Pages

Wednesday, March 30, 2011

Lensa Dewan Pemuda PAS Kangar
















sumber: kekoh.blogspot

Monday, March 28, 2011

SUDAHKAH KITA MUHASABAH DIRI ....

Sudahkan anda membaca Al-Quran hari ini ?
Sudahkah anda solat 5 waktu tepat pada waktunya?
Sudahkah anda membaca doa Al-Mathurat?
Adakah anda telah menyuruh kepada makruf?
Adakah anda telah mencegah mungkar?

Adakah anda sentiasa istiqamah hadir dalam Halaqah?
Sudahkah anda mempunyai mad’u?
Adakah anda bangun untuk qiamullail?
Adakah anda solat sunat Rawatib?
Sudahkah anda bersedekah?

Adakah anda berusaha memperbaiki diri anda?
Sudahkah anda berpuasa sunat?
Adakah anda sedar, faham dan yakin dengan Islam?
Adakah anda telah membaca sesuatu tetang Islam?
Adakah anda merasa anda dalam pemerhatian Allah S.W.T?

Adakah anda berazam untuk beristiqamah dengan Islam?
Sudahkah anda berusaha untuk menyebarkan fikrah Islam?
Adakah anda telah berdoa hari ini?
Adakah anda ingatkan diri untuk berjihad?
Sudahkah anda menziarahi sahabat, jiran dan komuniti sekitar?

Sudahkah anda menghafal ayat Al-Quran?
Sudahkah anda bersenaman?
Adakah anda merasa ‘izzah menjadi seorang Islam dan Daie’?
 Sekiranya anda telah melakukan sekadar kemampuan bersyukurlah kepada Allah S.W.T dan sentiasa memperbaharui azam. Insya Allah kita sama-sama berusaha .
 
Sumber: sharingisloving

Sunday, March 27, 2011

SANTAPAN ROHANI

Amalan kritikal harian untuk membersihkan hati yang kotor:


TAZKIRAH SEPANJANG ZAMAN
Saudaraku,
Barangsiapa yang takut terhadap mati,
Maka perkara yang jauh menjadi dekat.
Barangsiapa yang panjang angan-angan,
Lemahlah dalam beramal.
Setiap perkara yang akan datang adalah dekat.
Saudaraku,
Ketahuilah bahawa setiap perkara yang melalaikan dari Rabb-mu,
Maka perkara itu tercela.
Ketahuilah bahawa seluruh penghuni dunia itu merupakan ahli kubur.
Mereka hanya menyesali apa yang mereka tinggal dan bergembira atas apa yang dilakukan.
Alangkah menyesalnya ahli kubur,
Yaitu penghuni dunia yang berperang untuk meraih dunia,
Berlumba-lumba dalam memilikinya,
Dan berpekara di depan hakim untuk merebutnya.


PENAWAR PENYAKIT KELUH KESAH
Engkau ambil beberapa batang akar keikhlasan,
Beberapa helai dedaun kesabaran,
Air perahan kerendahan hati,
Letakkan dalam satu wadah ketaqwaan,
Tuangkan kecairan rasa takut
Adunlah dengan api kesedihan,
Saringlah dengan saringan waspada,
Ambillah ramuan tadi dengan tangan kejujuran,
Lalu minumlah dengan gelas istighfar,
Yang telah dicampur dengan air kesolehan,
Jauhkan diri dari rakus dan serakah,
Dengan izin-Nya,
Engkau akan sembuh dari penyakit itu

Apakah benar engkau pejuang?????

Tetapi tidak mahu menerima ujian
Tetapi rosak oleh pujian
Tetapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Tetapi tidak begitu setiakawan
Tetapi tidak sanggup berkorban
Tapi ingin jadi pimpinan
Tetapi amat susah menerima pandangan
Menjadi pengikut agak segan
Tetapi tolak ansur tidak engkau amalkan
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Tetapi kesihatan dan kerehatan
Tidak sanggup engkau korbankan
Tetapi tidak mahu menerima ujian
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Diri tidak engkau tingkatkan
Disiplin diri engkau abaikan
Janji kurang engkau tunaikan
Kasih sayang engkau cuaikan
Tetamu engkau abaikan
Ilmu berjuang engkau abaikan
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
Pandangan engkau tidak selaraskan
Iman dan taqwa engkau lupakan
Yang sebenarnya apa yang hendak engkau perjuangkan????....

Umar Mokhtar (Singa Padang Pasir)


Melangkah seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan per antara syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk b Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat suci Al-Quran pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran tujuh hari. Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah.



Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (ber Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut.



Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apab singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica” . Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan. Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20 beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada.



Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu. Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran perhatian seorang syeikh (guru) di syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh bangun bersembahyang pada sepertiga malam.


Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. kafilah-kafilah ini daripada ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti apabila pulang dengan membawa kepala nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, au iau. hatian ayat-ayat dengan dagang) a ila 20-an, puak-puak pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan
kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun.



Mereka juga pernah menentang penjajahpenjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka. Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacaubilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya. Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikutpengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.”



Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.” Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita.



Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuangpejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah. Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman.


Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain. Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.



Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt. Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’ Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat.



Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri. Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas.



Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.” `Umar Al-Mukhtâr, ditahan oleh tentera Itali Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bila mana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya.


Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini. Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan. `Umar Al-Mukhtâr bersedia untuk syahid Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati.



Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.” Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika.



Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama merekamereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati. Syahid di tali gantungan Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Omar Al Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas.



Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid. Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.

Apa Ertiku Menuntut Ilmu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."


Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"


"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)


Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."


khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)


dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”


Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.

TARBIYAHLAH DIRI DENGAN TAQWA



Kita sering mendengar perkataan taqwa. Hampir tiap minggu para khatib di mimbar-mimbar masjid memperingatkan jamaah yang bersolat juma'at agar selalu bertaqwa. Perkataan taqwa ini kerap difahami sebagai takut atau khasyyah. Kadangkala ia difahami sebagai suruhan melakukan segala jenis kebaikan. Pada waktu yang lain ia difahami sebagai perbuatan menghindari kemurkaan Allah. Demikianlah, berbagai pengertian dan makna yang difahami oleh kita mengenai perkataan taqwa. Dalam pengertian yang mudah difahami taqwa bolehlah kita ertikan sebagai melindungi diri dari maksiat dan menghindarkannya dari dosa.
Taqwa merupakan suatu bekalan yang sangat berguna kepada kita untuk mengemudi kehidupan di dunia ini agar tidak karam dalam lautan jahiliyyah. Tidak kira siapa kita, apa pangkat, apa jawatan ataupun status yang kita miliki. Taqwa perlu ada dalam kehidupan kerana taqwa adalah sebaik-baik bekal untuk berjaya sebagai hamba Allah.
Firman Allah SWT:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”.
(Ali Imran : 102)
Pada peringkat permulaan dakwah, Nabi saw telah mentarbiyah sahabatnya dengan konsep takwa yang sebenar sehingga mereka menjadi suatu generasi yang unik dan telah berjaya menempah sejarah yang sangat gemilang buat tamadun Islam. Hasil dari tarbiyah inilah lahir individu-individu yang hebat seperti Saidina Abu Bakar as Siddiq, Saidina Umar al Khattab, Saidina Usman bin Affan, Saidina Ali bin abi Thalib dan sahabat-sahabat yang lain.
