Pages

Showing posts with label TarBiah Jiwa. Show all posts
Showing posts with label TarBiah Jiwa. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Zina Hati..? Macam Mana Nak Elakkan..?

  
Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
 
  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
 
  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Saturday, August 13, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

SIAPA NAFSU..???

Dalam sebuah kitab karangan ‘Uthman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : “Wahai akal mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.” 
 Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,
” Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah

Apa ertinya cinta dari sudut Islam…



Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri menjadi mawar,
Mengubah cuka menjadi anggur,
Mengubah sedih menjadi riang,
Mengubah amarah menjadi ramah,
Mengubah musibah menjadi muhibbah,

Itulah cinta…..
Sekalipun cinta telah kuuraikan,
Dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta kudatangi,
Aku jadi malu pada keterangan ku sendiri…
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang…

Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya…
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta…
Dalam menguraikan cinta,
Akal terbaring tidak terdaya,
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur…

Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan…

(Dipetik daripada Puisi Ketika Cinta Bertasbih)

Cubalah kita hayati puisi di atas ini. Sebagaimana yang ingin disampaikan oleh pemuisi, cinta bagi beliau sangat mendalam. Dan sudah tentu cinta yang dimaksudkan adalah cinta yang diredhai oleh Rabb. Berapa ramaikah yang berjaya memahami apa itu ertinya cinta. Terdapat pelbagai definisi tentang cinta oleh remaja sekarang. Namun, sejauh mana pemahaman mereka dalam mengejar dan mencari erti sebuah cinta. Bukan mudah untuk mendapatkan yang sebenarnya cinta, dan tidak susah untuk mendapatkan cinta yang diselubungi nafsu. Jangan sesekali bercinta jika ia dimulakan dengan permulaan yang dilarang dalam Islam.


Untuk mendefinisikan cinta sangatlah rumit, kerana ia tidak dijangkau dengan kata-kata. Ibnu Qayyum mengatakn: “Cinta tidak boleh didefinasikan dengan jelas, bahkan bila didefinasikan tidak menghasilkan (sesuatu) melainkan menambah kabur dan tidak jelas, (bererti) definasinya adalah adanya cinta itu sendiri.” (Madarajus Salikin, 3/9).

Cinta adalah amalan hati yang akan terwujud dalam amalan lahiriah. Jika cinta yang dimiliki itu sesuai dengan kehendak syarak dan sesuai dengan keredhaan Allah s.w.t. serta disulami dengan sutera-sutera keimanan dan keikhlasan, maka ianya akan menjadi ibadah. Tetapi jika cinta yang dimiliki itu berlaku sebaliknya, malah disulami dengan pula dengan benang-benang zina, maka cinta itu adalah dilarang dan menjadi cinta maksiat. Di sini jelaslah menunjukkan cinta itu ibadat hati dan berkasih sayang antara satu sama lain adalah digalakkan terutama dalam membina ukhuwah, jika berlaku sebaliknya ia boleh menyebabkan syirik.

Apa sebenarnya cinta? Jika benar yang diungkapkan itu cinta, apa buktinya?



Inikah cinta? Jika benar ini cinta, adakah ianya dihalalkan dalam Islam? Antara maksud cinta ialah berkasih sayang. Inikah tanda remaja mencurahkan rasa cinta mereka? Atau inikah dinamakan pengorbanan? Terlalu banyak persoalan yang bermain-main dibenak penulis pada masa ini. Siapakah yang mampu menjawab semua soalan ini. Sudah tentu mereka yang benar-benar mengerti apa itu cinta. Apabila diperkatakan pada zaman ini cinta itu haram sebelum berkahwin, maka ramai remaja akan memberontak yang memberi seribu alasan untuk mempertahankan cinta mereka. Jika cinta yang dipertahankan itu satu ibadah tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika cinta yang dipertahankan itu adalah cinta maksiat. Apakah ianya harus dipertahankan?

Jangan mengaku ianya cinta jika tersembunyi disebaliknya sifat-sifat keji. Seharusnya seseorang itu memahami apa itu konsep berkasih sayang dalam Islam sebelum ia melangkahkan kaki ke lembah yang penuh dengan onak dan duri. Ramai yang terlalu yakin dengan cinta yang mereka miliki itu adalah cinta yang halal. Dan disebabkan perasaan inilah mereka gagal mencari matlamat sebenar dalam berkasih sayang. Berdasarkan gambar diatas, adakah ianya contoh yang terbaik sebagai cinta yang diredhai? Ataukah ianya dipanggil pengorbanan demi mendapatkan kebahagiaan yang kekal? Gambar tersebut tidaklah melambangkan apa-apa melainkan mencemarkan maruah keluarga, bangsa dan negara serta yang paling penting mendapat kemurkaan Yang Esa.


Apa yang kita faham dengan perkataan berkasih sayang? Adakah cukup sekadar dengan kata-kata? Atau diluahkan dengan memberi ciuman setiap hari? Atau dengan dengan pelukan yang erat? Atau tahap yang paling tinggi dengan menyerahkan maruah dan harga diri pada insan yang mengaku cinta kepada kita? Jika semua itu berlandaskan dan telah pun halal di sisi syarak, maka lakukanlah yang sedemikian rupa atau perbanyakkan lagi agar kasih sayang terus mekar antara suami dan isteri asalkan kita tidak menyamakan antara cinta kepada Allah dengan cinta kepada manusia. Jika tidak maka cinta itu dianggap syirik. Tetapi bagaimana pula jika sebaliknya, adakah itu dinamakan cinta yang suci? Ya, benar itulah cinta yang suci, tapi suci di mata syaitan dan hina di sisi Allah dan Islam. Berkasih sayang itu lebih selamat jika diamalkan selepas diijab kabulkan, kerana selepas itu tiada batasan dan halangan untuk kita membuktikan apa itu cinta. Ingatlah, syaitan akan menangis setiap kali anak adam diijab kabulkan. Sebagai manusia yang mempunyai akal dan fikiran, yang manakah akan menjadi pilihan kita sama ada cinta yang kita miliki membuatkan syaitan tertawa atau menangis? Cinta itu satu perasaan yang suci, maka janganlah dinodai dengan perkara-perkara hina lagi keji.

Cinta itu ibarat kain putih yang sedia menanti ingin dicorakkan oleh pemiliknya. Maka dengan itu warna apakah yang ingin kita corakkan pada kain itu, warna pelangi (mewakili cinta yang diredhai Allah) atau warna hitam (mewakili cinta yang berlandaskan nafsu)? Setiap insan ingin memiliki sesuatu yang indah dipandangan sendiri dan di sisi Allah. Maka coraklah kain itu dengan warna pelangi, agar kesuciannya akan sentiasa terpelihara sesuai dengan kehendakNya. Kita sebagai hamba yang lemah hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. kerana sesungguhnya Allah s.w.t. suka pada hambanya yang selalu memohon kepadaNya.

