Pages

Saturday, July 30, 2011

Syafaat Nabi & Al-Quran

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi sekalian,
Di sini saya ingin berkongsi beberapa hadis berkaitan syafaat. Sama-sama kita hayati!

Pertama : Jauhi Pertengkaran, Dusta dan Perbaiki Akhlak

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”(Hadis Riwayat Abu Daud)
Huraian

Orang yang suka bertengkar walaupun di dalam perkara yang baik adalah dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya kerana ia adalah antara perbuatan yang keji yang boleh merosakkan hubungan baik di dalam masyarakat.

Orang yang suka bergaduh, berdusta dan tidak berakhlak mulia tidak akan mendapat jaminan dan syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.

Islam melarang umatnya berdusta kerana berbuatan tersebut akan membawa kepada fitnah yang menimbulkan permusuhan seterusnya boleh mencetuskan huru-hara di dalam masyarakat.

Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak dari semasa ke semasa iaitu dengan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang agama di mana dengan itu barulah seseorang itu dikatakan layak mendapat syafaat daripada Rasulullah sebagaimana yang tersebut di dalam hadith tersebut.

Kedua : Banyakkan Berselawat Kepada Rasulullah SAW

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." (Hadis Riwayat Ibn Mas'ud r.a)
"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya." (Hadis Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)
Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis
  1. Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
  2. Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
  3. Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
  4. Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
  5. Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
Ketiga : Bacalah Al-Quran dan Fahami Maksudnya

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
”Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)." (Hadis Riwayat Muslim)
Huraian

Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : ”Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”

Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.

Al-Quran merupakan petunjuk bagi umat manusia, di dalamnya tersimpan berjuta fadhilat atau hikmat yang tidak diketahui oleh manusia. Di samping itu al-Quran juga berfungsi sebagai penawar atau pendinding bagi jasmani dan rohani manusia yang mengerti dan mengamalkannya menurut ketentuan sunnah. Yang penting adalah keyakinan diri kita terhadap kebesaran Allah dan keagungan kalimah-kalimah Allah yang dijadikan sebagai pendinding daripada kejahatan kuasa-kuasa ghaib yang dihantar oleh pengamal ilmu-ilmu kebatinan yang sesat (ilmu hitam). Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Dia-lah sebaik-baik pelindung yang tiada siapa dapat menandingi-Nya.
"Ya Allah! bantulah kami dalam memperbanyakkan selawat kepada kekasihMu SAW dan permudahkan bagi kami untuk membaca kalamMu yang suci siang dan malam. Semoga dengan rahmatMu kami tergolong dikalangan orang-orang yang beroleh syafaat" Amin..
Wallahua'lam..

ISTIMEWA BUATMU YANG MERINDUI ISLAH (PEMBAIKAN)

Ketahuilah wahai teman,
Rasulullah s.a.w. dan generasi itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita. Kehadiran insan ajaib itulah telah memuliakan kita pada saat ini.
Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula dari seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi. Bukannya Baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.
Alangkah indahnya jika saat ini kami kembali pada keampunan-Mu bagaikan si kain putih

Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci. Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri. Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah, pendekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dengan jalan hujah dan keterangan, dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.
Bilamana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati. Bilamana mendapat tekanan, rintangan serta siksaan, berlaku sabar dan  melontarkan doa kasih nan sejati. Firman Allah:
أدع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن

Tahukah dikau, temanku?

Dengan rahmat dan kurnia Ilahi, seorang demi seorang ikut menyertai, dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali. Lalu, terbentuklah masyarakat dan jemaah Islam pertama, jamaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sangat kecil dan merupakan ghuroba’ (orang-orang yang asing) di Mekah, kota kelahiran Baginda sendiri.

Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat, akhirnya menjadi kelompok yang mulia, gah, izzah dan menjadi generasi terbaik ummat ini. Mereka tak punya apa-apa, melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti! Biarpun sehebat mana rintangan, jalan dakwah dan kebaikan terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.

Mengertilah duhai teman,
Jalan dakwah dan kebaikan inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi dan Romawi, mencabut jahiliyyah dan kehinaan dari akar umbi.
Sabda Rasulullah s.a.w:
ألا إن الإسلام دائرة فدورا مع الإسلام حيت دار.الا إن السلطان والقرأن سيفترقان فلا تفارقوا الكتاب
‘Ingatlah bahawa Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.’
Duhai temankudi syurga,
\Dalam langkah hidup ini, hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri; iaitulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi. Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.
 
Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak, meniti waktu dan hari, mendekati mati. Akhirnya, masing-masing kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu di sana , ada perbezaan antara keduanya di alam abadi. Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.

Namun, adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai  persiapan yang serius untuk mengadap-Nya? Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa saat perjumpaan itu!