Baginda telah mengajar kepada umat ini bahawa pembinaan individu perlulah bermula dari dalam diri. Hasilnya akan terjelma dalam bentuk luaran yang kita kenal sebagai akhlak dan tingkah laku. Konsep ini disebut sebagai “inside to outside”. Pembinaan seperti inilah yang akan membentuk manusia itu menjadi seorang yang kuat dan cekal dalam menempuh halangan dan rintangan perjuangan. Semua halangan dan rintangan yang mereka hadapi dipandang kecil kerana mereka yakin bahawa Allah yang Maha Berkuasa terhadap segala-galanya.
Nabi SAW telah bersabda :
“Taqwa itu di sini...”
Baginda mengulangi ayat ini sebanyak tiga kali seraya menunjuk ke arah dadanya. Taqwa itu letaknya di hati manusia. Sudah menjadi lumrah kalau dalamnya itu baik insya-Allah luarnya pun akan baik sama. Adalah menjadi satu pembohongan yang besar sekiranya kita berpendapat sebaliknya.
Taqwa tidak dinilai dengan melihat pada kopiah, serban dan juga jubah. Atau pada labuhnya tudung dan purdah yang dipakai muslimat. Ataupun makan dengan menggunakan tiga jari...Kadang kala kita terserempak dengan manusia yang mempunyai ciri-ciri penampilan seperti ini tetapi malangnya akhlak dan tingkah laku mereka sangat keji.
Pembinaan yang bermula daripada penampilan luaran semata-mata bukanlah jaminan kepada taqwa atau tidak seseorang itu. Penampilan akan berubah-ubah mengikut masa dan keadaan. Akan tetapi sekiranya taqwa itu disemai dari dalam diri insya-Allah taqwa akan berkekalan.
Sebagai seorang da’ie perlulah difahami bahwa taqwa tidak dapat dicapai dengan hanya mengubah penampilan luaran mad’u semata-mata tanpa mengubah hati yang berada di dalam diri mereka.
“Dalam diri manusia hati merupakan raja manakala anggota yang lain itu merupakan rakyat. Sekiranya raja itu baik maka baiklah keseluruhan rakyatnya”.
Dalam mentarbiyah, kita mesti memberikan kefahaman yang benar kepada mad’u agar pembinaan mereka benar-benar menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw iaitu dengan “membangunkan konsep iman dan taqwa yang kuat dalam diri” .
Wahai da’ie...Kita perlu musahabah cara kita mentarbiyah mad’u. Mungkin berlaku kesilapan dalam kita mentarbiyah mereka. Kesilapan dalam mentarbiyah inilah yang akan melahirkan individu muslim yang belum benar-benar “solid” dan tidak menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan.
Firman Allah SWT :
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
(Al Hasyar : 18)
Hasil dari kesilapan ini kita akan menemui orang-orang yang konsisten menghadiri usrah mingguan tetapi masih belum berupaya meninggalkan tabiat “merokok” dan melakukan perkara-perkara yang “lagha”. Kadang kala kita terserempak dengan orang-orang yang baik penampilan luarannya, mereka memakai kopiah dan bertudung labuh tetapi tidak segan-segan mengaku yang mereka itu sedang “bercouple”. Kata mereka; kami “couple Islamic”...
Di antara kesilapan besar yang telah kita lakukan dalam mentarbiyah ialah :
Kita menyuruh mad’u “mengaji al Quran”, tetapi kita lupa menekankan bahawa mereka juga perlu “mengkaji ayat-ayat al Quran” yang telah mereka baca. Hasilnya lahir individu yang hanya pandai membaca Quran tetapi mereka gagal untuk memahami ajaran Islam yang sebenar. Mereka buta Islam!
Kita mewajibkan mad’u untuk menghadiri usrah mingguan tetapi kita lupa untuk memahamkan mereka tentang kepentingan usrah dalam kehidupan berjamaah. Hasilnya kita ada mad’u yang hanya istiqamah menghadiri usrah tetapi gagal dalam melakukan gerak kerja dakwah. Mereka sangat pasif dan hanya tunggu arahan baru mahu buat kerja.
Kita menyuruh mad’u “mendirikan solat” tetapi kita lupa untuk menekankan kepada mereka agar “memelihara solat” tersebut. Mendirikan solat bermaksud, solat bilamana kita mendengar azan atau telah masuk waktu manakala memelihara solat itu bermaksud melakukan solat diawal waktu, berusaha bersungguh-sungguh untuk khyusuk dan memelihara diri daripada perkara yang boleh membatalkan solat. Hasilnya kita dapati ramai mad’u yang istiqamah solat lima waktu tetapi malangnya solat itu gagal mencegah mereka dari perkara yang keji dan mungkar.
Itulah serba sedikit kesalahan kita dalam mentarbiyah. Sebenarnya banyak lagi yang perlu kita muhasabah dan rasanya tidak mampu untuk kita bentangkan kesemuanya dalam keterbatasan ruang dan waktu ini.
Akhirnya...
Segala permasalahan yang berlaku di dunia ini adalah berpunca daripada manusia. Untuk mengubah dunia ini kita perlu mengubah manusia itu terlebih dahulu dan untuk mengubah manusia itu kita perlu mengubah hati mereka. Untuk mengubah hati manusia tiada cara lain yang boleh digunakan melainkan kita menyemai rasa taqwa dalam diri agar timbul rasa cinta dan harap pada Sang Pencipta iaitu Allah Azza Wajalla...
Marilah kita sama-sama menilai sejauh mana tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Adakah diri kita telah benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT atau kita hanya pura-pura bertaqwa dengan menjaga penampilan luaran semata-mata. Ingatlah sahabat sekelian, bahawa Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha mendalam Ilmu-Nya.