Perbanyakkanlah zikir kepadaNya. Terdapat banyak doa-doa yang boleh diamalkan untuk menjauhkan diri daripada melakukan maksiat. Antaranya:



Allah telah menciptakan 3 golongan umat di muka bumi ini: yang pertama golongan yang sentiasa berjaya mengawal nafsu (orang-orang yang soleh dan solehah); yang kedua golongan yang ada kalanya berjaya mengawal nafsu dan ada kalanya gagal tetapi sentiasa bertaubat kepadaNya; yang ketiga golongan yang sentiasa lalai dan gagal mengawal nafsu mereka. Sebaik-baik golongan adalah golongan yang ada kalanya berjaya mengawal nafsu dan sebaliknya dan sentiasa memohon keampunan kepadaNya.

Janganlah sesekali kita berputus asa untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan walaupun adakalanya taubat itu tidak memberi sebarang kesan kerana sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu akan terjadinya sesuatu perkara itu. Allah s.w.t. berfirman dalam surah An-Nisaa’:



Sesungguhnya orang yang tidak bertaubat itu lebih hina di sisi Allah. Allah s.w.t. telah pun menyediakan kemudahan kepada hambaNya untuk memohon keampunan tapi mengapa masih ada yang leka dan tetap dengan pendirian yang kolot. Sama-samalah kita memohon semoga Allah menjadikan kita antara hamba yang sentiasa bersyukur.




Allah s.w.t. telah menyediakan azab yang lebih teruk untuk hambaNya yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang telah diberikanNya termasuklah peluang untuk bertaubat.

Jika hari ini kita sedar betapa bahayanya cinta yang berlandaskan nafsu. Pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku dalam sekelip mata. Semua itu hanyalah tipu daya syaitan yang ingin menyesatkan umat Islam. Jika diperhatikan dengan persekitaran sekeliling, semakin hari semakin banyak berlakunya masalah sosial. Apabila direnungkan kembali, kita dapat lihat semuanya berpunca dari pasangan yang bercinta bertakhtakan syahwat. Tidak cukup sekadar berdua-duaan di tempat-tempat sunyi, berpeluk-pelukkan dan bercium-ciuman, ada pula yang sanggup menggadaikan maruah dengan alasan untuk membuktikan bahawa mereka saling sayang menyayangi dan cinta mereka akan kekal hingga ke akhir hayat. Di mana jaminan kepada apa yang mereka impikan itu? Qada’ dan qadar adalah ketentuan Allah, sebagai hamba kita tidak layak untuk menentukan apa yang bakal berlaku.

Daripada gambar di atas kita boleh lihat betapa murahnya harga diri wanita tersebut. Dimanakah nasib kamu wahai kaum hawa jika satu hari nanti si perosak ini memungkiri janji mereka? Dimanakah tempat untuk kamu luahkan segalanya? Sanggupkah kamu pulang ke rumah dan memberitahu kepada keluarga tentang apa yang berlaku? Dapatkah kamu kembalikan mahkota yang telah kamu jual kepada si pembuas? Ingatlah walaupun wanita itu diciptakan dengan memiliki 9 nafsu, tetapi ia tidak menandingi 1 nafsu lelaki. Jika hari ini si lelaki sudah berani meminta apa yang dilarang, maka janganlah diteruskan perhubungan itu. Mencegah itu lebih baik dari memulih.

Andai kata kaum hawa terus leka dengan godaan dan pujuk rayu si perakus, maka tidak hairanlah masalah sosial akan terus bertambah.



Dimanakah nasib bayi tersebut? Siapakah yang ingin menjadi pembelanya? Dimanakah hak bayi tersebut untuk hidup di muka bumi ini? Ingatlah wahai saudara, kita bukannya tuhan yang boleh menentukkan hidup atau matinya seseorang. Malah kita adalah hambaNya yang serba kekurangan. Seksaan untuk orang melakukan kezaliman tersebut sangatlah pedih. Dan taubat nasuha adalah jalan yang paling terbaik untuk menjauhkan diri dari seksa api neraka. Tapi, sejauh mana remaja sekarang ingin bertaubat kepadaNya? Masih adakah sisa-sisa keinsafan dalam diri mereka? Jika ditanya pada mereka yang benar-benar takut kepada seksaan Allah, maka positiflah jawapannya. Tetapi jika ditanya pada mereka yang sengaja membutakan mata, maka negatiflah jawabannya. Lihatlah gambar di bawah ini.



Apa masih tidak adakah sifat belas kasihan anda terhadap anak kecil ini. Di mana sifat perikemanusian anda semua. Sanggupkah anda melihat kejadian ini terus berleluasa. Kita hidup di zaman metropolitan, tapi kenapa masih ada yang berfikiran kolot. Kenapa anda berani melakukan tapi tidak berani menanggung risiko. Mari kita lihat gambar kekejaman manusia pada hari ini.



Masih tidak cukup gambar-gambar di atas untuk anda insaf dan bertaubat. Itulah yang dikatakan manusia yang tidak berhati perut. Tergamak mereka memperlakukan anak-anak kecil itu sedemikian rupa. Sedarlah wahai saudara sekalian. Hentikanlah perbuatan yang sia-sia ini. Mungkin anda merasakan puas setiap kali melakukan hubungan seks, tapi seharusnya anda tanggunglah akibatnya. Jangan diperlakukan seperti binatang malah lebih hina dari haiwan. Haiwan sendiri sayang akan anak mereka. Lihatlah gambar di bawah ini.



Haiwan sendiri mempunyai perasaan kasih dan sayang terhadap anak mereka. Inikan pula kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran. Mengapa kita bertindak seperti orang yang tidak mempunyai akal? Nabi kita tidak pernah mengajar umatnya melakukan perkara terkutuk itu. Hanya masyarakat arab jahiliah sahaja yang berfikiran seperti ini. Adakah kita tergolong dalam masyarakat arab jahiliah? Pasti tidak. Maka bertindak seperti yang diajar oleh Rasul kita. Jauhi maksiat.



Apa salahnya jika sekali-sekala kita mengalirkan air mata keinsafan. Sebagai tanda hamba yang lemah. Setidak-tidaknya sehelai bulu mata yang terkena air mata keinsafan mampu menjadi saksi kepada kita di akhirat nanti. Daripada kita baziri ia dengan tujuan yang lain.



Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Termasuk jugalah dalam memilih cinta. Demi menjaga maruah diri dan agama, hati-hatilah dalam memilih cinta. Sesungguhnya cinta yang suci adalah cinta yang berlandaskan syariat dan kerana Allah. Hiasilah diri dengan iman yang mantap dan pengetahuan agama yang cukup agar dapat membentengi diri dari perkara-perkara negatif. Allah s.w.t. tidak menciptakan sesuatu itu dengan sengaja, begitu jugalah dengan perkara yang berlaku di sekeliling kita. Sebagai umat yang pintar, kita seharusnya pandai membezakan antara yang baik dan yang buruk.




Daripada : Allahyarham Mohamad Afez bin Hassan .. Al Fatihah

Alam Masyar


SEKUTU SYAITAN.


Ahli maksiat bermakna orang yang gemar melakukan perbuatan yang dibenci dan dimurkai oleh Allah swt. Golongan ini dilabelkan sebagai sekutu syaitan dan hidup dalam gemerlap syaitan.

Walaupun golongan ini hidup mewah semasa di dunia,namun pada akhirnya golongan ini akan menghadapi hari yang amat perih di hari perhimpunan di padang Mahsyar yang penuh debaran dan menggetarkan.

Apabila manusia dibangkitkan dari alam kubur di padang Mahsyar yang sangat luas,masing masing dalam keadaan tanpa pakaian walau seurat benang. Apakah mereka tidak merasa malu dalam keadaan sedemikian,bersesak sesak lelaki dan perempuan?

Siti Saudah,isteri Rasulullah saw bertanya kepada baginda,"Ya Rasulullah,tidakkah manusia merasa malu apabila mereka dihimpunkan di bumi Mahsyar dalam keadaan telanjang tanpa pakaian?" Rasulullah saw menjawab,

"Justeru dalam keadaan terlalu gawat menghadapi hari Mahsyar itu,manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing."

Lalu Rasulullah saw membacakan firman Allah di dalam Surah Al-'Abasa ayat 37 yang bermaksud,

"Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya."



SELURUH AURAT TERDEDAH.


Imam Al-Ghazali ketika mengulas mengenai suasana hari kebangkitan itu menyatakan,"Alangkah dahsyatnya apabila kita berdepan dengan hari yang seluruh aurat kita terdedah. Walaupun terdedah namun manusia tidak mengambil peduli lagi kerana ketika itu manusia dibangkitkan dengan berbagai cara. Ada yang berjalan dengan perutnya dan ada pula yang berdiri dengan mukanya terbalik ke bawah dan kakinya di atas."

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa beliau telah mendengar suatu hari Rasulullah saw berucap di hadapan para sahabat dengan sabdanya yang bermaksud,

"Manusia di akhirat kelak akan dikumpul dalam tiga bentuk. Sekumpulan manusia,sebaik sahaja dibangkitkan di bumi Mahsyar,sudah tersedia kenderaan untuk mereka. Sekumpulan lagi dibangkitkan dengan berjalan kaki. Sementara satu kumpulan lagi dengan mukanya tertonggeng ke tanah."

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi saw,"Bagaimanakah caranya manusia berjalan dengan menonggeng mukanya ke tanah?

Maka Nabi saw menjawab,"Allah swt yang berkuasa mencipta hamba-Nya berjalan dengan kaki dan Allah jua yang berkuasa menciptakan hamba-Nya berjalan dengan mukanya ke tanah."

Mereka yang mendapat naungan itu di antaranya ialah golongan Al-Muqarrabun iaitu orang yang dekat dengan Allah swt. Sifat sifat golongan ini tidak lain ialah mereka yang semasa hidup di dunia sentiasa mendampingi Allah swt. Mereka sentiasa patuh dan taat suruhan Allah,dengan melakukan apa jua perintah-Nya yang disampaikan oleh para Rasul di zaman mereka,serta meninggalkan setiap perkara yang dibenci oleh Allah,dari maksiat yang keji dan mungkar,sama ada dalam soal aqidah dan juga syariah.



DIDERA KEPANASAN.


Seterusnya,Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa ada golongan yang dijemput oleh Allah swt untuk bernaung di bawah 'Arasy Allah. Sebaliknya,ada pula golongan manusia yang terus didera terdedah dengan kepanasan matahari di atas ubun-ubun.

Mereka yang didera dengan kepanasan itu hancur luluh oleh panahan matahari yang amat dahsyat dan dileburkan oleh kepanasan hati mereka sendiri yang mengutuk dirinya kerana menghadapi hari malang disebabkan maksiat mereka semasa hidup di dunia dahulu.

Dalam kepanasan yang amat dahsyat itu,manusia berhimpitan dan bertolakan,dan dalam suasana demikian,Allah swt mendedahkan segala buruk mereka yang telah dicatat dalam satu rekod kejahatan,dihimpun dalam sistem rakaman Allah yang tidak tercicir walau sedikitpun.

Maka alangkah tebalnya muka mereka kerana menanggung malu yang tidak terhingga,melihat pameran dosa-dosa dan kezaliman mereka di dunia. Peluh dan air mata mengalir sehingga membanjiri menelenggami manusia,ada yang sampai ke paras lutut,paras pinggang,paras hidung dan ada juga yang lemas di dalam lautan tersebut.


Demikianlah azab yang menanti mereka yang ingkar pada perintah Allah swt. Belum lagi azab di neraka yang tidak terbayang pedihnya. Benarlah janji Allah swt yang Maha Benar dan Maha Adil.

Sama samalah kita renungkan,semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan di atas. Hanya sekutu syaitan yang Allah swt telah janjikan azab sedemikian,mudah mudahan kita tergolong dalam golongan yang bersekutu dengan para Rasul,sahabat sahabat,anbia dan penegak syiar Islam,amin ya Rabbal Alamin.

Friday, August 12, 2011

RAMADHAN MUBARAK

Sembahyang Sunat Tarawih

          Sembahyang sunat Tarawih adalah diantara sembahyang sunat yang sangat digalakkan bagi menghidupkan ibadah sepanjang bulan Ramadhan Kareem dan menghiaskan malam-malamnya dengan amalan-amalan ibdat semata-mata mengharapkan ganjaran pahala dan keampunan daripada Allah s.w.t. sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w.yg bermaksud “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang pada waktu malam dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan serta mengharapkan pahala daripada Allah s.w.t. , maka Allah s.w.t. akan mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”

Pengenalan

  1. Waktu sembahyang Tarawih ialah selepas sembahyang ‘Isyak dalam bulan Ramadhan dan habis waktunya apabila masuknya waktu Subuh.
  2. Hukum sembahyang Tarawih adalah sunat muakkad
  3. Bilangan rakaat sembahyang Tarawih ialah 8 rakaat, 20 rakaat, atau 36 rakaat.
  4. Penduduk di Malaysia biasanya mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat iaitu setiap kali sembahyang dua rakaat diulang hingga sepuluh kali dengan sepuluh takbiratul ihram dan sepuluh salam.