Dan kini hai teman,
Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati yang jernih fikrahnya  menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya. Oh, adakah kau masih teguh dengan prinsip muslim?
Kuingatkan diriku jua wahai teman, 
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini? Nauzubillah! 
Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada dalam kebenaran, di atas jalan-Mu. Jangan sesekali Kau menapis kami dari rahmat dan jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan memperelok sahsiah diri. Amin…
 
credit to: ukhti fatimah syarha

LELAKI YANG DIRINDUI


'Lelaki' yang kukagumi, berusaha keras mengembalikan madrasah Rasulullah hingga ke hujung nyawa


Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa



Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih

Nota Ringkas Tentang Dandanan (Tabarruj)


Ya Allah, kasihani dia dan kasihani kami dari murka-Mu. Kasih sayang-Mu jauh lebih luas daripada kemurkaan-Mu.
Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi
Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi di dalam bukunya Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi telah memuatkan gagasan besar Prof. Syeikh. Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang tema penting yang berserakan dalam berbagai buku, ceramah, khutbah, fatwa, tesis dan disertasi beliau.
Pandangan tentang Islam dan wanita disampaikan ke tengah-tengah masyarakat dengan pandangan yang moderat dan komprehensif, jauh dari sikap fanatik yang membabi-buta. Beliau berusaha menyeimbangkan antara ketetapan syariat Islam dengan perubahan zaman, mempertahankan hal-hal lama yang bermanfaat dan menyambut hal-hal baru yang maslahat.
Tabarruj Dalam Fiqih al-Qaradhawi
                Firman Allah SWT yang bermaksud: “…dan janganlah kamu berhias dan bertingkah-laku seperti orang-orang jahiliah dahulu.” (Al-Ahzab: 33).
                Akhlak wanita muslimah berbeza dengan wanita bukan muslimah atau wanita pada masa sebelum Islam. Wanita muslimah mempunyai akhlak menjaga diri, menjaga kehormatan, dan mempunyai rasa malu. (Akhlak lelaki muslim juga seharusnya begini). Sebaliknya akhlak wanita non-muslimah dan wanita jahiliah berdandan tanpa batas dan tanpa aturan moral.
                Erti berdandan di sini ialah: Membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.
                Ilustrasi  makna tabaruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu:
  • 1.       Bercampur dengan lelaki
  • 2.       Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit
  • 3.       Mengenakan tudung tetapi tetap menampakkan aurat dan kecantikan tubuh-badannya.
Wanita-wanita pada zaman ini ramai yang melakukan tabarruj ini sama dengan wanita-wanita jahiliah pertama dahulu sebelum datangnya Islam.
Tabarruj Pada Pandangan Ulama-ulama Lain
                Tabarruj pada pandangan ulama-ulama yang lain pula ialah:
Syeikh Az-Zamakhsyari: Hakikat tabarruj ialah sengaja menampakkan apa yang seharusnya ditutup. Untuk wanita, yang dimaksud tabarruj wanita ialah wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahram.
Mujahid: Maksud tabarruj ialah, “Wanita yang keluar dari rumahnya berjalan di tengah kumpulan lelaki.”
Qatadah: Yang dimaksudkan dengan tabarruj ialah, “Jalan berlenggang-lenggok dan genit.”
Muqatil: “Tabarruj ertinya mengenakan  tudung penutup kepala tetapi tidak merapatkannya sehingga menampakkan kalungnya, anting-antingnya dan lehernya.”
Agar Tidak Disebut Tabarruj Jahiliah Yang Pertama
                Agar tidak disebut wanita mutabarrijah, wanita muslimah hendaklah melakukan hal-hal di bawah ini:
  • a)     Menundukkan pandangan. (Lelaki juga harus begini). Firman Allah SWT, “Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya.” (An-Nur: 31).
  • b)      Tidak bergaul dengan lelaki layaknya satu jenis, sebagaimana yang terlihat di filem-filem, di university, tempat-tempat pertemuan dan kenderaan-kenderaan umum pada masa sekarang.
  • c)       Pakaian yang dkenakan sesuai dengan syariat Islam iaitu:
a.       Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b.      Tidak nipis atau pendek sehingga menampakkan kulit di balik pakaian.
c.       Tidak ketat-walaupun ianya tebal-sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, sebagaimana yang dikenakan wanita-wanita Barat saat ini. Pakaian mereka tidaklah nipis tetapi ketat sehingga menampakkan hamper semua bahagian tubuh mereka. Seakan mereka telanjang bulat. Pakaian seumpama ini lebih menimbulkan fitnah daripada pakaian yang nipis dan pendek.
d.      Tidak mengenakan baju dan celana lelaki seperti yang suka dilakukan oleh wanita zaman sekarang. Rasulullah melaknat lelaki dan wanita yang menyerupai lawan jenisnya.
e.      Tidak mengenakan pakaian khusus orang-orang kafir, Yahudi dan penyembah patung.
  • d)      Hendaklah menjaga kewibawaannya, tenang dalam berjalan dan bersahaja dalam berbicara. Tidak dengan ‘sengaja’ menarik perhatian kaum lelaki dengan minyak wangi atau (sengaja melunak-lunakkan) suara. Wanita pada zaman jahiliah suka menarik perhatian lelaki dengan membunyikan gelang kaki yang dipakainya. Perbuatan ini haram sebagaimana dalam firman-Nya kerana ia membuatkan lelaki gelisah dengan khayalannya. Perbuatan ini juga menunjukkan wanita itu mempunyai niat buruk sengaja memancing ghairah seksual lelaki.

