tidak bermakna.
Maka perlu punya strategi.

Cara memaknakan kehidupan 3: Mengkualitikan waktu yang wujud
Setiap permainan ada waktu yang terhad.
Begitu jugalah  kehidupan kita. Tinggal, kalau bermain bola kita tahu bahawa kita ada 90 minit, ditambah dengan beberapa minit waktu kecederaan. Tetapi tidak untuk kehidupan, kita tidak tahu bila waktu kita akan berakhir.
Namun asasnya tetap sama. Permainan punya waktu, kehidupan punya waktu. Pemain-pemain yang tidak berjaya menggunakan waktunya di dalam permainan pada tahap yang terbaik, maka dia akan kerugian.
Begitulah kehidupan. Kehidupan jadi tidak bermakna sekiranya waktu di dalam kehidupan terbazir begitu sahaja. Tidak bermakna, tidak punya harga. Kerana ia dikorbankan ke arah yang bukan menghala ke matlamat yang hendak dicapainya.
Di situlah kehidupannya menjadi tidak bernilai. Hal ini kerana, waktu adalah terhad.
Terbazir, ia tidak akan datang semula walau dibayar dengan harga tingginya 8 petala.
Pengkualitian waktu ini, hanya akan terwujud apabila pada kita ada satu perkara.
Itulah dia makhluk bernama SERIUS.

Penutup: Hidup adalah permainan. Ada kalah, ada menang. Tetapi tiada seri.
Dilihat semula, kehidupan adalah ibarat permainan.
Tinggal, kemungkinan ada permainan yang mempunyai seri. Namun di dalam kehidupan tiada seri. Akhirnya hanya ada menang atau kalah sahaja. Berjaya mencapai matlamat, atau tidak. Itu sahaja.
Makna kehidupan hanya akan diperolehi apabila tiga perkara di atas wujud di dalam diri.
Hidup yang bermatlamat, adalah hidup yang bermakna.
Kerana perjalanan hidupnya terisi dengan perancangan-perancangan mencapai matlamatnya.
Waktu-waktunya habis semuanya dinilai kerana melaksanakan perancangan-perancangannya.
Inilah dia kehidupan yang bermakna.
Yang memahami ini tak akan gundah, kerana lubang hitam pada masa hadapannya telah hilang.
© Langitilahi.com

Saturday, June 11, 2011

Terima Kasih Sahabat



Keranamu sahabat,aku berubah....
Jika dulu aku seorang yang lalai dalam mengerjakan suruhan ALLAH, kini tak lagi.
Aku dahulukan suruhan Allah,sedikit demi sedikit aku jauhi kemungkaranNYA.
Ini bukanlah bermakna aku seorang yang suka melanggar perintah ALLAH,cuma aku seorang yang jahil,suka melengah-lengahkan waktu solat.Dalam sehari ,solatku x mencukupi 5 waktu,hanya 1 atau 2 waktu aje. Aku bukanlah seorang yang suka berpeleseran ataupun suka merayau ke sana sini. Kehidupan aku hanyalah di rumah dan di sekolah aje. Pagi berada di sekolah manakala petang berada di rumah. Begitu juga bila musim cuti sekolah menjelang,rumahlah tempatku beristirehat. Pendek kata kebanyakkan masaku dihabiskan di rumah. Rumahku Syurgaku.
Keranamu sahabat,aku berubah.....
Jika dulu aku seorang yang bahagia dengan kehidupan dunia,kini tak lagi.
alt
Sebab ku tahu bahagia di dunia hanya sementara,akhirat jua kekal abadi.Kini kebahagiaan akhirat yang ku kejar,sedikit demi sedikit ku tinggalkan keseronokkan duniawi. Syurga ALLAH menjadi matlamatku kini.Solatku mencukupi 5 waktu sehari semalam dan disamping itu,aku alunkan irama merdu dari AL-QURAN setiap hari. Terasa damainya hati,ketenangan milikku jua. Dulu aku bahagia,kini aku lebih bahagia kerana hatiku telah ke serahkan kepada ALLAH. Cintaku kepadaNYA melebihi cintaku kepada diriku sendiri.Nikmatnya jatuh cinta kepada PENCIPTA,tiada tandingannya.

Keranamu sahabat,aku berubah.....
Jika dulu aku seorang yang gembira dengan apa yang aku miliki,kini tak lagi.
Sebab ku tahu gembira di dunia takakan membawaku kemana-mana,aku mahu gembiraku membawa diriku hingga ke syurga ALLAH. Aku sebagai insan biasa, serba kekurangan,ku sedar semua itu. Aku terlalu hina di sisiNYA. Seringkali ku alpa dengan nikmat dunia, aku tak mampu jadi yang terbaik..Aku menangisi hidupku yang sia-sia selama ini.Aku terlalu leka dengan nikmat dunia,sehingga ku terlupa pada kekasihku yang satu.Tapi DIA tak pernah buangkan aku jauh dari sisiNYA. DIA tetap sayangkan aku sebagai hambaNYA.
Keranamu sahabat,aku berubah....
Terima kasih sahabat, keranamu aku berubah. Sahabat yang sentiasa memberi peringatan padaku tentang solat. Solat yang wajib di tunaikan dengan segera.Sahabat yang se ntiasa mengingatkan aku dengan amaran-amaran ALLAH.Sahabat yang sentiasa memberi nasihat untukku tanpa jemu-jemu. Sahabat yang sabar melayani kerenahku.Moga ikatan ukhwah antara kita berkekalan sepanjang hayat
UNTUKMU SAHABAT..
Ya Allah,
Kau berkatilah ukhwahfillah kami....
Kami hanya insan-insan kerdil yang menumpang buat sementara di atas muka bumi ini..
DariMu kami datang dan dariMu jualah kami kembali...
Ya Allah,
Ukhwahfillah yang kami bina ini...
Adalah dengan izinMu...
Andai ada di antara kami yang terpesong....
Maka kembalikanlah kami ke jalan kebenaran...
Dan jalan yang Engkau redhai.....
Ya Allah,
Engkau titipkanlah dalam hati kami...
Sifat saling hormat-menghormati...
Saling sayang-menyayangi....
Saling kasih-mengasihi....
Agar ikatan ukhwahfillah ini...
Tidak akan terlerai....
Biarkan ianya tersimpul.....
Ya Allah,
Hanya takdirMu yang akan...
Memisahkan ikatan ukhwafillah....
Yang kami bina ini...
Andai itu telah tersurat...
Kami pasrah.....ya Allah
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.
Sahabat....
Seandainya hatimu terluka dan tercalar keranaku.......
Ampun dan maaf ku pohon........
Sahabat......
Terima kasih kuucapkan.....
Kerana memilihku sebagai salah seorang sahabatmu......
Kerana sudi luangkan masamu bersamaku......
Kerana sudi menjadi pendengar setiaku.....
Kerana sudi berkongsi suka dan duka denganku.....
Kerana sudi melayan setiap kerenahku....
Yang entah apa-apa.....
sahabat.....
Ketahuilah olehmu.....
Kau adalah di antara insan.....
Yang paling ku sayangi dan ku rindui.....
Hilangmu tak mungkin ada penggantinya.....
Sahabat.....
Sepimu tanpa sebarang berita.....
Membuatku tertanya-tanya.....
Apakah salahku kepadamu.....
Ku sedar siapa diri ini.....
Insan yang tak punya apa-apa....
Insan yang serba kekurangan.....
Sahabat.....
Seandainya takdir memisahkan kita.....
Ku pasrah segalanya.....
Andai itu telah tersurat.....
Maafkan aku wahai sahabat.....
Sesungguhnya aku amat menyayangi dan merinduimu.....
Kini dan selamanya.....
Sahabat.....
Doa dariku sentiasa mengiringi setiap langkahmu....
Dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup....
Moga kau beroleh kebahagiaan....