Latar Belakang

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Dalil

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Hukum

Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Cara Solat Tarawih

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

Bilangan Rakaat

Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Kelebihan Sembahyang Tarawih

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Mudah-mudahan kita mendapat intipati di madrasah Ramadhan ini sebagai muhasabah untuk kita mengamalkan segala perbuatan, gerak kerja dan amalan kebajikan, bukan sahaja di bulan Ramadhan tapi di bulan-bulan lain juga. Agarnya beroleh keampunan, keredhaan, maghfirah dan rahmah dari Allah s.w.t.

Mudah-mudahan apabila kita mati kelak, kita redha untuk bertemu dengan Allah dan Allah redha untuk bertemu dengan kita..insyaAllah..Allahu Rabbuna..Amin..

Credit To : Mujahid Darwisy Sufi

Saturday, August 06, 2011

5 Tips Ekspresikan Cinta Pada-Nya.


Cinta suci suami isteri tetap tidak setinggi cinta Ilahi. Segalanya untuk Allah SWT semata-mata, tiada dua!

 “I Love You, Allah,”
            Allah SWT sangat baik pada kita. Terlalu banyak ditunjukkan bukti cinta-Nya. Pelbagai hadiah dihulurkan istimewa buat kita berupa makanan, minuman, oksigen, pakaian, tempat tinggal dan banyak lagi. Bahkan, hadiah paling mahal di dunia berupa iman dan Islam turut sudi diberikan-Nya. Dialah sebaik-baik Kekasih yang tidak akan mengecewakan kekasihnya.
Bagaimana pula cara kita mengekspresikan cinta kepada Allah SWT? Agar terbukti kita juga membalas cinta-Nya. Bahkan, kita ingin nyatakan bahawa kita bergantung hidup dan mati hanya pada-Nya.` Biarpun kebesaran-Nya tidak terjejas tanpa cinta kita namun kemuliaan kita terjejas teruk tanpa cinta-Nya. Cintailah Allah SWT agar Dia bertambah cinta kepada kita.
Mari beritahu Allah SWT, “I Love You, Allah,” dengan tips berikut:
1.      Mengenali Allah SWT dengan Lebih Dekat Agar Hati Bertaut Pada-Nya
Bagaimana mengenali Allah SWT? Allah SWT telah mengenalkan diri-Nya kepada kita dengan al-Asma al-Husna, sifat-sifat-Nya, dan tindakan-tindakan-Nya. Dia mempunyai kesempurnaan mutlak. Tiada cacat. Tiada kekurangan. Tidak sakit. Tidak mati.
Zat-Nya tidak sama dengan sesuatu apapun. Tak terjangkau akal kita. Jika syaitan cuba menggambarkan zat-Nya dalam bentuk patung; berhujahlah dengan yakin; “Itu patung! Bukan Allah!” Jika syaitan cuba menggambarkan zat-Nya dalam bentuk manusia; katakanlah; “Itu manusia! Bukan Allah!” Allah SWT berfirman; “Tiada sesuatupun yang seumpama dengan-Nya. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (As-Syuura: 11).
Kenalilah Allah SWT melalui petunjuk Rasul-Nya. Nabi Muhammad SAW lebih mengenali Allah SWT berbanding kita semua. Sabda Rasulullah SAW:
“Aku adalah orang yang paling mengenal Allah berbanding kalian. Maka, aku adalah orang yang paling takut kepada Allah berbanding kalian.”(HR  Bukhari Muslim).
Allah SWT sangat akrab dan dekat dengan kita melebihi dekatnya urat leher kita dengan kita. Dia berpesan kepada Rasul-Nya di dalam al-Quran;
“Jika hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, katakanlah: Aku dekat.” (Al-Baqarah: 186).
Meskipun Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan kita namun baginda mewariskan para ulama’ untuk menerangkan petunjuk al-Quran dan al-sunnah. Allah SWT berfirman dalam Surah Faathir: ayat 28, “Orang yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah ulama.”
Kenali dan cintai ulama insyallah kita akan lebih mengenali dan mencintai Allah SWT. Lazimi majlis-majlis ilmu dan dekati buku-buku karangan para ulama insyallah makin bertautlah hati kepada cinta Allah SWT.

2.      Bersangka Baik Terhadap Allah SWT
Sebagai hamba, kita hendaklah bersangka baik terhadap Allah sebagai ekspresi cinta kepada-Nya. Sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis qudsi:
 “Aku (Allah) berada dalam sangkaan hamba-Ku. Maka bersangkalah dengan apa yang dia kehendaki.” (Riwayat Ahmad).
Dalam riwayat lain menyebut:
“Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu.Aku sentiasa bersama-samanya.Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya,Aku pun mengingatinya dalam diriKu.Jika dia mengingatiKu dihadapan orang ramai,Aku pun akan mengingatinya dihadapan orang yang lebih ramai.Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal,Aku akan mendekatinya sehasta.Jika dia mendekatiKu sehasta,Aku akan mendekatinya sedepa.Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki,Aku akan mendatanginya degan berlari.” (Hadis Qudsi riwayat Al-Bukhari)
Kita juga perlu positif dengan Allah SWT tatkala berdoa kepada-Nya. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, Allah SWT mendedahkan tentang diri-Nya yang sentiasa bersedia mendengar apa jua luahan hati , impian, cita-cita dan harapan kita. Malah Dia bersedia mengabulkannya asal saja kita mengikut kehendak-Nya. Firman Allah SWT:
“Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran.”

3.      Mencintai Apa yang dicintai oleh Allah SWT
Cara kita mencintai Allah SWT itu mestilah selari dengan apa yang Allah SWT kehendaki. Sebabnya, orang Yahudi dan Kristian juga mengaku mereka mencintai Allah SWT. Hinggakan mereka banyak melakukan kerja-kerja amal atas nama Allah SWT. Namun, apabila mereka mengingkari kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW, maka cinta mereka kepada Allah SWT tertolak.
Firman Allah SWT, “ Katakanlah: Jika kamu mencintai Allah maka ikutlah aku (Muhammad) kamu akan dicintai Alllah. Dan Dia mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah maha pengampun lagi maha pengasih.” (Surah Ali Imran: 31)
Dalam buku “Mahabbatullah” (mencintai Allah), Imam Ibnul Qayyim menyusun tahap-tahap menuju cinta Allah. Cinta berkaitan dcngan amal. Amal pula bergantung pada keikhlasan kalbu, disanalah cinta Allah bertamu. Cinta Allah merupakan refleksi dari disiplin keimanan dan kecintaan yang terpuji, bukan kecintaan yang tercela yang menjerumuskan kepada cinta selain Allah. Maka, beramallah dengan amalan-amalan yang Allah sukai dengan mengikut petunjuk Rasul SAW.