Untukmu Yang Bernama Hati

Assalamu'alaikum
Apa khabar kamu yang bernama hati?
Masihkah lagi sihat?
Atau mungkin kurang enak dirimu?
Ku harap dirimu kan seceria mentari
Yang sentiasa menyinari alam ini..

Duhai kau yang bernama hati
Jagalah dirimu sebaiknya
Peliharalah dirimu dari anasir-anasir
Yang cuba menggodamu

Duhai kau yang bernama hati
Janganlah mudah kau percaya akan dunia yang penuh racun berbisa
Jangan mudah kau mengalah dan rebah
Dengan dunia yang berselirat kehitamannya
Kuatkan dirimu,kentalkan jiwamu dan perangilah nafsumu
Duhai hati..
Jadikanlah zikrullah dan ayatullah sebagai benteng dan perisai untumu

Untuk dirimu yang bernama hati
Jangan cepat berundur dan mengalah
Tatkala ujian datang menyergah
Walau kadang dirimu ingin rebah
Kadang terduduk menangis pilu
Bangkitlah wahai hati..
Ingatlah bahawa Dia sedang mengujimu
Itu tandanya dirimu masih disayangi oleh-Nya

Duhai hati yang kusayangi
Tolong sentiasa ingatkan dirimu
Usah terlalu mengejar cinta manusia
Yang tiada bertepi
Kerna ia hanya akan memberi luka dihati
Usah kau meraih cinta manusia
Jika ia hanya menyinggah menyapa
Jangan terlalu mengejar cintanya
Kerana belum tentu dia menjadi milikmu
Cukup sekadar cintai dalam diam
Cukup sekadar dari kejauhan
Jika benar dia tercipta untukmu
Kau tetap akan bersatu

Duhai hati yang kusayangi
Tetapkanlah dirimu, luruskanlah dirimu
Jangan mudah tersungkur
Dari cubaaan yang seringkali ingin menyimpangkan dirimu
Tiupkan semangat jiwamu
Tepislah segala anasir yang cuba menghampiri menggodamu

Pesanan untukmu wahai hati
Walau bagaimana berat sekalipun dirimu diuji
Walau badai suntiasa menghampirimu
Walau apapun kisah yang akan terlukis
Jangan biarkan kelongsang jasadmu
Sepi dan sunyi tanpa cinta-Nya
Semailah haruman kasihmu kepada-Nya
Moga cinta-Nya kan menghiasi mewarnai
Dirimu yang bernama hati

Untukmu perhatian hati
Terangilah dirimu dengan cahaya cinta dari-Nya
Kejarlah kasih cinta sejati-Nya
Raihlah cinta-Nya abadi lagi hakiki
Untuk selamanya..

DUA PILIHAN JE!!

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

ingatlah ada dua pilihan terbentang

PERTAMA...

kamu jadi seperti KELAPA...

mudah diperoleh..

diparut...diperah..

dan diambil santannya...

lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...

Kamu menjadi sebutir MUTIARA..

berada di dasar lautan...

tersimpan rapi..

dilindungi kulit...

bukan senang nak lihat..

apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah ...

berusaha menyelami dasar lautan...

dapat memperolehnya..

harganya mahal sekali..

dan ia akan tersimpan selamanya..

jadi..

kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..

menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..

dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..

pulut panggang sisi habis ditelan..

dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...

tertanam di dasar paling dalam...

sukar andai mengharap jadi perhatian..

kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..

namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi PERMATA HIASAN..

terletak tinggi di cincin idaman..

atau di leher nan jinjang..

atau di lengan menawan..

makin lama MUTIARA tertanam..

makin tinggi nilainya..

oleh itu...

pilihlah sendiri...

menjadi SANTAN..

mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan...

kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

menjadi MUTIARA..

sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis rupawan..

hilang ia..

tangisan mengiringi zaman..



* sekadar perkongsian dan renungan buat kaum hawa..

Friday, July 29, 2011

Qalb...

Bila hati keras seperti kerasnya batu-batu,
padahal antara batu-batu itu
sungguh ada yang mengalir sungai daripadanya..
Antaranya,ada yang terbelah
lalu keluarlah mata air daripadanya..
Sungguh ada yang meluncur jatuh..
Kerana TAKUT kepda Allah..."


Batu itu diimplikasikan sebagai hati manusia yang keras
Tapi,dengan kehadiran air(diibaratkan sebagai iman)
batu akan menjadi lembut...
Hati akan lembut dalam menerima kehadiran iman dalam hati...
jika kita selalu menyucikan hati....dengan "air"(iman)
Hati yang keras boleh dilembutkan dengan iman yang tegar
Namun,jika kita tetap dengan ego dan terus menafikan iman dan
tidak mahu menerima pelembut hati,hati kan makin keras....

