Pages

Sunday, February 27, 2011

Qardawi penjenayah?.. Bertaubatlah Najib...


KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.


Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.

Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu
sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara
jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.

Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan
pemimpinnya dizalimi.

Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.

"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya.


Harakahdaily

Satu lawan satu BN-PAS di Merlimau, dan Kerdau


22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -cina islam

SPR telah mengumumkan pertandingan satu lawan satu bagi kawasan pilihan raya ini di antara calon PAS Hassanudin Salon dan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad. Satu bantahan telah dikemukakan tetapi ditolak SPR.

Laporan Malaysiakini dipetik, bahawa sekumpulan enam individu yang mewakili 106 persatuan Cina tempatan dilihat berada di luar pusat penamaan calon. Kumpulan itu menunggu untuk menyerahkan satu rayuan kepada calon PAS dan BN.

Penyokong dari kedua-dua kem BN dan PAS di kawasan Merlimau dan Kerdau mula bersurai. Tempoh kempen selama lapan hari untuk kedua-dua pilihan raya kecil ini secara rasminya bermula. Tarikh pengundian bagi kedua-duanya ditetapkan pada Ahad, 6 Mac.

Lagi himpunan foto dari krew Cina Islam di Temerloh. Terima kasih kepada bos CIL di Kerdau, Ustaz MRK albanjari eksklusif untuk pembaca blog.
para penyokong yang berada dibahagian belakang...
unit amal pahang mendahului perarakan...
bacaan doa oleh ust nik zawawi nik salleh.....
tuan guru presiden mengetuai perarakan calon...
ketibaan tuan guru presiden....
unit amal sedia .....
keadaan masih lenggang sekitar jam 7.45 pagi...
ust mrk albanjari (bos CIL@ Cina Islam di Kerdau) sempat menikmati sarapan sebelum menjalankan tugas. Segak bersama vest rasmi CIL. Mantap !
kesempatan terbaik ust mrk albanjari bertemu dengan dua orang gurunya...ust nafiri dan ust abu kassim.....
munajat pejuang.....
walaupun sedikit....namun muslimat tetap mengambil bahagian dlm munajat pejuang...
ni aku le....tengah pasang bendera kat belakang hilux.....hampa ingat pukul berapa ni?....lebih kurang pukul 3 pagi daaaaa.....!

Friday, February 25, 2011

Hebat cinta mereka Yang Hebat


Sebuah kisah Cinta Sejati, Kisah benar dan realiti yg pernah terjadi di Bumi ini…


Sekian ratus tahun yang lalu… Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya… seorang isteri tengah menunggu kepulangan suaminya. Biasanya sang suami tak pulang larut malam seperti malam ini. Sang isteri kebimbangan…. hari sudah larut dan ia sudah sangat kelelahan dan mengantuk. Namun, tak terlintas sedikitpun dalam hatinya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu… namun, rasa ngantuk semakin menjadi-jadi dan Sang suami tercinta belum juga datang.

Tak berapa lama kemudian…. seorang lelaki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana. Lelaki ini adalah suami kepada sang isteri tersebut. Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasanya, kelelahan dan penat sangat terasa. Namun, ketika mahu mengetuk pintu… terfikir olehnya Sang istri yang tengah terlelap tidur…. ah, sungguh ia tak ingin membangunkannya. Tanpa pikir panjang, ia tak jadi mengetuk pintu dan seketika itu juga menghampar serbannya di depan pintu dan berbaring diatasnya. Dengan kelembutan hati yang tak ingin membangunkan isteri tercintanya, Sang suami lebih memilih tidur di luar rumah.. di depan pintu… dengan udara malam yang dingin melilit… hanya beralaskan selembar serban nipis. Penat dan lelah beraktivasi seharian, dingin malam yang menggigit tulang ia hadapi.. kerana tak ingin membangunkan istri tercinta. Subhanallah…
Dan ternyata, di dalam rumah.. persis dibalik pintu tempat sang suami berbaring.. Sang isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar sang istri di sebalik pintu. Tak terlintas sedikitpun dalam fikirinnya untuk berbaring di tempat tidur, sementara suaminya belum juga pulang. Namun, kerana khuatir, rasa ngantuknya tak tertahan dan tidak mendengar ketukan pintu Sang suami ketika pulang, ia memutuskan untuk menunggu Sang suami di depan pintu dari dalam rumahnya.

Malam itu… tanpa saling mengetahui, sepasang suami isteri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana… kerana kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.. Sang Isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada Sang suami dan Sang suami mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada Sang istri.
dan Nun jauh di langit…. ratusan ribu malaikat pun bertasbih…. menyaksikan hebatnya cinta kedua sejoli tersebut…Allahu Allah..Malam yang penuh ketenangan melakarkan sejarah luarbiasa cinta pasangan tersebut.Allahu Allah.. Angin sepoi menambah irama betapa murnianya cinta pasagan tersebut.Allahu Allah..

SUBHANALLAH WABIHAMDIH
betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesona… saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati…

Tahukah Anda… siapa mereka..?

Sang suami adalah Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW dan Sang istri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq. Merekalah sepasang kekasih teladan, suami isteri dambaan, dan merekalah pemimpin para manusia, lelaki dan perempuan di dunia dan akhirat.
Semoga rahmat ALLAH senantiasa tercurah bagi keduanya, dan mengumpulkan jiwa kita bersama Rasulullah SAW dan Sayyidatuna Aisyah RA dalam syurgaNYA kelak. dan Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah untuk MAMPU meneladani kedua manusia mulia tersebut. Amiin…amiin ya rabbal’alamiin….