Monday, April 25, 2011

Motivasi: Usaha. Kerana di situ ada ganjaranNya.

Kami di Langit Ilahi menyokong dan akan membantu Second Flotilla semampu kami! Pelawat sekalian, apakah anda bersama-sama kami?
Kini, laungan promosi buat Second Flotilla di bawah Lifeline4Gaza telah bermula dan disemarakkan. Bagi yang masih ingat akan peristiwa hitam 31hb Mei 2010 tahun lalu, yang menunjukkan pelayaran ke Gaza untuk memberikan bantuan melalui laut telah dihadang oleh tentera regim Zionis Israel, hingga membuka mata dunia akan isu Palestin, dan kekejaman Israel.
Kini, Flotilla yang sama ingin dilaksanakan semula. Kali ke-dua.
Ada yang akan berfikir dan merasa:
“Buat apa buat lagi? Bukannya Palestin tu nak terbebas pun kalau buat benda-benda macam ini. Lainlah kalau hantar tentera. Pergi serang Israel. Ini hantar bantuan makanan. Nanti kalau Israel serang lagi macam mana? Kan sia-sia?”
Saya tersenyum. Kerana saya faham, itulah mentaliti kebanyakan orang. Yang akhirnya akan membawa kepada ayat berikut:
“Tak naklah bantu. Sia-sia. Nanti Israel rampas, rugi je kita sumbang itu semua.”
Tahukah kita, mengapa mereka yang berusaha menjayakan Second Flotilla ini, tetap mengusahakannya walaupun telah berlaku tragedi hitam pada tahun yang lalu?
Maka di sinilah kita ingin berbincang. Mengubah mentaliti kita.

Apa gunanya berjuang, kalau memang pasti kalah?
313 melawan 1000. Bilangan orang islam yang melawan bilangan kaum Musyrikin Makkah.
700 melawan 3000. Bilangan orang Islam yang melawan bilangan kaum Musyrikin Makkah.
3000 melawan 10,000. Bilangan orang Islam yang melawan bilangan Kumpulan Al-Ahzab(gabungan Kaum Musyrikin Makkah, Bani Ghatfan dll)
Ya. Kita lihat sahaja bilangan tersebut, kita pada awalnya menjangka yang orang Islam akan dibantai teruk. Ditambah pula, sebagaimana yang kita amat arif, orang islam ketika itu belum mempunyai kekuatan wang yang setanding, membuatkan mereka ini kekurangan logistik peperangan, berbanding kaum kuffar.
Tetapi, kekurangan itu tidak pula menghentikan Rasulullah SAW untuk meneruskan perjuangan.
Mengapa?
Kerana pada usaha itu ada ganjaranNya.
Kerana pada usaha itu ada ganjaranNya. Itulah dia jawapannya.
Baginda Rasulullah SAW, tetap meneruskan perjuangan walaupun dalam kondisi yang jika dilihat agak disadvantage. Ada peperangan baginda menang seperti Badar dan Khandak, ada pula yang hanya menang moral sahaja tetapi zahirnya tewas seperti di Medan Uhud. Ada pula yang tenteranya terpaksa berundur seperti dalam Peperangan Mu’tah.
Itu belum dikira dengan usaha-usaha dakwahnya yang sering mendapat tentangan dan ancaman. Sekali pandang, memang agak mustahil untuk Rasulullah SAW berjaya. Angka yang asalnya sedikit. Harta yang asalnya tidak banyak. Musuh yang asalnya terlalu ramai.
Tetapi baginda tidak menghentikan usaha-usahanya.
Apa yang ada, itulah yang diusahakan baginda.
Berterusan. Istiqomah. Tanpa lelah. Tanpa merungut. Tanpa mengeluh. Terus menerus.
Dan akhirnya
Dan akhirnya termaktublah di dalam sejarah.
Bagaimana Rasulullah SAW berjaya di dalam usahanya. Bagaimana baginda akhirnya melahirkan satu generasi yang hebat dan disegani semua. Hingga akhirnya Islam itu memegang 2/3 dunia.
Ya. Itulah hasil usaha. Walaupun pada asalnya nampak mustahil. Walaupun pada asalnya nampak tidak boleh. Berdakwah hatta pada ahli keluarga sendiri di Makkah, diri dipulau. Berdakwah pula di Taif, diri dibaling batu hingga luka. Tetapi siapa yang menyangka, usaha yang berterusan membawa kepada kemenangan?
Ya. Pokoknya usaha.
Flotilla, bukankah itu satu usaha?
Samalah seperti kita hari ini.
Benar kita belum ada ketenteraan sekuat Israel. Benar kita mungkin akan diancam, mungkin bantuan yang kita hantar akan dirampas. Benar, kita menghadapi semua kemungkinan tersebut, kerana hari ini kita amat kerdil hendak dibandingkan dengan Israel.
Tetapi apakah itu alasannya untuk tidak meneruskan usaha yang kita mampu?
Setakat ini, sehingga hari ini, kita mampu mengusahakan flotilla, maka flotilla yang kita usahakan. Sampai hari nanti, bila kita mampu pula mengusahakan sesuatu yang lebih, kita akan usahakan sesuatu yang lebih pula. Tetapi, berbicara akan hari ini, maka kita laksanakan apa yang kita mampu hari ini. Kita tidak menunggu sehingga hari esok untuk berusaha. Kita berusaha semampu apa yang kita mampu.
Ganjaran Allah, tiada siapa yang mengetahui
Tiada siapa mampu melihat ganjaran Allah di balik usaha.
Seperti flotilla yang pertama yang lepas, siapa menjangka di balik usaha pelayaran tersebut, Allah susun tentera Israel menyerbu menganggu pelayaran. Dan, siapakah yang menjangka, dengan susunan Allah yang Maha Cantik itulah, dunia terjaga daripada lena dan kembali melihat isu Palestin sebagai isu utama.
Maka pada tahun ini, sekali lagi usaha yang sama, dan pastinya diusahakan agar lebih berkualiti dan lebih baik, dijalankan. Siapa yang mampu mengetahui kali ini, apakah pula yang Allah susunkan?
Tetapi yang penting, kita tahu natijah itu di tangan Allah. Maka apakah natijahnya, bukan kerja kita untuk sibuk-sibuk akannya. Yang perlu kita sibuk-sibukkan adalah usaha. Usaha semampu kita.
Dan apakah kita mahu tertinggal daripada kafilah yang berjuang untuk ummah ini?
Penutup: Hatta dalam keadaan mustahil juga, usaha tetap perlu.
Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa Yusuf AS tetap berlari menjauhi Zulaikha, walaupun dia tahu bahawa pintu bilik ketika itu telah terkunci?
Kerana usaha itu akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT kelak.
Begitulah usaha Second Flotilla ini.
Walaupun mungkin Palestin tidak terbebas hanya dengan pelayaran ini, tetapi inilah yang mampu diusahakan, maka inilah yang diusahakan. Agar usaha ini menjadi saksi nanti di hadapan Allah SWT.
Lihatlah indahnya usaha, apabila Rasulullah SAW bersabda:
”Jika hari Kiamat datang, dan di tangan seseorang dari kalian terdapat bibit kurma, maka jika ia masih sempat menanamnya sebelum Kiamat tiba, tanamlah bibit kurma itu.”(HR. Ahmad dan Bukhari)
Lihat. Sudah kiamat. Apa guna lagi menanam benih, yang pastinya tidak akan tumbuh akibat kiamat?
Tetapi itulah yang Rasulullah SAW arahkan.
Kerana apa?
Kerana pada usaha itu ada ganjarannya daripada Allah SWT.
Apakah ganjarannya?
Kita mungkin tidak akan sempat mengetahuinya. Mungkin hanya anak-anak kita yang akan sempat melihat apakah hasil daripada usaha kita itu. Mungkin pula, di akhirat sahaja akan mampu kita saksikan, apakah ganjarannya daripada perbuatan kita itu.
Tetapi yang penting, usaha.
Dan siapakah yang tidak mahu bersama-sama kafilah manusia yang berusaha untuk membebaskan Palestin daripada cengkaman jahiliyyah ini?
Ps: Marilah kita berikan perhatian, dan bantuan, kepada Second Flotilla yang dijangka akan dilancarkan pada Bulan Jun(awalnya dijangka bulan Mei, ada perubahan). Boleh dapatkan update terkini, juga bagi sesiapa yang ingin memberikan sumbangan, di link berikut: http://www.lifeline4gaza.org/
___________________________________________________________________________________________________________________
© Langitilahi.com