Thursday, July 28, 2011

❤❤ jodoh terbaik ❤❤

Masalah jodoh dan masa depan memang tidak dapat tidak pasti bermain-main dalam fikiran. Siapa pun yang bernama manusia pasti mengharapkan yang terbaik dalam kehidupannya, begitu juga dengan pasangan hidup.Namun tahukan kita bagaimana caranya untuk menDEKATkan JODOH yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt di lauh mahfuz? Persoalan ini penting kerana selain berdoa kita juga di tuntut untuk berusaha. Di dalam sebuah majalah Islam ada menyatakan cara bagaimana untuk mendekatkan diri kita kepada jodoh kita. Antaranya adalah;1. Berdoa dengan bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat.Doa kita akan dikabulkan oleh Allah swt apabila kita berdoa sesuai dengan ketentuanNya sebagaimana yang diperintahkan Allah swt serta yang dicontohkan oleh Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw "Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas daripada salah satu dari tiga perkara iaitu adakalanya diampuni dosanya, adakalanya diberikan kebaikan segera (dikabulkan permintaanya) dan adakala ditunda pengabulannya." (HR Ad Dailami)2. Amati orang di sekitar anda.Semua orang mempunyai jodoh yang dijanjikan Allah. Lumrahnya, kebanyakkan jodoh kita terdiri daripada orang yang tidak jauh daripada kita. Namun, masih ada kemungkinan seseorang itu berjumpa dengan orang yang jauh, seperti orang Malaysia bertemu dengan orang Indonesia ;).3. Tidak mudah patah semangatRasulullah saw pernah bersabda "Allah benci kepada orang yang patah semangat tetapi syaitan sukakannya." Kebanyakkan, orang yang berputus asa dalam memiliki jodoh mula membuat oelbagai tanggapan tentang jodoh. Tanggapan negatif yang sering bermain-main di fikiran hanya menyebabkan semakin sulit bertemu jodoh.4. Mengisi hati dengan ibadahFirman Allah swt "Orang yang memelihara solatnya, mereka itulah orang yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal didalamnya" (Surah Al Mukmin: 9-11)5. Menyayangi semua orang di sekitarSabda Rasulullah saw yang bermaksud "Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Sebarkanlah salam diantara kamu." (HR Muslim)6. Sentiasa bersedia bertemu pasangan pada bila-bila masaTanggapan pertama itu sangat penting. kerana itu persiapkanlah diri anda dalam keadaan sentiasa rapi dan kemas, bersih, harum dan ceria walau dimana jua anda berada. Kerana tidak menolak kemungkinan di suatu tempat yag kita pergi menjadi tempat pertemuan pertama kita dengan bakal pasangan kita.7. Menyucikan diriHati yang bersih akan memancarkan sinar ketulusan di wajah seseorang menyebabkan seseorang itu sejuk dipandang mata. Maka dengan itu mudahlah orang akan jatuh cinta terhadapnya.8. Cuba melengkapi ciri-ciri lelaki dan wanita idaman.Perbaiki segala kelemahan dan bersyukur serta istiqomah dengan segala kelebihan. cuba sedaya upaya memasukkan sebanyak mungkin sifat-sifat wanita atau lelaki idaman ke dalam diri sendiri. Sebagaimana kita mengimpikan seorang lelaki atau wanita idaman, bakal pasangan kita juga turut mengimpikannya.Mulai sekarang berusahalah untuk mendapatkan jodoh terbaik dari Allah. Jangan sesekali putus asa dan bersangka buruk dengan Allah. Jika sudah bertemu dengan pasangan yang diimpikan maka segerakanlah pernikahan menurut syariat. Maka berhadapan dengan halangan maka bersabarlah kerana setiap kesabaran pasti akan berakhir dengan kemanisan.Uktukum Fillah

Tuesday, July 26, 2011

Apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati?

assalamualaikum..
satu peringatan sebenarnya untuk muslimah-muslimah semua

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..dan selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●
sumber : neighbour page
selamat beramal

Friday, July 22, 2011

11 Golongan yang sentiasa didoa oleh Para Malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci Rasulullah Saw bersabda, “Siapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solatRasulullah Saw bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
http://fc06.deviantart.net/fs26/f/2008/084/8/1/alqu__an__dan_tasbih_by_dulkimso_photography.jpg3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah Saw bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah Saw bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.Rasulullah Saw bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah Saw bersabda, maksudnya:”Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah Saw bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. ‘Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ”Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata \’aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: \”Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: \’Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…”
10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.\”
11. Orang yang menjenguk orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.

Doa menghilangkan stres


http://lh4.ggpht.com/_aRDohTl8XHI/Slgs-yq8D4I/AAAAAAAABUk/UciAmt8ikDA/3%20-%20tawadduk_thumb.jpg?imgmax=800
اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.
Petua Beramal
Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini, seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya.