4.      Membenci Sesuatu yang Dibenci Oleh-Nya.
Allah SWT bencikan kekafiran, maksiat, dan kelalaian. Mujarabkah ubat cinta Allah SWT  yang kita teguk dengan menelan sekali racun kemurkaan-Nya?
Allah SWT berfirman, ertinya:
“Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).” (Surah Al Anbiyaa’: 1)
Dalam menilai mana yang baik dan buruk, berpeganglah pada prinsip,
“Yang baik itu apa yang Allah kata baik dan yang buruk itu apa yang Allah kata buruk.”
Antara perkara-perkara yang mengundang kebencian Allah SWT dan menjauhkan kita dari cinta Allah SWT ialah:
  1. Menduakan cinta Allah SWT dengan tandingan-tandingan lain.
  2. Kufur, fasiq, dan nifaq.
  3. Melakukan perbuatan-perbuatan keji, seperti zina, sodomi, minum-minuman keras, dan lain sebagainya.
  4. Menyia-nyiakan solat, dan mempermudahkan waktu-waktunya, serta (meninggalkan) mendirikannya secara berjamaah di masjid.
  5. Sedikit mengingat Allah SWT.
  6. Sedikit membaca Al-Qur’an.
  7. Meninggalkan berdoa, dan bertawakal kepada Allah SWT.
  8. Mencintai dunia, dan menyibukan diri untuk mengumpulkannya dengan berbagai cara.
  9. Tasyabbuh (menyerupai) dengan musuh-musuh Allah SWT, baik dalam hal pakaian yang tdak menutup aurat, cara hidup, dan penampilan (punk, pondan dll).
  10. Berteman dengan orang-orang jahat, dan orang yang tidak mahu mengingatkannya kepada Allah SWT.
  11. Menyia-nyiakan waktu dalam hal yang bukan termasuk ketaatan kepada Allah SWT.
  12. Terlalu banyak makan, minum, tidur, dan bergaul, kerana itu semua menyebabkan rosaknya hati dan malasnya anggota badan dari melaksanakan berbagai macam ketaatan.
  13. Terlalu banyak mendengarkan lagu-lagu, dan menonton siaran TV yang beracun.
  14. Tidak hati-hati dalam segala hal yang berkaitan dengan halal dan haram.
  15. Melanggar perkara-perkara haram yang terang lagi bersuluh, seperti penyalahgunaan dadah, merokok, wanita mendedahkan aurat dan keluar dengan bersolek serta memakai wangi-wangian, dan lain sebagainya.

5.      Memperkecil Cinta kepada Dunia.
Memperkecilkan cinta kepada dunia tidak bermaksud kita mesti menjadi orang miskin. Ada sebahagian kecil kelompok akhir zaman yang menganggap kecilkan cinta kepada dunia itu beerti menjauh daripada kehidupan duniawi, kemasyarakatan, pembangunan dan teknologi. Mereka sentiasa mencari jalan keluar daripada tanggung jawab sosial dengan alasan tidak mahu terlibat dalam penyakit sosial.
 Rasulullah SAW menunjukkan qudwah yang multidimensi dalam hidupnya. Ia termasuk baginda menjadi qudwah sebagai orang kaya dalam situasi tertentu dan baginda juga menjadi qudwah sebagai orang miskin dalam situasi yang lain. Jika baginda diuji miskin, baginda bersabar dan tekun berusaha. Jika baginda mendapat kekayaan dunia, diekspresikan syukur dengan memanfaatkan harta ke jalan Allah SWT.
Rasulullah SAW dan para sahabat sangat-sangatlah dinamik. Generasi terbaik itu menjaga hubungan dengan Allah SWT dalam berkerja, mencari nafkah, berkeluarga, membuat pembangunan fizikal, membina ketamadunan teknologi dan berperang. Baginda menunjukkan qudwah tentang hubungan dengan Allah, penyucian jiwa daripada akhlak tercela dan menghiasinya dengan akhlak mahmudah dalam setiap aktiviti kehidupan. Hidup Rasulullah dan para sahabat seimbang (wasatiah) hinggakan dunia di jari, Allah tetap berkuasa di hati.
Mari Berdoa
Rasulullah SAW bersabda: “Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku (iaitu dalam tidurku), kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu.”

Credit To : Ukhti FATIMAH SYARHA NORDIN

CINTA TANPA NODA

Marilah kita bersatu dengan si dia dengan kenangan cinta tanpa noda
ISTIMEWA BUAT REMAJAKU SAYANG YANG BELUM BERUMAH TANGGA...

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi  kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

Credit to : UKHTI FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN - 4 Ogos 2011

Nama-nama hari kiamat berdasarkan Al Quran.

1.Yaumul qiamah (An Nisa' ayat 87)

2.Yaumuttaghobun ( At Taghobun ayat 9)

3.Yaumuttalaq (Al Mu'min ayat 15)

4.Al Ghosyiah ( Al Ghosyiah ayat 1)

5.Al yaumul akhir ( Al Baqarah ayat 232)

6.As sa'ah ( Al Mu'min ayat 59)

7.Yaumul ba'thi ( Ar Rum ayat 56)

8.Yaumuddin ( Al Fatihah ayat 4)

9.Yaumul hasrah (Mariam ayat 39)

10.Ad darul akhiroh (Al Ankabut ayat 64)

11.Yaumuttanad (Al Mu'min ayat 32)

12.Darul qoror (Al Mu'min ayat 39)

13.Yaumul fasli (As Soffat ayat 21)

14.Yaumul jam 'ie (Asy Syura ayat 7)

15.Yaumul hisab ( Sod ayat 53)

16.Yaumul wa'id ( Qof ayat 20)

17.Yaumul khulud ( Qof ayat 34)

18.Yaumul khuruj ( Qof ayat 42)

19.Al waqi'ah ( Al Waqi'ah ayat 1)

20.Al haqqah ( Al Haqqah ayat 1-3)

21.At tommatul kubro ( An Nazi'at ayat 34)

22.As sokkhoh ( 'Abasa ayat 33)

23.Al azifah (An Najmu ayat 57)

24.Al Qori'ah ( Al Qor'iah ayat 1-3)

Maksud nama2 mengikut nombor.