Friday, April 15, 2011

Keseimbangan Kecemerlangan Seorang Mahasiswa Rabbani

“Jika perjalanan begitu panjang sedang pertolongan Allah belum juga datang, maka ujian dan fitnah akan lebih keras dan liat. Cubaan akan lebih ganas dan lebih berat. Tidak ada yang tegar kecuali mereka yang dilindungi Allah. Merekalah orang-orang yang upaya menancapkan iman dalam jiwa, yang mampu menjaga sebuah amanah besar, amanah langit untuk dijalankan di bumi. Amanah Allah di setiap mata hati manusia” (Sayyid Qutb)
Kunci kejayaan bagi seorang mahasiswa rabbani ada tiga. Integrasi ketiga-tiga formula kecemerlangan ini insyaAllah akan menumbuhkan seorang mahasiswa yang seimbang kecemerlangannya di dunia dan di akhirat. Merujuk kepada tulisan penulis sebelum ini, mengapa terjadi ketidakseimbangan kecemerlangan di kalangan mahasiswa antara akademik dan dakwah kampus, penulis berusaha memperkemaskan kefahaman buat para mahasiswa dalam memahami erti kecemerlangan. Semoga perkongsian pada kali ini menyinarkan kembali kefahaman kita apa makna menjadi mahasiswa rabbani yang Allah SWT redha.
Iman Yang Mendalam
Pertama sebagai mahasiswa kita perlu memiliki keimanan yang mendalam terhadap Deen yang satu-satunya diredhai Allah SWT. Iman menjadi masdar(pemancar), penggerak dan pencetus kegigihan kita untuk belajar dan berdakwah. Mahasiswa yang beriman tidak ada masa untuk membuang masa, firman Allah SWT:
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang mukmin yang beriman, (iaitu) orang-orang yang kusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna…” (Al-Mu’minun: 1-4).
Justeru kualiti iman seorang mahasiswa rabbani, ibadahnya menjadi nombor wahid dan berfokus. Jangan sampai kita perlecehkan urusan solat dan hilang fokus saat bertaqarub kepada Allah SWT. Perbetulkan urusan ibadahmu, khususnya solat. Berusahalah untuk solat berjamaah sekerap mungkin.
Mahasiswa rabbani yang cemerlang tidak ada masa melakukan perbuatan dan berbincang perkara-perkara yang sia-sia dan yang tidak berguna. Allah SWT telah memaklumkan kepada kita faktor yang menyebabkan kita tidak cemerlang adalah kerana kita sering terjebak dengan dua perkara di atas, melakukan perbuatan dan percakapan yang sia-sia, sehinggakan masa kita banyak berlalu dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan tidak berguna.
Iman yang dinamik akan melahirkan ibadah yang sahih. Mahasiswa rabbani wajib memiliki kefahaman ibadah yang benar. Kita belajar bukan sekadar untuk memenuhi keinginan peribadi, melainkan kerana ianya adalah ibadah. Kita harus ikhlas menjalani seluruh amal baik kita. Samada dalam urusan ibadah khusus seperti solat, begitu juga dalam urusan belajar kita. Tiada pemisahan. Maksud memiliki kefahaman ibadah yang benar bukan sekadar memperhatikan hukum hakam yang menentukan sahnya suatu ibadah, tetapi lebih dari itu kita dituntut untuk menghadirkan hati ketika melaksanakannya dan menguatkan hubungan kita dengan Allah SWT. Dalam solat kita menghadirkan hati agar beroleh kekusyukan, dalam study kita hadirkan hati agar lahir juga kekusyukan dalam belajar. Makin tinggi kusyuk dan fokus kita dalam belajar, insyaAllah makin meningkat kefahaman kita dalam pelajaran. Masalahnya hari ini kita tidak kusyuk dalam study, puncanya kerana kita tidak faham bahawa study adalah ibadah kepada Allah SWT. Hatta dalam solat pun kita tidak kusyuk dan sering terabai. Dalam ibadah mana boleh buat semborono dan santai-santai. Maka dalam study juga tida boleh main-main dan sambil lewa. Kita kena serius dan fokus.  
Kalau tidak boleh fokus, formulanya  berdoa dan mintalah kepada Allah SWT, jangan mengeluh. Allah itu Maha Kaya, kita memerlukan kasih dan simpati-Nya. Maka ibadah kitalah menjadi penghubung kita dengan-Nya agar kita mampu meraih pahala dan redha Allah serta mampu pula meraih syurga dan selamat dari api neraka. Studylah dengan ikhlas dan kerana-Nya, cemerlanglah kerana-Nya bukan kerana tuntutan Universiti, anugerah dekan, kerjaya terbilang dan tiket untuk menghimpun kekayaan , sebaliknya studylah kerana mencari redha dan syurga Allah SWT, insyaAllah kejayaan lain akan menyusuri, yakinlah!
Pengurusan Diri Efektif
Salah satu faktor besar yang sering menyebabkan mahasiswa tidak cemerlang, samada mahasiswa biasa-biasa mahupun mahasiswa yang bersemangat dengan kerja dakwah dan tarbiyah adalah pengabaian dalam pengurusan diri yang baik.
Wahai mahasiswa, anda adalah barisan kepimpinan Islam masa depan. Mana mungkin anda mampu memimpin umat sekiranya anda tidak upaya mengurus diri sendiri dengan efektif. Tidak mungkin seseorang dapat mengatur urusan orang lain jika belum mampu mengatur kehidupannya sendiri.
Perhatikan sosok model yang cemerlang, ternyata mereka memiliki pengurusan diri yang teratur dan baik, maka mereka berjaya beroleh keberhasilan. Contoh terbaik yang mendepani kita adalah Rasulullah SAW, baginda memiliki kemahiran pengurusan diri yang terbaik, sehingga baginda mampu memainkan pelbagai peranan; sebagai kekasih Allah, suami, ayah, usahawan, sahabat, pemimpin, imam, komander perang dan ketua kerajaan. Malahan kejayaan baginda bukan sekadar berlegar pada diri baginda semata, tetapi kesannya menular kepada manusia sekitarnya. Para sahabat RA berlumba-lumba mencontohi Rasulullah SAW dan menjadi mukmin cemerlang dalam bidang mereka masing-masing. Sehingga kita juga teruja untuk mencontohi baginda dalam segenap penjuru kehidupan.