Tasawuf Mengikut Pandangan Imam Al-Ghazali

Tasawuf

Imam Al Ghazaly dalam bukunya yang berjudul Minhajul Abidin, mengatakan, bahwa Ilmu yang fardlu ain dituntut oleh seorang muslim adalah mencakup 3 hal, yaitu :
  1. Ilmu Tauhid
  2. Ilmu Syariat
  3. Ilmu Sir (Ilmu tentang hati)
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2010/11/sinarhati.jpg?w=271
Dan tidaklah ilmu-ilmu itu semua dituntut untuk tujuan berargumentasi atau memberikan keyakinan kepada orang lain baik yang beragama Islam maupun bukan.
Tetapi ilmu tersebut fardlu ain untuk dituntut, yang berhubungan dengan untuk perubahan diri.
Ilmu Tauhid dan syariat, dikalangan ummat Islam sekarang ini demikian popular untuk dipelajari. Namun jarang sekali orang yang mempelajari dan mengerti mengenai Ilmu Sir (Ilmu tentang hati).
Lantas mungkin kita akan bertanya, untuk apakah belajar Ilmu tentang hati, atau macam manakah ilmu tentang hati tsb?
Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Dalam diri manusia ada segumpal darah. Yang apabila shalih (tidak rusak), maka akan shalih seluruhnya, tetapi apabila buruk maka akan buruk pula seluruhnya, itulah hati”.
Bahkan di hadits lain, Rasulullah SAW mengatakan : ” Sesungguhnya sebuah amal itu bergantung dari niatnya“.
Sungguh, hal-hal ibadah syariat yang kita laksanakan sepanjang hari akan tidak mempunyai nilai, bila tidak disertai niat yang shalih…
Dan letak niat itu adalah di HATI.
Demikian besar fungsi hati, sehingga wajar saja bila Imam Al Ghazaly mengkatagorikan Ilmu ini menjadi ilmu yang fardlu ain untuk dituntut.
Dikajian tasawuf, pembahasan tentang hati merupakan agenda utama. Hal ini sesungguhnya untuk penyelarasan dari Ilmu Tauhid dan Syariat, yang sebelumnya (oleh kebanyakan orang) telah dipelajari.
Dalam sebuah kata-kata hikmah (bagi sebagian ulama ini dikatakan sebagai hadits dari Rasulullah SAW) bahwa : “Man ‘Arofa Nafsahu faqod ‘Arofa Rabbahu“. “Barangsiapa mengenal dirinya (nafsahu) maka ia akan mengenal Tuhannya”.
Sementara Ali. R.A mengatakan bahwa : “Awwaluddina Ma’rifatullah“. “Awalnya beragama adalah mengenal Allah”.
Sehingga dapat dilihat hubungannya, bahwa Mengenal diri (An-Nafs) merupakan awal dari seorang beragama dengan haq.
HATI
Diri manusia dapat dilihat secara indrawi dengan perilaku dan perangai seseorang. Dan seorang berperilaku, seorang berperangai, merupakan cerminan dari HATI-nya.
Sehingga untuk mengenal diri kita, kita harus memulainya dengan mengenal Hati kita sendiri.
Hati itu terdapat 2 jenis :
1. Hati Jasmaniyah
Hati jenis ini bentuknya seperti buah shaunaubar. Hewan memilikinya, bahkan orang yang telah matipun memilikinya.
2. Hati Ruhaniyyah
Hati jenis inilah yang merasa, mengerti, dan mengetahui. Disebut pula hati latifah (yang halus) atau hati robbaniyyah.
Dalam kajian kita, yang dituju dengan kata HATI atau Qalb adalah hati jenis 2, hati Ruhaniyyah.
Karena Hati inilah yang merupakan tempatnya Iman :
“… Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu …” (QS. 49:7)
“…karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu, …”. (QS. 49:14)
“…Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka …” (QS. 58:22)
Bahkan lebih dari itu, dalam sebuah hadits Qudsi dikatakan :
“…Tidak akan cukup untuk-Ku bumi dan langit-Ku tetapi yang cukup bagi-Ku hanyalah hati (qalb) hamba-Ku yang mukmin”.
Catatan : Apakah sebenarnya Iman (mukmin) itu ?
Maka dengan hatilah, seseorang dapat merasakan iman. Dengan hatilah seorang hamba dapat mengenal Rabb-nya.
Sebelum kita beranjak jauh tentang hati, ada beberapa hal yang nantinya bersangkut paut dengan hati dan perlu kita jelaskan terlebih dahulu.
Kebanyakan orang hanya mengerti bahwa manusia itu hanya terdiri jasad dan ruh. Mereka tidak mengerti bahwa sesungguhnya manusia terdiri dari tiga unsur, yaitu : jasad, jiwa dan ruh.
Banyak orang yang tidak mengerti tentang Jiwa ini. Bahkan dalam bukunya Al Ihya Ulumuddin Bab Ajaibul Qulub, Imam Al Ghazaly mengatakan, “bahkan ulama -ulama yang masyhur sekarang ini (zaman Imam Al Ghazaly : red) banyak yang tidak mengerti hal ini”. Itu pada zaman Imam Al Ghazaly. Berapa ratus tahun yang lalu. Apatah lagi sekarang?
Kebanyakan orang rancu pengertiannya antara Jiwa dengan Ruh. Padahal jelas-jelas dalam Al Qur’an, Allah membedakan penggunaan kata Ar-Ruh (Ruh) dengan An-Nafs (Jiwa).