2. Hari diungkapkan segala kesalahan.

3. Hari bertemu Allah ta'ala dan dihisabkan kesemua perkara yang pernah kita lakukan.

4. Hari yang ramai wajah manusia tertunduk dan terhina.

7. Hari kebangkitan dari kubur.

8. Hari pembalasan segala amalan baik atau buruk

9. Hari penyesalan.

11. Hari saling panggil memanggil. Kerana pada hari itu nanti, manusia di padang mahsyar saling panggil memanggil krn inginkan prtolongan.

12. Hari yang kekal.

13. Hari Allah memberikan keputusan dan balasan kepada hamba2nya.

14. Hari berkumpul.

15. Hari perhitungan.

16. Hari ancaman.

17. Hari yang abadi.

18. Hari keluar dari kubur.

19. Hari yang benar2 berlaku.

20. Hari yang pasti terjadi kerana ketika itu telah jelaslah segala ancaman dan janji Allah selama di dunia ini.

21. Hari datangnya malapetaka besar.

22. Hari yang datang padanya suara yang memekakkan(tiupan sangkakala yg kedua).

23. Hari yang semakin dekat.

24. Hari kehancuran.
 

Saturday, July 30, 2011

Syafaat Nabi & Al-Quran

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi sekalian,
Di sini saya ingin berkongsi beberapa hadis berkaitan syafaat. Sama-sama kita hayati!

Pertama : Jauhi Pertengkaran, Dusta dan Perbaiki Akhlak

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”(Hadis Riwayat Abu Daud)
Huraian

Orang yang suka bertengkar walaupun di dalam perkara yang baik adalah dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya kerana ia adalah antara perbuatan yang keji yang boleh merosakkan hubungan baik di dalam masyarakat.

Orang yang suka bergaduh, berdusta dan tidak berakhlak mulia tidak akan mendapat jaminan dan syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.

Islam melarang umatnya berdusta kerana berbuatan tersebut akan membawa kepada fitnah yang menimbulkan permusuhan seterusnya boleh mencetuskan huru-hara di dalam masyarakat.

Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak dari semasa ke semasa iaitu dengan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang agama di mana dengan itu barulah seseorang itu dikatakan layak mendapat syafaat daripada Rasulullah sebagaimana yang tersebut di dalam hadith tersebut.

Kedua : Banyakkan Berselawat Kepada Rasulullah SAW

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." (Hadis Riwayat Ibn Mas'ud r.a)
"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya." (Hadis Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)
Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis
  1. Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
  2. Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
  3. Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
  4. Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
  5. Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
Ketiga : Bacalah Al-Quran dan Fahami Maksudnya

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
”Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)." (Hadis Riwayat Muslim)
Huraian

Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : ”Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”

Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.

Al-Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia, di dalamnya tersimpan berjuta fadhilat atau hikmat yang tidak diketahui oleh manusia. Di samping itu al-Quran juga berfungsi sebagai penawar atau pendinding bagi jasmani dan rohani manusia yang mengerti dan mengamalkannya menurut ketentuan sunnah. Yang penting adalah keyakinan diri kita terhadap kebesaran Allah dan keagungan kalimah-kalimah Allah yang dijadikan sebagai pendinding daripada kejahatan kuasa-kuasa ghaib yang dihantar oleh pengamal ilmu-ilmu kebatinan yang sesat (ilmu hitam). Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Dia-lah sebaik-baik pelindung yang tiada siapa dapat menandingi-Nya.
"Ya Allah! bantulah kami dalam memperbanyakkan selawat kepada kekasihMu SAW dan permudahkan bagi kami untuk membaca kalamMu yang suci siang dan malam. Semoga dengan rahmatMu kami tergolong dikalangan orang-orang yang beroleh syafaat" Amin..
Wallahua'lam..

Nota Ringkas Tentang Dandanan (Tabarruj)


Ya Allah, kasihani dia dan kasihani kami dari murka-Mu. Kasih sayang-Mu jauh lebih luas daripada kemurkaan-Mu.
Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi
Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi di dalam bukunya Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi telah memuatkan gagasan besar Prof. Syeikh. Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang tema penting yang berserakan dalam berbagai buku, ceramah, khutbah, fatwa, tesis dan disertasi beliau.
Pandangan tentang Islam dan wanita disampaikan ke tengah-tengah masyarakat dengan pandangan yang moderat dan komprehensif, jauh dari sikap fanatik yang membabi-buta. Beliau berusaha menyeimbangkan antara ketetapan syariat Islam dengan perubahan zaman, mempertahankan hal-hal lama yang bermanfaat dan menyambut hal-hal baru yang maslahat.
Tabarruj Dalam Fiqih al-Qaradhawi
                Firman Allah SWT yang bermaksud: “…dan janganlah kamu berhias dan bertingkah-laku seperti orang-orang jahiliah dahulu.” (Al-Ahzab: 33).
                Akhlak wanita muslimah berbeza dengan wanita bukan muslimah atau wanita pada masa sebelum Islam. Wanita muslimah mempunyai akhlak menjaga diri, menjaga kehormatan, dan mempunyai rasa malu. (Akhlak lelaki muslim juga seharusnya begini). Sebaliknya akhlak wanita non-muslimah dan wanita jahiliah berdandan tanpa batas dan tanpa aturan moral.
                Erti berdandan di sini ialah: Membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.
                Ilustrasi  makna tabaruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu:
  • 1.       Bercampur dengan lelaki
  • 2.       Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit
  • 3.       Mengenakan tudung tetapi tetap menampakkan aurat dan kecantikan tubuh-badannya.
Wanita-wanita pada zaman ini ramai yang melakukan tabarruj ini sama dengan wanita-wanita jahiliah pertama dahulu sebelum datangnya Islam.
Tabarruj Pada Pandangan Ulama-ulama Lain
                Tabarruj pada pandangan ulama-ulama yang lain pula ialah:
Syeikh Az-Zamakhsyari: Hakikat tabarruj ialah sengaja menampakkan apa yang seharusnya ditutup. Untuk wanita, yang dimaksud tabarruj wanita ialah wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahram.
Mujahid: Maksud tabarruj ialah, “Wanita yang keluar dari rumahnya berjalan di tengah kumpulan lelaki.”
Qatadah: Yang dimaksudkan dengan tabarruj ialah, “Jalan berlenggang-lenggok dan genit.”
Muqatil: “Tabarruj ertinya mengenakan  tudung penutup kepala tetapi tidak merapatkannya sehingga menampakkan kalungnya, anting-antingnya dan lehernya.”
Agar Tidak Disebut Tabarruj Jahiliah Yang Pertama
                Agar tidak disebut wanita mutabarrijah, wanita muslimah hendaklah melakukan hal-hal di bawah ini:
  • a)     Menundukkan pandangan. (Lelaki juga harus begini). Firman Allah SWT, “Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya.” (An-Nur: 31).
  • b)      Tidak bergaul dengan lelaki layaknya satu jenis, sebagaimana yang terlihat di filem-filem, di university, tempat-tempat pertemuan dan kenderaan-kenderaan umum pada masa sekarang.
  • c)       Pakaian yang dkenakan sesuai dengan syariat Islam iaitu:
a.       Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b.      Tidak nipis atau pendek sehingga menampakkan kulit di balik pakaian.
c.       Tidak ketat-walaupun ianya tebal-sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, sebagaimana yang dikenakan wanita-wanita Barat saat ini. Pakaian mereka tidaklah nipis tetapi ketat sehingga menampakkan hamper semua bahagian tubuh mereka. Seakan mereka telanjang bulat. Pakaian seumpama ini lebih menimbulkan fitnah daripada pakaian yang nipis dan pendek.
d.      Tidak mengenakan baju dan celana lelaki seperti yang suka dilakukan oleh wanita zaman sekarang. Rasulullah melaknat lelaki dan wanita yang menyerupai lawan jenisnya.
e.      Tidak mengenakan pakaian khusus orang-orang kafir, Yahudi dan penyembah patung.
  • d)      Hendaklah menjaga kewibawaannya, tenang dalam berjalan dan bersahaja dalam berbicara. Tidak dengan ‘sengaja’ menarik perhatian kaum lelaki dengan minyak wangi atau (sengaja melunak-lunakkan) suara. Wanita pada zaman jahiliah suka menarik perhatian lelaki dengan membunyikan gelang kaki yang dipakainya. Perbuatan ini haram sebagaimana dalam firman-Nya kerana ia membuatkan lelaki gelisah dengan khayalannya. Perbuatan ini juga menunjukkan wanita itu mempunyai niat buruk sengaja memancing ghairah seksual lelaki.