Penulis mengenali seorang sahabat yang luarbiasa. Kecemerlangan beliau mempengaruhi diri penulis untuk cemerlang seperti beliau. Bayangkan ketika beliau mahasiswa, seminggu beliau mengendalikan 8 halaqah tarbawiyah dan aktif dengan dakwah kampus. Beliau tamat dengan keputusan 1st Class dan dinobatkan sebagai mahasiswa cemerlang dalam bidang pengajian beliau. Saat beliau berkerjaya, beliau sentiasa sibuk dengan kerja dakwah dan tarbiyah, malam dan hujung minggunya dipenuhi dengan kegiatan tersebut. Beliau pernah dianugerahkan Tokoh Pekerja Cemerlang di tempat beliau bertugas. Luarbiasa lagi, beliau menyelesaikan PhD secara sambilan dalam masa 2 tahun setengah sahaja. Katanya dia berusaha menyiapkan PhDnya adalah untuk dimanfaatkan kepada tugas dakwah. Sehingga saat ini beliau tidak pernah berhenti atau memperlahankan langkah dakwah dan tarbiyahnya. Semoga Allah memberkati beliau dan semoga beliau terus istiqamah.
Mari kita bertanya pada diri kita sendiri. Bagaimana insan-insan yang hebat menjadi sangat produktif? Bagaimana mereka sentiasa tenang dan stabil sehingga memahami dengan tepat di mana mereka harus meletakkan langkah-langkah kaki mereka? Bagaimana mereka mengurus masa mereka dalam pelbagai situasi realiti kehidupan? Bagaimana mereka melihat pelbagai situasi dari pelbagai sudut pandang? Bagaimana mereka menyelesaikan masalah dan bagaimana mereka meletakkan keutamaan dalam mengurus aktiviti kehidupan, apa yang harus dilaksanakan pada hari ini dan apa yang harus di tunda hingga hari esok. Bagaimana mereka mengurus kehidupan agar tidak sentiasa bergolak dan cacamarba, menghadapi perkara-perkara yang tidak di duga dan halangan-halangan di sepanjang perjalanan? Juga bagaimana mereka ini memberi pengaruh kepada orang lain dan memberi teladan yang baik di mana pun berada?
Penulis lampirkan karakteristik dan ciri peribadi yang perlu dibangunkan oleh setiap mahasiswa rabbani bagi memperlengkapkan dirinya dengan kekuatan dalam pengurusan diri:
  • Setiap hari menggunakan sebahagian waktunya untuk berfikir tentang aktivitinya, kemudian membuat perancangan. Urusan itu dilakukan setiap hari dan istiqamah, bukan pada saat-saat akhir dan tidak istiqamah.
  • Menentukan sasaran yang ingin dicapai sekaligus dead line perlaksanaannya.
  • Menyiapkan jadual aktiviti harian, menyusun kegiatan dan aktiviti sesuai dengan urutan keutamaan, memberikan keutamaan untuk tugasan dan urusan penting, dan menyelesaikan jadual harian pada waktu yang telah ditetapkan.
  • Membuat jadual belajar anjal agar keutamaan masih tetap tidak berubah saat bertembung dengan perkara-perkara yang tidak diduga.
  • Mengagihkan tugas  apa pun yang dapat didelegasikan. Dengan kata lain, tidak melakukan suatu pekerjaan kecuali yang tidak dapat  didelegasikan kepada orang lain. Mengetahui nilai waktu dan benar-benar menjaga untuk tidak menyia-nyiakan waktunya.
  • Berusaha menyelesaikan urusan-urusan kecil  sesingkat mungkin dan tidak ditangguhkan sebelum selesai.
  • Miliki keupayaan yang tinggi untuk menghindari urusan dan perkara yang tidak penting, seperti kekerapan bersantai di depan televisyen atau FB, melayani telefon atau sms, melayani rakan-rakan yang mengajak kepada aktiviti berpeleseran dan faktor-faktor lain yang mengganggu.
  • Mampu berkata “tidak”  terhadap permintaan orang lain yang menggangu pekerjaan sesuatu yang penting, terutama jika permintaan itu tidak terjadual.
  • Menyelesaikan tugas-tugas yang sulit dan mengganggu tanpa menunda.
  • Peruntukan masa yang diberikan untuk mengerjakan suatu tugas bersifat praktikal dan memiliki ukuran yang jelas sehingga mudah menilai perlaksanaan dan pengawasannya.
  • Tidak memeras tenaga berlebihan sehingga mengganggu kesihatan.
  • Mencari semua fakta dan informasi sebelum mengambil keputusan.
  • Memiliki informasi yang melimpah dan lengkap tentang masalah yang sedang digarap.
  • Memiliki keteraturan  dalam pengurusan belajar, pengurusan nota , pengurusan masa, pengurusan dokumen-dokumen belajar.
  • Membangun peribadi  yang cepat respon, tenang, sabar, berperilaku baik, berfikiran kreatif, berpandangan jelas, memiliki langkah yang mantap, serta berkeperibadian mantap dan percaya diri.
  • Dapat memberikan banyak jawapan, pekerjaan, dan keputusan dalam waktu singkat namun tetap bekerja dengan pedoman keteraturan : teliti, mudah, dan cepat.
  • Selalu bergerak sesuai dengan jadual kerja dan tidak membiarkan keadaan/suasana yang mengatur dirinya.
  • Mempunyai nilai rasa keindahan dan berusaha mewujudkannya. Matanya tidak nyaman jika melihat keserabutan dan ketidakteraturan.
  • Menjalankan pekerjaan yang dituntut darinya, dengan sempurna, hadir tepat pada waktu, tidak pernah ponteng tanpa  alasan, serta menyiapkan pekerjaannya dengan cermat.
  • Memiliki wawasan lingkungan yang intens dan selalu satu faham dengan teman-temannya.
  • Memiliki peribadi mantap, selalu tergerak membantu jika melihat pelbagai kesulitan, serta memiliki pandangan dan jangkaan yang baik atas banyak perkara.
  • Menyediakan waktu secukupnya bagi setiap perkara dan aktiviti yang hendak dilaksanakan, mengetahui kekuataan dan kelemahan diri.
  • Kehadapan secara keilmuan dan berpersatuan, berkeperibadian stabil, berwibawa, serta serius berinteraksi dengan orang lain.
  • Menjadi tempat mengadu dan rujukan kepada ramai insan lain ketika mereka menghadapi masalah , senantiasa memiliki solusi bagi masalah-masalah yang terjadi, serta menjadi peribadi yang menyenangkan bagi orang-orang disekitarnya.
  • Setiap hari sentiasa hadir dengan semangat pagi, aktif, ceria, produktif, gembira dan tenang dan menuju kepada perkara-perkara yang lebih baik.
  • Sentiasa bermuhasabah diri dengan apa yang diperlakukan setiap hari dan melakukan kaizen, menuju kepada perubahan yang lebih baik.