JASAD
Jasad adalah anggota tubuh dari manusia. Seperti : tangan, kaki, mata, mulut, hidung, telinga, dan lain-lainnya. Bentuk dan keberadaannya dapat diindera oleh manusia. Hewanpun dapat menginderanya.
Dari jasad inilah, timbulnya kecenderungan dan keinginan yang disebut SYAHWAT. Seperti yang disebutkan dalam Al Qur’an :
“Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada syahwat, yaitu : wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik”. (QS Ali Imran : 14)
JIWA (An Nafs)
An-Nafs dalam kebanyakan terjemahan ke dalam bahasa Indonesia, diartikan dengan Jiwa atau diri. Padahal sesungguhnya An-Nafs ini menunjuk kepada dua maksud, yaitu : hawa nafsu dan hakikat dari manusia itu sendiri (diri manusia).
1. Hawa Nafsu
Nafsu yang mengarah kepada sifat-sifat tercela pada manusia. Yang akan menyesatkan dan menjauh dari Allah. Inilah yang oleh Rasulullah SAW dalam hadits yang diriwayatkan Al Baihaqi dari Ibnu Abbas :
“Musuhmu yang terbesar adalah nafsumu yang berada diantara kedua lambungmu”.
“Dan aku tidaklah membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk”. (QS Yusuf : 53)
“… dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah…”. (QS Shaad : 26)
2. Diri Manusia
Diri manusia ini apabila tenang, jauh dari goncangan disebabkan pengaruh hawa nafsu dan syahwat, dinamakan Nafsu Muthmainnah.
“Hai jiwa yang tenang (nafsu muthmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu, merasa senang (kepada Tuhan) dan (Tuhan) merasa senang kepadanya”. (QS Al Fajr : 27-28)
Namun diri manusia yang tidak sempurna ketenangannya, yang mencela ketika teledor dari menyembah Tuhan, disebut Nafsu Lawwamah.
“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat mencela kejahatan (Nafsu Lawwamah)”. (QS Al Qiyamah : 2)
RUH (Ar Ruh)
Perkataan Ruh, mempunyai dua arah. Sebagai nyawa dan sebagai suatu yang halus dari manusia.
1. Nyawa
Pemberi nyawa bagi tubuh. Ibarat sebuah lampu yang menerangi ruangan. Ruh adalah lampu, ruangan adalah tubuh. Mana yang terkena cahaya lampu akan terlihat. Mana yang terkena ruh akan hidup.
2. Yang Halus dari Manusia
Sesuatu yang merasa, mengerti dan mengetahui. Hal ini yang berhubungan dengan hati yang halus atau hati ruhaniyah.
Dalam Al Qur’an, Allah SWT menggunakan kata Ruh dengan kata Ruhul Amin, Ruhul Awwal, dan Ruhul Qudus.
Adapun maksud-maksud dari kata tersebut merujuk kepada keterangan yang berbeda-beda yaitu :
1. Ruhul Amin
Yang dimaksud dengan ini adalah malaikat Jibril.
“Dan sesungguhnya Al Qur’an ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dia dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin”. (QS Asy-Syu’araa’ : 192-193)
2. Ruhul Awwal
Yang dimaksud dengan ini adalah nyawa atau sukma manusia.
3. Ruhul Qudus
Yang dimaksudkan dengan ini bukanlah malaikat Jibril, tetapi ruh yang datang dari Allah, yang menguatkan, menjadi petunjuk serta kabar gembira bagi orang-orang yang beriman.
Katakanlah : “Ruhul Qudus menurunkan Al Qur’an itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan hati orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. (QS An Nahl : 102)
“… dan telah Kami berikan bukti-bukti kebenaran kepada Isa putra Maryam dan Kami memperkuatnya dengan Ruhul Qudus… “. (QS Al Baqarah :87)
“…Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan ruh yang datang dari pada-Nya…”. (QS Al Mujadillah : 22)
Setelah kita mengetahui definisi-definisi atau penjelasan mengenai jasad, jiwa, dan ruh mungkin kita akan bertanya, lalu apa manfaatnya?
TENTARA HATI
Hati itu bagi seorang manusia, bagaikan raja dengan tentara-tentara berupa tentara zahir dan tentara bathin.
Ketika seorang berada dalam ancaman bahaya, maka orang tersebut untuk menolak atau melawan bahaya, memerlukan dua tentara tsb.
Tentara batin : yaitu marah untuk melawan ancaman bahaya, tentara Zahir : yaitu tangan dan kaki untuk mengeluarkan langkah-langkah perlawanan.
Demikian pula ketika seorang akan makan. Ia memerlukan dua tentara tsb.
Tentara batin : Syahwat untuk makan, tentara zahir : tangan dan kaki untuk mengambil makanan.
Seorang sedang lapar bagaimanapun, bila hatinya mendiamkan syahwat (keinginan jasad) untuk makan dan tidak memerintahkan tangan dan kaki untuk mengambil makan, maka ia tidak akan melakukan pekerjaan makan.
