Pages

Sunday, March 27, 2011

SANTAPAN ROHANI

Amalan kritikal harian untuk membersihkan hati yang kotor:


TAZKIRAH SEPANJANG ZAMAN
Saudaraku,
Barangsiapa yang takut terhadap mati,
Maka perkara yang jauh menjadi dekat.
Barangsiapa yang panjang angan-angan,
Lemahlah dalam beramal.
Setiap perkara yang akan datang adalah dekat.
Saudaraku,
Ketahuilah bahawa setiap perkara yang melalaikan dari Rabb-mu,
Maka perkara itu tercela.
Ketahuilah bahawa seluruh penghuni dunia itu merupakan ahli kubur.
Mereka hanya menyesali apa yang mereka tinggal dan bergembira atas apa yang dilakukan.
Alangkah menyesalnya ahli kubur,
Yaitu penghuni dunia yang berperang untuk meraih dunia,
Berlumba-lumba dalam memilikinya,
Dan berpekara di depan hakim untuk merebutnya.


PENAWAR PENYAKIT KELUH KESAH
Engkau ambil beberapa batang akar keikhlasan,
Beberapa helai dedaun kesabaran,
Air perahan kerendahan hati,
Letakkan dalam satu wadah ketaqwaan,
Tuangkan kecairan rasa takut
Adunlah dengan api kesedihan,
Saringlah dengan saringan waspada,
Ambillah ramuan tadi dengan tangan kejujuran,
Lalu minumlah dengan gelas istighfar,
Yang telah dicampur dengan air kesolehan,
Jauhkan diri dari rakus dan serakah,
Dengan izin-Nya,
Engkau akan sembuh dari penyakit itu

0 comments:

Post a Comment