Saturday, March 26, 2011

NASIHAT BUAT PEMIMPIN

surat dari Hassan Basri kepada Amirul Mukmininnya, Saidina Umar bin Abdul Aziz

"Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah menjadikan pemimpin negara yang adil itu sebagai tunggak yang menahan sesuatu supaya tidak condong. Ia menjadi sumber rujukan kepada yang apa yang dirancang, membaiki setiap yang buruk, memperkuatkan yang lemah dan mengembalikan hak yang dizalimi. Wahai Amirul Mukminin, pemimpin yang adil itu umpama seorang ayah yang penyayang terhadap anaknya, berusaha untuk menjamin kehidupan yang baik dan mengajarnya sehingga besar, berusaha untuk kebaikannya di masa ayah itu masih dan menjamin kebaikan setelah ayah itu meninggal dunia.

"Wahai Amirul Mukminin, pemimpin yang adil itu laksana ibu
...yang penyayang dan pengasih terhadap anaknya, mengandungnya dengan kesakitan, melahirkannya dengan kesakitan. Kemudian menjaganya dengan kesusahan, berjaga malam bersama-samanya, tinggal bersama-samanya, menyusu dan melepaskan susu dengan rasa kasihan. Ibu bergembira kalaunya sihat dan merasa sakit kalau anak sakit. Wahai Amirul Mukminin, pemimpin yang adil itu laksana penjaga anak yatim, penjaga barang-barang kepunyaan orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan membekalkan kepada orang-orang yang sudah besar. Pemimpin yang adil itu wahai Amirul Mukminin, laksana hati di dalam jasad, kalau baik maka baiklah seluruh anggotanya, kalau buruk semuanya menjadi buruk."

"Pemimpin yang adil itu wahai Amirul Mukminin laksana orang yang berada di hadapan Allah. Dia mendengar firman Allah dan memperdengarkan kepada rakyatnya, melihat Allah dan menunjukkan kepada rakyatnya, mengikut perintah Allah dan memimpin rakyat supaya mengikut bersamanya. Wahai Amirul Mukminin, janganlah engkau menjadi orang yang diberi milik kepadanya oleh Allah seperti hamba yang diberi amanah oleh tuannya supaya menjaga harta dan keluarga, tiba-tiba dia menggunakan harta itu dengan boros dan membiarkan keluarganya dalam kemiskinan."

"Ketahuilah wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah menurunkan hukum hudud supaya mencegah keburukan dan kekejian akhlak. Apakah akibatnya kalau sekiranya orang yang menguruskannya melakukan kekejian dan keburukan. Allah menurunkan hukum qisas untuk memelihara hambanya-hambanya maka bagaimanakah kalau orang yang membunuh mereka ialah orang yang ditugaskan melaksanakan hukum qisas itu."

"Wahai Amirul Mukminin, ingatlah kepada mati dan perkara yang berlaku selepasnya. Nyatakan kepada mereka azab seksa dan huru-hara yang hebat selepas kematian. Ketahuilah wahai Amirul Mukminin, bagimu ada suatu tempat yang lain daripada tempat kamu berada sekarang. Tempat di mana kamu perlu menunggu dalam jangka masa yang lama dan keseorangan. Nyatakan kepada mereka apa yang telah dinyatakan di dalam al-Quran,

يَوْمَ يَفِـرُّ الْمَرْءُ مِنْ أََخِيهِ. وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ. وَصَحِبَتِهِ وَبَنِيهِ

"hari melarikan diri daripada seseorang itu oleh saudaranya, ayahnya, isterinya dan anak-anaknya."

"Ingatlah wahai Amirul Mukminin, bahawa kamu berada di dalam tempoh waktu sebelum tiba ajal dan putusnya cita-cita. Janganlah kamu melaksanakan hukum dengan hukuman hamba Allah dan memerintahnya dengan hukum-hukum jahat. Jangan memerintah mereka dengan mengikut orang-orang jahil, dan janganlah engkau memberi kuasa kepada orang-orang yang sombong dengan menindas orang-orang yang lemah."

"Kamu sendiri yang memikul bebanan dosa kamu bersama-sama dosa yang lain. Janganlah kamu tergoda dengan nikmat yang membawa celaka kepadamu. Mereka memakan yang baik-baik untuk menghilangkan kebaikanmu di hari akhirat. Janganlah kamu memandang kuasa kedudukan kamu pada hari ini, tetapi pandanglah kepada hari esok semasa kamu berada di tali-tali kematian, di hadapan Allah dan di tengah khalayak ramai seperti para malaikat, nabi-nabi dan rasul-rasul. Hendaklah kamu bersikap merendah diri dan ketika berhadapan dengan Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya."