Usaha Dan Jihad Yang Berterusan
‘Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’, ‘kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga’. Itulah antara pepatah melayu yang boleh kita jadikan ikhtibar dalam kehidupan. Tugas sebagai seorang mahasiswa rabbani amat besar, mempersiapkan dirinya dengan penguasaan ilmu, kemahiran keinsanan dan kepimpinan, menghimpun sebanyak mungkin bekalan dakwah dan konsistensi dengan tarbiyah islamiyyah. Di sepanjang perjalanan untuk mencapai perkara tersebut, kita akan bertemu dengan palbagai ujian dan mehnah. Justeri kita perlu thabat (teguh) dan jangan mudah mengalah dan kendur semangat.
Anda kenal dengan Muhammad Izzudin Abdul Qadir Al Qassam? Beliau dilahirkan pada tahun 1882 di Jabalah, Syria. Beliau pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14 tahun dan di sana beliau belajar daripada tokoh terkenal, Sheikh Muhammad Abduh. Semasa di zaman menuntut lagi beliau telah pun gigih melakukan usaha dakwah.
Sheikh Al Qassam adalah seorang imam, guru dan juga sheikh Tareekat Ash-Shazaliyah di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di bahagian utara Syria. Beliau menggunakan ilmu dan kedudukannya untuk menerangkan kepada umat bahawa tugas muslim bukan sekadar memahami asas-asas agama Islam semata-mata tetapi juga menerangkan setiap isu yang menyentuh kepentingan umat dan negara dari sudut pandangan Islam. Kepimpinannya telah menyedarkan masyarakat untuk kembali kepada Islam. Pentarbiyahan beliau telah berjaya merubah pemikiran masyarakat.
Izzudin Al Qassam berjihad di Palestin sebagai mujahid kerana beliau benar-benar memahami rancangan jahat Yahudi Israel yang mahu menubuhkan sebuah Negara Israel di Palestin melalui perancangan Organisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Switzerland pada 29-30hb Ogos 1896. Pasukan Inggeris dengan senjata yang lengkap dan dibantu dengan pesawat tempur telah menyerang pasukan Izzuddin Al-Qassam di Ya’bad. Dalam pertempuran tersebut Izzuddin Al-Qassam gugur sebagai syahid bersama dua orang pejuang lainnya pada 20hb November 1935.
Begitulah makna perjuangan bagi seorang mukmin. Sejak muda remaja, mahasiswa sehinggalah ke usia tuanya, mencurahkan potensinya kepada Islam. Setiap detik nyawanya sehinggalah hari kematiannya adalah dalam rangka memperkuatkan Islam dan memperhambakan diri hanya sanya kepada Allah SWT. Inilah erti usaha dan jihad yang berterusan. Jangan hanya sekadar bersemangat berdakwah saat di kampus, apabila terjun ke dalam masyarakat, hanyut dengan ujian kesibukan kerjaya dan rumahtangga. Hal ini terjadi kerana proses tarbiyah yang dilalui ketika  di kampus tidak kemas dan longgar. Justeru, mantapkan tarbiyah anda saat mula menerima tarbiyah ini, jangan berhenti hadir dalam pertemuan halaqah mingguan. Jangan terpedaya dengan kesibukan dakwah kampus sehingga mengabaikan tarbiyah ruhiyah pada diri sendiri. Dakwah memerlukan nafas yang panjang.
Mursyid tarbiyah, dakwah dan murabbi yang penulis segani, Al Marhum Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain, mengajar kami erti usaha dan jihad yang berterusan. Menurut murabbi al marhum ustaz, Syeikh Muhammad Ahmad Ar Rasyid, al marhum ustaz semasa di universiti di Iraq, sangat aktif dan merupakan kepimpinan pelajar Malaysia di sana. Beliau tidak pernah ponteng dalam pertemuan halaqah mingguan dan amat komited dengan pelajaran. Setelah pulang ke Malaysia, dakwah al marhum ustaz tidak berhenti, beliau sabar dan terus berusaha sehingga dengan izin Allah SWT. beliau menghempuskan nafas terakhir dengan meninggalkan ribuan para amilin di jalan dakwah dan tarbiyah dalam pelbagai bidang dan lapangan. Pelbagai projek institusi dakwah dan tarbiyah yang beliau bina bersama para sahabat beliau bertebaran di seluruh Malaysia dalam usaha melahirkan lebih ramai para duah ilallah. Beliau tidak pernah berhenti walaupun ada yang menyindir dan memperlekehkan kewibaan beliau. Keikhlasan beramal menjadikan beliau tetap istiqamah di jalan perjuangan ini. Anda boleh membaca banyak coretan dari anak didik beliau akan kesederhanaan dan kesungguhan beliau dalam mendidik para mutarabbinya melalui tulisan Ustaz Yazid Noh, Hilal Asyraf dan Bro Hamzah.
Suri teladan sudah ada di hadapan kita. Bermula dari keteladanan Rasulullah SAW. sehinggalah yang paling hampir dengan kita kalangan tokoh-tokoh dakwah dan tarbiyah yang ada di Malaysia. Izzudin al Qassam, Hassan Al Banna, Dr. Yusof Qhardawi, Ustaz Dahlan Mohd Zain dan ramai lagi pemimpin dakwah ini, mereka memiliki ciri keperibadian yang hebat dan luarbiasa berasaskan kepada petunjuk dan panduan yang telah di ajar oleh Rasulullah SAW. Mereka membangun kejatidirian mereka sebagai duah dengan bekalan Iman yang mendalam, pengurusan diri yang efektif dan usaha serta jihad tanpa henti sehingga ke akhir hayat mereka. Semoga kita mampu mencontohi mereka. InsyaAllah. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan Kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka Malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”. kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperolehi (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Fushilat : 30-32)   

___________________________________________________________________________________________________________________
© Langitilahi.com

Thursday, April 14, 2011

Tazkirah Hari Ini

► Play the Qur'aan
▌▌Pause the Desires
■ Stop the shaitaan
◄◄ Rewind from Dunya
►► Forward to Akhira

Tuesday, April 05, 2011

Gambar Menarik : Habib Umar di Kanada

Habib Umar's Visit to Niagara Falls,Ontario, Canada.Saturday, 19 March 2011









Friday, March 25, 2011

Aurat Dengan Bukan Islam & Cerita Aurat Dekat Pakwe…

Posted by Imam Muda Asyraf 

Artikel ini dikeluarkan di Berita Harian bertarikh 8 Februari 2011..
Dan di bawah ni merupakan Artikel Asal Penulis. Selamat berkoreksi.

