Melangkah seorang bayi serba daif di  sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas  ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan  di bawah asuhan dan per antara syeikh tersebut, lama kelamaan beliau  mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama  3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk b Tidak cukup sekadar  itu, beliau juga gemar membaca ayat suci Al-Quran pelbagai kesukaran  sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran tujuh hari.  Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk  daerah.
Malah,  beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu.  Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (ber  Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah  memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka  kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, sebagai  percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu  merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang  mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba  kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau  tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa  tersebut.
Sejurus  kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apab singa  berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan  beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica” .  Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai pahlawan,  telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang  dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya,  malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan. Apabila umur  beliau menjangkau lingkungan 20 beliau semakin dikenali berikutan  kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah  yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta  nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana  beliau berada.
Kesopanan  dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai,  memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat  yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan  mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi  aset untuk beliau menyatukan puak pada ketika itu di samping memudahkan  usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan  penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada  ketika itu. Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula  berkembang ke seluruh sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah  tentang kelahiran perhatian seorang syeikh (guru) di syeikh-syeikh yang  ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh bangun bersembahyang pada  sepertiga malam.
Al-Quran  hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi Al-Quran, dan  mengulanginya dengan lengkap setiap berdagang) ke Sudan semasa beliau  masih muda. kafilah-kafilah ini daripada ada yang terpaksa mengorbankan  unta mereka cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti apabila pulang  dengan membawa kepala nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, au iau.  hatian ayat-ayat dengan dagang) a ila 20-an, puak-puak pelusuk dunia.  Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak.  Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit  mempertahankan
kedaulatan  Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu  kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi,  menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun.
Mereka  juga pernah menentang penjajahpenjajah Inggeris yang diselubungi rasa  tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka. Apabila Itali  bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat  kacaubilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau  yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan  pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya.  Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan  pengikutpengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah  beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir  dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan  buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau  terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya  orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka  untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan  mengizinkannya.”
Gagal dengan strategi pertama, Itali  mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya  meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain,  berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu,  mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang  tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun,  sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata,  ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah  tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling  hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”  Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada  usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk  terus berjuang walaupun menderita.
Beliau berikan mereka  harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh  lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak  penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan  canggih, pejuangpejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan  hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan  Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada  tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas  terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam  dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah. Seorang pejuang  yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah  seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman.
Walaubagaimanapun,  kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada  mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah  bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui  situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan  membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan  kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan  hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada  pilihan lain. Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah  bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk  berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan  untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin  tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam  sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari  semasa ke semasa.
Bila ditanya, mengapa beliau masih  setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan  beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya.  Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada  menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt.  Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak  penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa  melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’ Selepas mengharungi beberapa  peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di  tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta  salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan  perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang  bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat.
Pejuang  yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap  umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan  semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat  kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh  sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri. Pegawai tentera  yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke  pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu  murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau  dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya  berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan  lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat  saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang  tenang dan jelas.
Apabila beliau mahu mula beredar,  tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan  terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya  mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di  mahkamah pada sebelah petangnya.” `Umar Al-Mukhtâr, ditahan oleh tentera  Itali Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya  walaupun teruk ditentang. Bila mana menteri-menteri dan ketua-ketua  negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta  menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa  ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada  terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah  bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal  menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya.
Malah,  ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan  menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji  bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang  sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini.  Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau  mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t.  bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara  berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya,  beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan. `Umar  Al-Mukhtâr bersedia untuk syahid Apabila Ketua Panglima perang Itali  menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya,  dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab,  “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan  tanah airku, atau sehinggalah aku mati.
Dan aku bersumpah  kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia,  jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap  melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar  sebegini.” Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil  mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah  perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali.  Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung  telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau  telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian,  kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan  orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau  telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah  pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika.
Semoga  Allah meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa  kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil  dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama  merekamereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari  mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah  yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati. Syahid di tali  gantungan Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar  Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke  hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita  kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau  telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam  yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas.
Golongan  yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan  Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan  biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah  perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka  tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi  mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al  Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat,  dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal  berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang  syahid. Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup  padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta  daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau  capai, InsyaAllah.