Untuk itulah dikatakan HATI adalah Raja, bagi seluruh tubuh dan diri manusia.
Sehingga perna penting Raja untuk mengarahkan kemana tubuh dan diri berjalan, sangat menentukan sekali.
HATI DI TIGA PERSIMPANGAN
Sesungguhnya Hati yang merupakan Raja ini, berada pada 3 persimpangan. seperti gambar dibawah ini :
hati-3jalan.gif
Hati berada dalam pengaruh Jasad (Syahwat), Hawa Nafsu, dan Nafsu Muthmainnah.
Seorang manusia, yang membiarkan hatinya berada dalam dominasi Syahwat dan Hawa Nafsunya, maka akan menjadi orang yang tersesat. Yang lambat laun bisa tergelincir menjadi orang yang dimurkai Allah.
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran (QS. 45:23)”
Hawa Nafsu itu melingkupi segala aspek. Tidak diperbolehkan kita mengikuti hawa nafsu, dalam BERAGAMA sekalipun.
Banyak para aktivis dakwah, demikian bersemangatnya dalam berdakwah kadang kala terlena, tidak menyadari kalau dalam mengatur strategi dakwah, telah ditunggangi oleh Hawa Nafsunya.
Banyak pula para alim-ulama, yang demikian bangga terhadap ilmu yang dipelajarinya, sehingga merasa pendapatnya adalah pendapat yang paling benar, dan selainnya (selain golongannya) adalah pendapat yang salah.
Tidak disadari bahwa Hawa Nafsu telah merasuk dalam kemurnian beragamanya.
Dan kalaulah kita dapat keluar dari dominasi Hawa Nafsu dan Syahwat ini, maka Allah menjanjikan :
Dan sesungguhnya kalau Kami perintahkan kepada mereka : “Bunuhlah dirimu atau keluarlah kamu dari kampungmu”, niscaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sebagian kecil dari mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan (iman mereka). (QS. 4:66)
Apakah dalam ayat diatas, maksud bunuh diri adalah mengambil pisau lalu menghujamkannya ke perut? Atau mengambil racun lalu meminumnya?
Bukan !
Inilah kesalahan yang dapat terjadi bila kita tidak mengetahui arti yang sesungguhnya dari kata An-Nafs tersebut.
Dalam ayat ini dalam Arabnya dipergunkan kata Anfus (Jamak dari An-Nafs).
Bila Al Qur’an menggunakan An-Nafs dalam bentuk jamak, ini sesungguhnya merefer kepada Jiwa-jiwa yang banyak. Yaitu Hawa Nafsu. Karena bentuk Hawa Nafsu itu banyak. Seperti marah, sombong, ria, ujub, ingin dihormati, dsb.
Namun bila An-Nafs ini dalam bentuk tunggal, maka sesungguhnya ia merefer kepada Jiwa yang tunggal yaitu Nafsu Muthmainnah. Karena memang Nafsu Muthmainnah ini tunggal. Dan ini merupakan Hakikat diri manusia.
Jadi, bunuhlah dirimu dalam ayat ini, sesungguhnya mempunyai maksud : Keluar dari Dominasi Hawa Nafsu.
Keluar dari kampungmu dalam ayat ini, sesungguhnya mempunyai maksud : keluar dari kampung si Jiwa, yaitu Jasad. Atau keluar dari dominasi Syahwat.
Sehingga, bila seorang dapat keluar dari dominasi Hawa Nafsu dan Syahwatnya, sesungguhnya Allah akan menguatkan iman mereka.
Namun… Sangat sedikit sekali yang mau melaksanakan ini.
Hawa Nafsu dan Syahwat ini bukan dibunuh dan dihilangkan. Tetapi dikontrol oleh Nafsu Muthmainnah.
Ada saatnya hawa nafsu dan syahwat dikeluarkan, dan saat lain kembali dikekang.
“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. (QS. 79:40) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya). (QS. 79:41)”
Kesalahpahaman pengartian An-Nafs juga berimplikasi kepada penafsiran yang kadang kala kurang tepat pada ayat-ayat seperti dibawah :
“… Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. … (QS. 4:95)”
Banyak orang sering langsung mengarah kepada ayat-ayat sejenis diatas, berjihad dengan harta dan Jiwa (An-Nafs) adalah merupakan perang fisik.
Apakah memang demikian? Apakah Islam harus selalu perang sementara Islam adalah sebuah agama yang damai?
Memang betul, dalam kondisi yang mewajibkan kita berperang ayat ini merupakan perintah pula untuk berperang.
Namun dalam kondisi damai ada yang lebih berat dibandingkan dengan perang fisik, yaitu berjihad melawan syahwat dan hawa nafsu.
Setelah melakukan perang dan akan memasuki bulan Ramadhan, Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat :
“Kita kembali dari jihad kecil kepada perjuangan besar”. (Hadits riwayat Al Baihaqy dan Jabir, dalam hadits ini ada sanad yang lemah).
Terlepas dari ke-dhoifan hadits diatas logikanya seperti ini : Seorang manusia yang telah dapat melepaskan hatinya dari takut kehilangan harta, keluarga, jabatan, dsb, hanya seorang yang telah mampu melawan syahwat dan hawa nafsunya.