************************************
و أَحسنُ منكَ لم ترَ قطُّ عين
وَ أجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النّسَاءُ 
خلقتَ مبرءاً منْ كلّ عيبٍ
كأنكَ قدْ خلقتَ كما تشاءُ
Yang lebih bagus daripadamu belum pernah disaksikan
Yang lebih indah daripadamu belum pernah wanita melahirkan
Engkau dicipta bebas dari segala keaiban
Seolah-olah menurut kemahuanmulah engkau diciptakan

Thursday, February 24, 2011

PESTA KAUT BERAS: LANJUTAN PESTA KAUT DUIT SYILING

SATU lgi pesta KAUT berlangsung di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan semalam, apabila ratusan kilogram beras tumpah di jalan raya.

Kejadian berlaku di Kilometer 394.4, berdekatan Behrang, Tanjung Malim. Orangg ramai tidak melepaskan peluang menyertai acara KAUT beras, sama seperti acara KAUT duit syiling yang berlangsung di PLUS, berdekatan Plaza Tol Linggi, bulan lalu.
 

Rusuhan di Libya Akibatkan Bursa A.S. Menurun

Pasaran Bursa saham New York terus jatuh merudum semalam akibat ketegangan situasi di Libya. Setakat saat ditutup, indeks Dow Jones jatuh lebih daripada 100 mata, bersama dengan indeks Standard&Poor dan Nasdaq mencipta rekod yang paling besar menurunnya sejak enam bulan lalu.
Kekhuatiran pelabur terhadap ketegangan situasi di Libya yang mungkin akan mempengaruhi negara-negara pengeluar minyak yang lain mengakibatkan kekurangan keyakinan dalam pasaran bursa saham.

173 TERBUNUH DI LIBYA


SEJAK kebangkitan rakyat Selasa lalu, seramai 173 orang dilaporkan terbunuh di beberapa bandar di Libya, lapor Human Right Watch (HRW).

Jurucakapnya, Tom Portoeus memberitahu AFP, semalam. Kematian dijangka meningkat dan sungai darah bakal mengalir di Libya, negara di utara Afrika jika Muammar Gaddafi mengambil sikap lebih keras ke atas rakyat yang menentangnya.

Menteri, diplomat Libya paling tadah


20 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

GAMBAR penduduk di Benghazi yang terbunuh disiarkan dalam Facebook.
Bantah Gaddafi benar tentera mengganas

TRIPOLI: Meskipun pemimpin Libya, Muammar Gaddafi enggan akur kepada tekanan dalam dan luar negara, pemerintahannya ditafsirkan goyah berikutan penyokong setianya mula belot selepas diarahkan menembak rakyat yang menunjuk perasaan disusuli arahan supaya media kerajaan menafikannya.

Menteri Keadilan Libya, Mustapha Abdeljalil, membantah penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan disusuli laporan bahawa dua juruterbang pesawat pejuang berpangkat kolonel membawa pesawat Mirage F1 ke Malta dan belot selepas diarahkan menembak pembantah di Benghazi, kata sumber tentera Malta.
Di Stockholm, tiga kakitangan tempatan di Kedutaan Libya di Stockholm meletakkan jawatan sebagai membantah serangan terhadap orang ramai oleh pihak berkuasa Libya.
Di New Delhi, Duta Libya ke India, Ali al Essawi meletakkan jawatan dan mendesak masyarakat dunia menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan di negara itu.

Beliau melepaskan jawatannya kerana tidak setuju keganasan digunakan terhadap orang awam di negara itu.

Pegawai Kedutaan Libya di Beijing, Hussein El-Sadek El-Mesrati, turut meletakkan jawatan selepas melihat rakyat dibunuh menyifatkan Gaddafi sebagai ‘Hitler.’

“Saya mahu beritahu, tolong hentikan, permainan berakhir, keluar, pergi ke Israel. Rakyat kamu di Israel bukan orang Arab,” kata El-Mesrati yang tidak memberitahu kedudukannya ketika bersama-sama menyertai penunjuk perasaan di kedutaan Libya.
Duta Libya ke Amerika Syarikat, India, Malaysia, Indonesia dan Bangladesh turut mendesak Gaddafi meletak jawatan dan memprotes pembunuhan orang awam.

Di Kuala Lumpur, kedutaan Libya mengeluarkan kenyataan mengutuk apa yang dikatakan tindakan tidak bertamadun Tripoli membunuh orang awam. Kira-kira 200 warga Libya di Malaysia mengadakan protes secara aman di kedutaan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, berkata beliau dapat bercakap dengan Gaddafi menerusi telefon selama 40 minit kelmarin dan mendesak beliau menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan.

Saksi di Tripoli melaporkan pembunuhan beramai-ramai berlaku di sesetengah kejiranan, bagaimanapun anak lelaki Gaddafi, Saif al-Islam menafikan laporan itu.

Warga asing sudah mula dikeluarkan dari negara itu, sumber keselamatan di Mesir berkata tentera dikerah untuk ditempatkan di sempadan Libya bagi memantau kemasukan pelarian.

Antara negara memulakan operasi membawa keluar warga mereka termasuk Jerman, Itali, Greece, Belanda, Turki, Amerika Syarikat, Yaman, Russia dan Norway.
Pertempuran senjata api berlaku sepanjang malam di Tripoli, apa bila penunjuk perasan menyerang stesen polis dan pejabat penyiaran kerajaan dan membakar bangunan awam.

Selain itu, landasan lapangan terbang Benghazi musnah dalam keganasan yang melanda Libya menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat, kata Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheit.

Berita Harian/-