Timbul isu yang dibangkitkan oleh Muslimah kini dalam mereka berinteraksi dengan wanita bukan Islam. Terutamanya melibatkan mahasiswa dan pelajar yang tinggal sebilik dengan wanita bukan Islam. Ini sedikit sebanyak akan mendatangkan kesukaran pergerakan seharian mereka.
Menutup aurat bagi wanita muslimah merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh syarak. Ianya merupakan suatu ketetapan yang pasti berdasarkan dalil daripada al-Quran dan sunnah. Seorang wanita muslimah itu dibenarkan menampakkan aurat mereka hanya kepada golongan-golongan tertentu seperti yang dijelaskan secara terperinci di dalam al-Quran Surah al-Nur  ayat 31 yang bermaksud :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Berdasarkan ayat di atas, terdapat khilaf para ulama dalam hal ini. Allah tidak menyebut lafaz “an-nisaa” bermaksud wanita-wanita. Tetapi Ia menyebut “nisaaihinna” bermaksud wanita-wanita mereka. Sekiranya digunakan lafaz “an-nisaa” nescaya halallah bagi wanita mendedahkan aurat dan menzahirkan perhiasan kepada semua jenis perempuan Islam, kafir, solehah atau fasik. Apabila digunakan lafaz “nisaaihinna” bermakna Allah menghadkan kebebasan perempuan Islam dalam ruang lingkup tertentu. Apakah ruang lingkup tersebut? Di sinilah terdapat perselisihan pendapat di antara para ulamak.
Ada yang mengatakan bahawa boleh bagi wanita Muslimah membuka aurat hanya kepada wanita Muslimah sahaja. Pendapat ini menurut mazhab Syafie yang menyatakan auratnya sama sahaja dengan lelaki bukan mahram. Begitu juga keterangan yang dilihat seperti mana yang dihuraikan oleh Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azhim katanya  :
“Firman Allah SWT ‘nisaa`ihinna’, maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah yang lain. Namun ia tidak dibenarkan kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah). Ini bertujuan agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari pada semua wanita, akan tetapi ianya lebih ditekankan lagi kepada wanita ahlu zimmah. Sebenarnya tidak ada larangan khusus mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Tetapi untuk wanita Muslimah, sudah semstinya dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]
Imam Ibn Kathir menganggap wanita bukan muslim ahlu zimmah tidak memahami larangan Rasulullah SAW berkenaan menceritakan aurat wanita lain kepada suami mereka. Ini kerana wanita bukan Islam tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah). Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.
Disebabkan alasan tersebut, beliau mendatangkan pendapat yang melarang secara terus dari menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam.
Begitu juga pandangan Syeikh ‘Atiyyah Saqqar yang menguatkan dalil dgn kata-kata Ibn Abbas yg mengharamkan aurat perempuan Islam dilihat oleh perempuan Yahudi atau Kristian. kerana takut perempuan kafir akan menceritakan atau mendedahkan kepada lelaki lain atau suami mereka tentang apa yg mereka lihat. Pendapat ini juga dipegang oleh Imam al-Qurtubi di dalam tafsir beliau dengan berdalilkan al-Athar (kata-kata sahabat) daripada Umar RA yg bermaksud:
“Dan Umar RA menulis kepada gabenornya Abi Ubaidah bin al-Jarrah: “Bahawa telah sampai berita kepadaku perempuan ahli zimmah memasuki tmpt mandian wanita islam. Maka tegahlah daripada demikian itu dan halalkan selain mereka (perempuan ahli zimmah).” Dan pendapat ini merupakan pendapat Jumhur Ulama.
Jika dilihat kepada alasan beberapa pandangan Ulama ini, mereka mendatangkan hukum ini adalah berdasarkan adanya alasan tertentu. ‘Illah (alasan) tersebut ialah ‘agar aurat wanita muslimah tidak diceritakan kepada suami mereka’. Menurut kaedah fiqh, Ianya dikategorikan sebagai ‘illah ba’ithah. Iaitu hukum tersebut dibina berdasarkan kepada kewujudan dan ketiadaan illah. Apabila illah tersebut hilang maka gugurlah hukum asal tersebut. Namun apabila illah itu kembali, maka hukum asal digunapakai semula.
Di dalam isu ini, sekiranya wanita bukan Islam diyakini tidak akan menceritakan aurat wanita Muslimah kepada lelaki lain, maka harus bagi wanita Muslimah menampakkan aurat kepada mereka.
Ini bersesuaian dengan pandangan sebahagian ulama. Mereka tidak memandang bahawa menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam akan membuatkan wanita bukan Islam tersebut secara pasti akan menceritakannya kepada suami mereka. Lalu mereka mengharuskan wanita Muslimah membuka aurat dihadaan wanita bukan Islam diatas keperluan syarat-syarat tertentu. Antara syarat-syaratnya ialah dipastikan wanita bukan Islam (khusus kepada ahlu zimmah) tersebut dapat dipercayai ia tidak menceritakan perihal aurat wanita muslimah kepada lelaki lain. Lalu mereka membahagikan wanita bukan Islam itu samada ianya boleh dipercayai, ataupun tidak boleh dipercayai.
Ini seperti mana yang dinyatakan oleh pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur seperti Ibn al-Arabi al-Maliki didalam kitab beliau Ahkamul Qur’an, Jld 3, hal. 326, yang mengatakan boleh bagi wanita Muslimah membuka aurat kepada semua wanita yang baik akhlaknya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Fakhrurrazzi dan mufassir kontemporari  dari Saudi iaitu Syeikh Ali Al-Shabuni.
Apa yang ingin dijelaskan oleh mereka disini adalah, aurat atau tidak bukanlah dinilai pada perbezaan agama, tetapi dinilai pada perbezaan akhlak dan budi pekerti. Maka harus bagi perempuan Islam mendedahkan aurat di hadapan perempuan lain yang elok budi pekerti dan akhlaknya walaupun bukan Islam. Dan pandangan ini dipersetujui oleh Fatwa Negeri Kedah dengan merujuk kepada kitab Hasyiyah Qalyubi juz. 3, hal. 211 mendatangkan alasan berbezanya keadaan zaman kini jika dilihat pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi, di asrama, di tempat bekerja dan lain-lain.
Jika perihal menceritakan aurat terbatas hanya kepada agama, bagaimana dengan perempuan Islam yang rosak akhlak dan tidak bermoral seperti golongan lesbian? Maka sudah semstinya wajib menutup aurat di hadapan mereka kerana bergaul dengan mereka mendedahkan kepada bahaya dan mudarat sebagaimana bergaul dengan lelaki bukan muhrim.
Disebabkan itulah Islam melarang seseorang wanita muslimah itu menceritakan kepada rakan-rakan yang bukan mahramnya perihal aurat mereka. Seperti menceritakan rupa bentuk tubuh badannya, kedudukan rambut, mahupun warna kulit anggota-anggota tertentu yang terselindung disebalik batasan-batasan aurat yang digariskan oleh Islam.
Islam mengangkat tinggi kedudukan wanita dengan memelihara status kemulian mereka. Disebabkan itu apa sahaja yang boleh memberi kesan terhadap merendahkan kedudukan wanita, maka ianya dari awal lagi ditegah di dalam Islam. Perbuatan menceritakan aurat sendiri atau aurat wanita yang lain kepada bukan mahram mereka merupakan suatu tegahan dari Baginda Nabi SAW. Ini kerana ianya secara tidak langsung memberi gambaran kepada lelaki yang bukan mahram berkenaan aurat yang mana ianya pada asalnya bertujuan untuk menutup pintu-pintu perzinaan. Ini jelas hadis daripada Ibn Mas’ud katanya Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan itu bergaul dengan perempuan lain kemudian ia menceritakan perihal perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis tersebut, mana-mana wanita dilarang untuk menceritakan aurat wanita saudaranya dan rakan-rakan yang lain kepada suami masing-masing. Apatah lagi bagi pasangan yang belum berkahwin untuk menceritakan perihal aurat mereka kepada tunang, kekasih mahupun rakan-rakan berlainan jantina.
Kesimpulannya di sini, mana-mana wanita Muslimah dilarang mendedahkan atau menceritakan aurat mereka kepada yang bukan mahram dan wanita bukan Islam tanpa keperluan tertentu yang mendesak. Mereka dibolehkan membuka aurat mereka kepada wanita bukan Islam hanya sekiranya terdapat keperluan dan meyakini wanita bukan Islam tersebut mampu merahsiakan aurat wanita Muslimah dari dihebahkan kepada lelaki lain. Islam tidak menyusahkan wanita. Tetapi ia memuliakan wanita.