Thursday, July 28, 2011

❤❤ jodoh terbaik ❤❤

Masalah jodoh dan masa depan memang tidak dapat tidak pasti bermain-main dalam fikiran. Siapa pun yang bernama manusia pasti mengharapkan yang terbaik dalam kehidupannya, begitu juga dengan pasangan hidup.Namun tahukan kita bagaimana caranya untuk menDEKATkan JODOH yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt di lauh mahfuz? Persoalan ini penting kerana selain berdoa kita juga di tuntut untuk berusaha. Di dalam sebuah majalah Islam ada menyatakan cara bagaimana untuk mendekatkan diri kita kepada jodoh kita. Antaranya adalah;1. Berdoa dengan bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat.Doa kita akan dikabulkan oleh Allah swt apabila kita berdoa sesuai dengan ketentuanNya sebagaimana yang diperintahkan Allah swt serta yang dicontohkan oleh Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw "Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas daripada salah satu dari tiga perkara iaitu adakalanya diampuni dosanya, adakalanya diberikan kebaikan segera (dikabulkan permintaanya) dan adakala ditunda pengabulannya." (HR Ad Dailami)2. Amati orang di sekitar anda.Semua orang mempunyai jodoh yang dijanjikan Allah. Lumrahnya, kebanyakkan jodoh kita terdiri daripada orang yang tidak jauh daripada kita. Namun, masih ada kemungkinan seseorang itu berjumpa dengan orang yang jauh, seperti orang Malaysia bertemu dengan orang Indonesia ;).3. Tidak mudah patah semangatRasulullah saw pernah bersabda "Allah benci kepada orang yang patah semangat tetapi syaitan sukakannya." Kebanyakkan, orang yang berputus asa dalam memiliki jodoh mula membuat oelbagai tanggapan tentang jodoh. Tanggapan negatif yang sering bermain-main di fikiran hanya menyebabkan semakin sulit bertemu jodoh.4. Mengisi hati dengan ibadahFirman Allah swt "Orang yang memelihara solatnya, mereka itulah orang yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal didalamnya" (Surah Al Mukmin: 9-11)5. Menyayangi semua orang di sekitarSabda Rasulullah saw yang bermaksud "Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Sebarkanlah salam diantara kamu." (HR Muslim)6. Sentiasa bersedia bertemu pasangan pada bila-bila masaTanggapan pertama itu sangat penting. kerana itu persiapkanlah diri anda dalam keadaan sentiasa rapi dan kemas, bersih, harum dan ceria walau dimana jua anda berada. Kerana tidak menolak kemungkinan di suatu tempat yag kita pergi menjadi tempat pertemuan pertama kita dengan bakal pasangan kita.7. Menyucikan diriHati yang bersih akan memancarkan sinar ketulusan di wajah seseorang menyebabkan seseorang itu sejuk dipandang mata. Maka dengan itu mudahlah orang akan jatuh cinta terhadapnya.8. Cuba melengkapi ciri-ciri lelaki dan wanita idaman.Perbaiki segala kelemahan dan bersyukur serta istiqomah dengan segala kelebihan. cuba sedaya upaya memasukkan sebanyak mungkin sifat-sifat wanita atau lelaki idaman ke dalam diri sendiri. Sebagaimana kita mengimpikan seorang lelaki atau wanita idaman, bakal pasangan kita juga turut mengimpikannya.Mulai sekarang berusahalah untuk mendapatkan jodoh terbaik dari Allah. Jangan sesekali putus asa dan bersangka buruk dengan Allah. Jika sudah bertemu dengan pasangan yang diimpikan maka segerakanlah pernikahan menurut syariat. Maka berhadapan dengan halangan maka bersabarlah kerana setiap kesabaran pasti akan berakhir dengan kemanisan.Uktukum Fillah

Tuesday, July 26, 2011

Apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati?

assalamualaikum..
satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..dan selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●
sumber : neighbour page
selamat beramal

Friday, July 22, 2011

Doa menghilangkan stres


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnB2VFp6ZaYcBNUnnVI0syO49VKpKAKXD86BjRxcu3Osj2-u_YRCfUAAKa5SBgHiNza1CfMAcz0fo0Zif3yKKe6HqDSLL8ubdzqb1Qj_I3mIPo-y-y4kuJrj0HzwMXwMV1QXkUrVd_fSE/?imgmax=800
اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.
Petua Beramal
Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini, seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya.

Thursday, July 21, 2011

Apakah Aku Sedang Diuji?