"Sekian saja wahai Amirul Mukminin, tidak luput daripada saya perasaan kasih kepadamu dan untuk memberi nasihat. Ketahuilah, setiap ubat tidak sedap tetapi ubat itulah yang akan menyembuhkan dan memberi kesihatan. Wassalam 'alaika, ya Amirul Mukminin."

Yang benar,
Hassan Basri.

SEANDAINYA AKU MAMPU........


SEANDAINYA AKU MAMPU........ Ya Allah ya Robb Seandainya aku mampu akan kukutip semua kenangan pahit yang berserakan di lantai masa lalu ku lontar jauh jauh dari pinggiran rasa lalu kubuang ke dalam jurang yang curam bukan aku tidak redho ketentuan-Mu cu...ma aku belum mampu Ya Allah ya Robb Seandainya aku mampu akan ku kawal neuron neuron dalam otakku menutup segala laluan saluran daripada terus dicerobohi pengganas pengganas liar kenangan itu bukan tanda aku tidak redho ketentuan-Mu cuma aku belum mampu Ya Allah ya Robb Seandainya aku mampu akan ku arahkan seluruh soldadu kedamaian menyusun strategi dan serangan memerangi musuh musuh nafsu kenangan itu daripada berjaya menembusi benteng pertahanan hati bukan tanda aku tidak redho ketentuan-Mu cuma aku belum mampu Ya Allah ya Robb Seandainya aku mampu akan ku jerit sekuat jiwa dan raga lalu ku usir jauh jauh tetamu kenangan yang datang tanpa dijemput tanpa disambut bukan tanda aku tidak redho ketentuan-Mu cuma aku belum mampu Ya Allah Ya Robb Seandainya aku mampu akan ku tebas akan taburi racun agar rerumput liar dan lalang kenangan itu tidak akan terus tumbuh segar dan menghijau semula bukan tanda aku tidak redho akan ketentuan-Mu cuma aku belum mampu Ya Allah Ya Robb Seandainya aku mampu akan ku bakar akan ku tanam akan ku kubur ke dalam perut bumi agar ia terus terkambus mati bukan tanda aku tidak redho akan ketentuan-Mu cuma aku belum mampu Ya Allah ya Robb Seandainya aku mampu akan ku lenyek dan kuratakan semua kerikil dan batu batu kasar dan tajam kenangan itu dan ku hancur lumatkan ia sepanjang jalan kehidupan dengan bantuan steamroller bukan tanda aku tidak redho akan ketentuan-Mu cuma aku belum mampu Ya Allah Ya Robb Sesungguhnya hanya Engkau Yang Mampu membuka sesuatu yang telah tertutup dan menutup sesuatu yang telah terbuka.Semoga terbuka lebar pintu rahmat-Mu dan terlerai ikatan gundah gulana yang membelenggu rongga hati dan terbit Nur Kasih-Mu yang terselindung di sebalik awan gemawan kehidupan.Dan sesungguhnya aku adalah hamba-mu yang hampir tertewas di dalam pertempuran sengketa hati di medan ujian-mu dan redho pada-Mu mengatasi segala kecelaruan hati.Petunjuk Kasih-Mu menjadi penentu arah tujuku. Astarghfirullah Astarghfirullah Astarghfirullah. Amin ya Arhamar Rohimin

Gambar dan Youtube Gempa Bumi di Myanmar @Burma Mengorbankan Lebih 60 Orang: Mac 2011



credit: cfnews13
Semasa entry ini ditulis, seramai 65 telah terkorban akibat gempa bumi yang melanda Myanmar @Burma berhampiran sempadan China, Thailand dan Laos. Gempa bumi ini berskala 6.8. Kejadian itu berlaku pada malam semalam (Khamis). Disebabkan oleh gempa bumi ini, seorang terbunuh akibat bumbung runtuh di Chiang Rai, Thailand. Di samping itu, lebih 240 bangunan telah runtuh akibat gegaran gempa bumi di Myanmar.

Setakat ini tiada threat on tsunami akibat gempa bumi di Myanmar. Sedikit berita @video on earthquake di youtube. Lihat juga youtube @jalan raya retak: rekah.

Risau gak sekarang ni since banyak malapetaka berlaku lately. Semoga Malaysia dijauhkan daripada segala jenis malapetaka alam dan kita dapat ambil iktibar, pengajaran dah tauladan daripada apa yang berlaku di sekeliling kita.

Antara gambar gempa bumi di Myanmar:

credit: yahoo.sg

credit: thewesternstar