Wednesday, March 16, 2011

Senjata Dajjal HAARP, Tsunami Jepun, dan Tanda-tanda Akhir Zaman

Sumber[eramuslim.com] Penulis tidak tahu mesti mulai dari mana ketika nama HAARP muncul sesaat setelah Tsunami memporakporandakan daratan Jepang.
Penulis juga tidak mau memaksa terhadap hipotesa bahwa nama HAARP-lah yang bermain dalam gelombang dahsyat tersebut sekaligus juga tidak menampik bahwa HAARP ada di belakang ini semua.
Suatu ketika, petunjuk Allah yang akan menjawabkegelisahan dan rasa penasaran kita semua.
Kita di sini sedang mendikusikan sebuah fakta tentang Kebangkitan kedua Kapitalisme Marxis di Amerika Serikat (AS) yang bertindak semena-mena terhadap negara lainnya.
Dan kedua kita juga sedang berbicara mengenai tanda-tanda akhir zaman dimana semakin digdayanya globalisasi dunia ini menuju singgasana kelahiran Sang Mata Satu, penulis namakan itu hampir sama dengan thesis Ahmad Thompsom, Sistem Dajjal.
HAARP sendiri adalah singkatan dari High Frequency Active Auroral Research Program. Sebuah alat pengubah cuaca. Menara transmisi HAARP terletak terpencil di daerah Alaska, dan dirancang sedemikian rupa sehingga menghasilkan enerji yang sangat besar dan kemudian dipancarkan ke lapisan ionosfer.
Namun benarkah HAARP yang notabene menjadi program senjata pemusnah masal AS menjadi dalang untuk menghancurkan Jepang dan merebut senjata nuklir Jepang?
Jepang, Sekutu AS?: Geopolitik Asia Timur
Tidak pernah ada sekutu abadi bagi AS. Bahkan Indonesia sekalipun. Era kemenangan Demokrasi Liberal, seperti thesis Fukuyama adalah jalan untuk sebuah negara menginjak negara lain. Era bagi sebuah kekuatan asing yang terus membangun kedigdayaannya dengan cara berbohong, membohongi konsumennya.
Konstelasi politik Asia Timur diramaikan pada persengkataan antara kekuatan nuklir dan militer di antara banyak negara. Jepang sebagai bagian Negara super power Asia, memiliki investasi nuklir yang bisa menjadi bom waktu bagi siapa saja, termasuk AS. Ini karena Jepang sejak era Perang Dunia II telah memiliki sarana dan prasana yang baik untuk mengembangkan program nuklir, sekalipun tidak begitu berhasil.
Melihat gejala ini, kita tidak lagi bicara bahwa Jepang selama ini adalah sekutu bagi AS. Sekali lagi penulis ingin menekankan tidak ada istilah sekutu bagi mereka. Dalam wilayah kapitaslime global, kekuatan dan uang adalah mitra sesungguhnya.
Menguasai teknologi nuklir secara masif akan mendongkrak kekuatan suatu negara menjadi negara powerful yang memiliki bargaining dengan kekuatan politik lainnya.
Surwandono, salah seorang pemerhati Hubungan Internasional di Yogyakarta, menyatakan bahwa dengan penguasaan teknologi nuklir, setidaknya negara besar yang selama ini bisa mendikte perilaku politik negara kecil, akan berfikir dua sampai tiga kali.
Sedikit gambarannya saja bahwa kemampuan rudal Korea Utara sudah dalam kapasitas rudal jarak jauh bahkan antar benua. Inilah yang menjadi ketakutan Amerika dan Korea.
Kepentingan AS terhadap nuklir Jepang sangat terasa pasca era millennium baru saat ini.
Inilah yang membuat AS merasa memiliki kepentingan berarti pasca meledaknya reaktor nuklir Jepang setelah Tsunami menghempas. Bayangkan saja bagaimana kesigapan Gedung Putih melihat tragedi ini.
Minggu kemarin, Gedung Putih, seperti dilansir kantor berita Antara, telah mengirimkan para pakar ke reaktor-reaktor nuklir di Jepang. Dua reaktor di negara itu telah mengalami kerusakan akibat gempa bumi besar dan menghadapi kebocoran.
Dalam sebuah pernyataannya, Gedung Putih pun mengatakan bahwa Tim Tanggap Bantuan Bencana telah dikirimkan ke Tokyo. Tim ini termasuk petugas berkeahlian nuklir dari Departemen Energi dan Kesehatan dan Sumber Daya Manusia di samping Komisi Peraturan Nuklir (NRC). Para anggota NRC adalah pakar dalam reaktor nuklir air panas dan bersedia untuk membantu rekan-rekan mereka di Jepang.
Para pejabat dari Departemen Energi, NRC, dan lembaga lain telah mengadakan kontak dengan pejabat-pejabat Jepang di Fukushima dan akan memberikan bantuan apapun bagi permintaan pemerintah Jepang, karena mereka bekerja untuk menstabilkan reaktor nuklir mereka yang rusak.
NRC juga telah menyiarkan informasi yang menyatakan bahwa Hawaii, Alaska, Amerika Serikat dan Wilayah Pantai Barat AS tidak diharapkan untuk mengalami tingkat radioaktivitas berbahaya. Amerika Serikat dan Jepang keduanya memiliki kemampuan yang sangat canggih untuk memantau dan memprediksi aliran dari setiap kebocoran radioaktif, menurut laporan media AS.
Inilah invasi besar-besaran yang bisa jadi menjadi misi sesungguhnya Amerika dalam tsunami Jepang saat ini. Alih-alih ingin membantu, AS telah mempelajari skema reaktor kuklir Jepang yang kelak jika tidak diwaspadai bisa menjadi bumerang bagi mereka sendiri.
Melihat ini semua, kita layaknya sedang melihat bahwa AS sudah seperti negara paling berkepentingan sekaligus paling panik dibanding dengan Jepang sendiri melihat kasus kebocoran nuklir di Fukushima.
Peter Bradford misalnya,Kepala Komisi Regulator Nuklir AS, ini mengatakan bahwa jika upaya pendinginan reaktor gagal, maka situasi di Fukushima menjadi mirip seperti di Chernobyl, Ukraina.
Bradford menjelaskan bahwa dua kecelakaan nuklir terburuk dalam sejarah terjadi pada bencana Chernobyl pada tahun 1986 dan ledakan reaktor Three Mile Island di AS pada tahun 1979 dan itu bisa terulang di Jepang.
Namun terlepas dari itu semua, kita juga harus melihat apa motif sebenarnya Jepang memiliki nuklir? Apakah misi Jepang sesungguhnya ketika berniat memiliki teknologi hebat ini mengingat para ahli juga pernah mengatakan bahwa Jepang tidak begitu berhasil melangsungkan proyek nuklir.
Jawabannya tidak lain karena Jepang ingin mengantisipasi jika dikemudian hari AS tidak berhasil mengatasi persoalan Korea Utara dengan baik.
Dodik Ariyanto dalam tulisannya “Era Baru Perang Bintang”, mengatakan bahwa Provokasi Kim Jong II, khususnya sejak uji-coba Taepodong II Juli 2006, telah menyulut kekhawatiran luas di Jepang bahwa payung keamanan AS yang dipadu dengan kemampuan peralatan yang ada saat ini, sangat tidak memadai guna melindungi Jepang seandainya Kim gelap mata.