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Tangisan dek dugaan dari Allah SWT
Ya Tuhan, apakah aku sedang Kau uji?
Suatu hakikat yang mesti jangan terlupus di minda walau sesaat cuma, ujian dari ALLAh SWT akan tetap ada sehinggalah manusia masuk ke dalam liang lahad sekalipun.
Jika anda merasakan anda sedang diuji, maka ingat jugalah bahawasanya manusia lain yang berjuta-juta diluar sana juga turut diuji oleh Tuhan yang sama dengan cara ujian yang berbeza.
Dan satu perkara yang saya yakin dan berpegang dengannya, ujian dari ALLAh itu adalah tanda sayang dan tanda untuk menjadikan manusia menjadi manusia yang lebih baik dan tegar menghadapi dugaan demi dugaan yang mendatang.
InshaALLAh, saya yakin. Dugaan itu bukan tanda bencinya Tuhanmu!

Rintihan Jiwa Yang Diuji
Ada manusia apabila berhadapan dengan dugaan yang agak besar, maka dirinya mula merasakan dunia ini kelam. Seakan-akan tiada baginya harapan untuk membentuk masa depannya lagi. Merasakan dirinya dikelilingi oleh kesepian dan kegelapan belaka meskipun dirinya berada ditengah keramaian.
Dan ada pula yang kehilangan momentum dalam beribadah.
Kalau dulu, ketika ALLAh masih meminjamkan nikmat, maka dirinya rajin beribadah. Tetapi, bila ALLAh uji dengan sedikit dugaan, maka ibadahnya hilang entah ke mana. Mula membelakangkan Tuhan lantaran merasa ALLAh tidak sayang padanya dek kerana ujian yang didatangkan.
Hidup ini, sebolehnya kita tidak mahu menjadi futur. Na’udzubillah.
Sekiranya diri sendiri sudah malas sebaik sahaja menerima ujian yang saya percaya, ujian itu tidak sebesar ujian para Nabi pun anda sudah kehilangan rasa kemanisan dalam beribadah, maka adalah lebih baik anda memeriksa hati dan jiwa anda.
Untuk apa anda hidup? Untuk siapa anda hidup?
Hidup untuk dunia atau hidup untuk akhirat.
Saya percaya, ujian boleh datang dari pelbagai arah. Hatta dalam sekecil-kecil perkara pun. Ujian ALLAh penuh variasi. Tidak hanya pada satu arah. Dalam persahabatan juga sering diuji, dalam penggunaan lisan juga sering diuji, dalam memperbaiki akhlak juga sering diuji.
Mungkin anda akan berkata, saya hanya tahu menulis di dalam rumah maya ini. Tapi bukannya saya tahu perasaan anda yang menderita dek ujian. Itu hak anda untuk berkata seperti itu, tapi jangan lupa duhai sahabat, semua manusia mempunyai ujian yang berbeza-beza.
Tak mengapa. Saya tersenyum di sini.
Cari Kekuatan Pada Diri Sendiri
Cuba lihat kebesaran dan kasih-sayang ALLAh yang ada pada diri sendiri. Subhanallah~!
Longlai dan terjatuh kerana masalah? Anda pernah? Maka saya juga begitu. Tapi pengalaman lalu mengajar diri sendiri untuk tidak kalah pada masalah dunia yang tidak kekal. Kadang-kadang, manusia tahu dan yakin bahawa setiap masalah ada penyelesaian. Tetapi kebanyakan manusia sudah lemah sebelum berjaya menyelesaikan masalah.
Kasihan pada jasad, kan.
Sahabat, pernah tidak tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa hati dan jiwa sangat rapuh apabila menerima ujian dari ALLAh SWT?
Saya pernah bertanya soalan itu kepada seorang yang saya hormati, moga hidupnya dirahmati, inshaALLAh. Dan jawapan yang beliau berikan kepada saya masa tu sangat mengetuk jiwa. Dihadapannya juga saya menitiskan airmata. Airmata yang sangat ego untuk jatuh dihadapan manusia akhirnya menjadi murah pada ketika itu.
Diakhir pertemuan sebelum berpisah, beliau berpesan..
“Jangan sesekali beri peluang kepada syaitan untuk membiarkan kamu merasa besar dihadapan ALLAh Rabbul ‘Alamin. Kalau ALLAh nak binasakan kita, tak payah tunggu masa kiamat.. Saat ni pun ALLAh boleh buat..”
MashaAllah. Astaghfirullah~
Merasa sendiri tika menerima ujian dari ALLAh? Sepatutnya anda memulakan langkah untuk mendekatkan diri kepada ALLAh SWT. Bukan menyendiri dan menghindar dari manusia lain.
..ALLAh SWT itu sesuai dengan sangkaan hamba-Nya.. – Hadis Qudsi
Anda Pemberi Motivasi Kepada Diri Sendiri
Selain mengubati jiwa dengan mentadabburi Al-Quran dan Sunnah. Berilah motivasi kepada diri sendiri. Hidup ini, tidak boleh selalu menunggu orang lain untuk memberikan motivasi kepada diri anda.
Motivasi yang sangat hebat daripada seorang pakar motivasi sekalipun, jika diri anda sendiri yang tidak mahu memotivasi diri anda, maka kata-kata semangat dan motivasi yang diberikan oleh pakar tidak akan berkesan kepada anda. Anda akan biarkan ia seperti angin yang berlalu.
Salah satu kunci motivasi yang besar : KEYAKINAN KEPADA ALLAh!
Jika keyakinan itu lemah, maka lemahlah anda berhadapan dengan ujian. Believe me.
Kata orang, hidup di dunia ini hanya sekali, dan itu adalah fakta. Maka, sebolehnya, buatlah yang terbaik dengan kemampuan diri sendiri. Jika merasakan dunia ini kelam, maka yakinkanlah diri sendiri, bahawa syurga disana penuh berseri dengan keindahan yang tidak akan terbayang dek akal.
Kita sama-sama hidup di dunia. Kita sama-sama seorang manusia. Kita sama-sama hamba ALLAh. Kita sama-sama ummat Muhammad Rasulullah. Kita sama-sama menuju destinasi yang sama. Maka, mengapa kita tidak dapat memperolehi kekuatan yang sama seperti kekuatan orang-orang hebat dipandangan ALLAh?
Saya ini, cuma hamba ALLAh yang biasa. Benar-benar biasa. Tapi, seharusnya, kita punya cita-cita dan impian yang luar biasa!
Apa dambaan anda? Syurga? Maka, go for it, sohabat!
Anda sedih? Janganlah sedih. Ada ALLAh sebagai penghibur. InshaAllah.
Cari kekuatan dan akhlak yang baik dalam jiwa kamu yang paling dalam. Ia ada disitu.
Cari diri kamu dalam sujud terakhir yang lama. Diri kamu ada disitu. InshaALLAh.
Semoga ALLAh merahmati.

nukilan:cinta ilahi