Kekhawatiran tersebut jelas sekali ketika tahun Jepang kemudian mengeluarkan pernyataan resmi bahwa ia punya hak melakukan setiap antisipasi menghadapi perkembangan terakhir di Korut. Selain alokasi $1,9 milyar untuk teknologi rudal pada anggaran 2007.
Kita tahu bersama bahwa tidak ada satu negarapun yang tahu persis apa yang sedang mereka pikirkan masing-masing, serta apa yang akan dilakukan oleh negara lainnya jika ada sebuah skenario sedang tersusun rapih.
Akhirnya, setiap negara dipaksa untuk berpikir bahwa perilaku tetangganya dapat setiap saat menjadi ancaman baginya, sehingga tersedia pilihan sikap yang sama persis menyangkut keamanan nasionalnya, yaitu : 1). aktif bekerjasama dan tidak bersenjata ; 2) bersenjata sementara negara lain tak bersenjata ; 3) semua bersenjata dengan kemungkinan terjadinya perang, dan ; 4) tidak bersenjata sementara negara lain bersenjata.
Jadi, sebenarnya AS di satu sisi diuntungkan oleh meledaknya reaktor nuklir Jepang dan mereka memiliki kelegaan dimana kekuatan “calon musuhnya”, suatu ketika sudah terbaca mengingat berbagai perangkat pakar nuklir AS telah meindentifikasi titik pergerakan reaktor nuklir saat ini. Lalu inikah indikasi kuat bahwa AS ada dibalik Tsunami ini?
HAARP dan Kasus Tsunami Jepang: Sebuah Diskusi
HAARP sebenarnya adalah proyek investigasi yang bertujuan untuk memahami, menstimulasi, dan mengontrol proses ionospherik yang dapat mengubah kinerja komunikasi dan menggunakan sistem surveilans. HAARP mulai dikemangkan pemerintah AS pada tahun 1992 dan ditargetkan rampung pada tahun 2012.
Menurut salah sebuah sumber, cara kerja HAARP adalah dengan memanaskan ionosphere yang ada di langit. Hal ini dapat memanipulasi keadaan langit disekitarnya, sehingga pada masa percobaan dapat terjadi suatu hal yang tidak diinginkan misalnya terjadi badai, gempa bumi, gangguan sinyal dan lain-lain.
Caranya dengan menentukan satu titik lokasi ionosphere yang akan dipanaskan, lalu tekanan yang berada di atmosfer juga akan naik. Maka tekanan yang terbentuk dikumpulkan di satu titik dan terbentuklah manipulasi jetstream).
Namun menurut sebagian kalangan, ada sesuatu yang lebih besar sedang dilakukan di tempat ini, yaitu pengembangan senjata pemusnah massal. HAARP disebut mampu menciptakan banjir dengan memanipulasi penguapan air, mampu menciptakan badai dan bahkan gempa bumi.
Dengan kemampuan ini, tentu saja itu berarti Amerika akan mampu menciptakan bencana kelaparan di wilayah yang diinginkannya. Projek ini menurut sebagian kalangan bertanggungjawab terhadap beberapa peristiwa gempa besar, seperti gempa bumi 7,8 skala Richter (SR) di Sichuan China 12 Mei 2008, gempa bumi 7,0 SR di Haiti 12 Januari 2010, dan gempa bumi 8,8 SR di Chile 27 Februari 2010.
Ketika Haiti diguncang gempa bumi berkekuatan 7,0 SR pada 12 Januari 2010 dan menewaskan sekitar 200.000 orang, banyak media massa yang melansir pernyataan Presiden Hugo Chavez kepada surat kabar Spanyol ABC.
Dalam berita disebutkan pemimpin Venezuela itu menuduh AS menyebabkan kehancuran di Haiti dengan menguji coba "senjata tektonik". Hal ini kontak memicu media massa Venezuela untuk melaporkan bahwa gempa bumi ini terkait dengan projek HAARP yang dapat menghasilkan perubahan iklim yang tak terduga dan keras.
Sebuah laporan Amerika berada di balik Tsunami Jepang memang sempat menuju titik terang. Seperti dikutip dari situs http://www.atlanteanconspiracy.com/2011/03/japan-tsunami-caused-by-haarp.html. Terlihat ada grafik peningkatan pergerakan elektromagnetik saat sebelum HAARP diaktifkan dan 36 jam pasca tsunami.
Namun kita ketahui bersama indikasi HAARP tidak saja berada pada level eletktromagenitik, namun juga penampakan aurora di sekitar langit seperti pada kasus gempa Chile. Ini yang mesti dibuktikan.
Aurora sendiri merupakan fenomena pancaran cahaya yang menyala-nya pada lapisan Ionosfer (bagian Atmosfer yang terionisasi oleh radiasi matahari) suatu planet akibat interaksi medan magnetik planet tersebut dengan partikel bermuatan (ion) yang dipancarkan matahari.
Tanda-tanda Akhir Zaman
Terlepas dari diskusi itu, terjadinya gempa secara beruntun baik di Chile, Haiti, New Zealand, dan kini Jepang menandakan baak baru tanda-tanda akhir zaman. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sehingga kamu melihat sepuluh tanda . . . ” Kemudian baginda menyebut antara lain “dan tiga gempa bumi iaitu gempa di wilayah timur, di wilayah barat dan di Jazirah Arab.” (Shahih Muslim Syarah Nawawi 18:27 – 28)
Di hadits yang lain, juga pernah ada nubuwah serupa. Dari Ummu Salamah, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “ Sesudahku nanti akan terjadi gempa bumi di Wilayah Timur, gempa bumi di wilayah Barat dan gempa bumi di Jazirah Arab.” Saya bertanya,” Wahai Rasulullah saw apakah bumi akan digempakan padahal di dalamnya masih ada orang-orang yang saleh?” baginda menjawab, “ Apakala penghuninya telah banyak melakukan keburukan.”
Sebagai umat Islam, kejadian ini haruslah menjadi media kita untuk meningkatkan iman kepada Allahuta’la. Gempa dan tsunami adalah refleksi bahwa ujian dan peringatan betapa sombongnya manusia dunia dan betapa kemaksiatan sudah merajalela di muka bumi.
Jepang, Negara penyembah matahari itu tidak berdaya apa-apa ketika jutaan mobil produksi mereka hancur tak bersisa. Kehebatan mereka dalam ilmu geologi pun menjadi tidak bisa berfungsi ketika Allahuta’ala menetapkan ketetapannya.
Kemaksiatan yang perlu menjadi renungan kita semua adalah tidak lain sebuah kesombongan berupa pemujaan terhadap sains dan teknologi melebihi proposrsi sebenarnya. Sains bahkan telah menggantikan peran Allahuta’ala sebagai penentu hukum alam.
Bahkan tidak hanya menampik hukum buatan Allah, namun HAARP sendiri jika memang betul berada dibalik ini semua, justru diciptakan oleh sebuah bangsa yang sudah menjadikan Sang Mata Satu sebagai sesembahannya.
Dan inilah bencana sesungguhnya, bencana dimana kita tidak lagi mengakui Allah sebagai Rabb. Wallahua’lam (pz)