Kalaulah kita temukan orang yang seperti ini, niscaya dia tidak takut lagi mati. Niscaya dia tidak akan pernah mengelak dari perintah untuk berperang, bila kondisinya mewajibkannya untuk berperang.
Tetapi orang yang hatinya masih takut kehilangan harta, pekerjaan, keluarga, jabatan, dsb. ia akan takut mati. Peperangan adalah sebuah hal yang sangat berat baginya.
Artinya, dalam logika sederhana tersebut, akan tergambar, kalaupun hadits tsb dhoif dari sanadnya, namun secara ilmiah hal itu dapat dibenarkan dan secara mathan, tidak ada ayat Al Qur’an yang bertentangan dengannya.
Dalam bahasan saya diatas, saya juga mencoba menunjukkan, bahwa tasawuf yang bagi sebagian orang diidentikkan sebagai pola pendekatan Islam yang mengabaikan perintah untuk berperang adalah kurang tepat.
Berperang adalah suatu kewajiban apabila kondisinya mewajibkan untuk melakukannya. Namun bila masa damai bukan lantas mencari-cari supaya ada perang! Tetapi melakukan jihad yang lebih berat, yaitu melawan Hawa Nafsu dan Syahwat.
Dan Allah menjanjikan bagi mereka yang mampu melawan Hawa Nafsu dan Syahwatnya ini dengan menguatkan iman dan surga sebagai tempat tinggalnya.
Semoga kita termasuk kedalam golongan orang yang dikuatkan Allah untuk melawan dominasi syahwat dan hawa nafsu yang ada dalam diri kita.
NAFSU MUTHMAINNAH
Seorang yang hatinya telah didominasi oleh Nafsu Muthmainnah, bukan lagi oleh syahwat atau hawa nafsu, maka Nafsu Muthmainnah menjadi Imam bagi seluruh tubuh dan dirinya.
Dan seperti dikatakan dalam penjelasan sebelumnya, sesungguhnya Nafsu Muthmainnah inilah yang disebut Jati Diri manusia itu. Hakikat dari manusia itu.
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa (An-Nafs) mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu”. Mereka menjawab:”Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan:”Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”. (QS. 7:172)
Siapakah yang berjanji dalam ayat diatas ? Apakah kita pernah merasa berjanji?
Yang berjanji seperti disebutkan di ayat diatas, bukanlah ruh. Tetapi Jiwa yang tunggal, Nafsu Muthmainnah.
Namun kemana Nafsu Muthmainnah kita sekarang?
Sejak kita dilahirkan ke bumi, berapa puluh tahun yang lalu, sudah berapa banyak kita membiarkan hati kita di dominasi Syahwat dan Hawa Nafsu?
Pada dasarnya, Jiwa (Nafsu Muthmainnah) kita ini seperti juga jasad. Jasad membutuhkan makan, demikian pula dengan Jiwa.
Jasad membutuhkan makanan berupa : karbohidrat, vitamin, mineral, protein, dsb. Jiwa juga membutuhkan makanan, seperti : shalat, dzikir, puasa, dsb.
Dalam sehari orang pada umumnya jasadnya membutuhkan makan 3 kali, dengan kadar karbohidrat, vitamin, mineral, protein tertentu. Apabila ini tidak terpenuhi maka akan sakit, bahkan mati.
Demikian pula jiwa.
Dalam sehari Allah telah menetukan makanan minimalnya :
————————————————————————————
MAKANAN JUMLAH KADAR (misal)
————————————————————————————
Subuh 2 Rakaat 200
Dzuhur 4 Rakaat 400
Ashar 4 Rakaat 400
Maghrib 3 Rakaat 300
Isya 4 Rakaat 400
————————————————————————————
Total 17 Rakaat 1700
————————————————————————————
Dalam sehari Allah mempersyaratkan minimal 1700 nilai (misal untuk memudahkan deskripsi) bagi jiwa kita.
Namun ketika subuh kita sholat sambil mengantuk, mungkin nilainya hanya 50.
Dzuhur selagi masih banyak perkerjaan, nilainya mungkin 20. Ashar Sudah hampir pulang bekerja, nilainya mungkin 40. Maghrib sudah sampai rumah tapi masih capek, mungkin nilainya 60. Isya bisa konsentrasi dengan baik mungkin nilainya 400.
Namun dalm sehari itu total yang dikonsumsikan oleh Jiwa hanya 570. Jauh dari nilai minimal 1700. Dan selama puluhan tahun hidup tahun ini, sepanjang hari kita kurang dalam memberikan konsumsi pada Jiwa.
Apa yang terjadi? Jiwa kita sakit. Nafsu muthmainnah sakit. Mungkin sekarang ia lumpuh, buta, tuli, dan bisu, atau mungkin mati !
Itulah yang dikatakan Allah
Mereka tuli, bisu, dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar), (QS. 2:18)
maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (QS. 22:46)
Hati adalah tempat dari Nafsu Muthmainnah. Ketika Nafsu Muthmainnah yang dominan terhadap hati, maka hati itu adalah si Nafsu Muthmainnah.
Kita tidak menyadari, bahwa dengan perjalanan hidup kita selama sekian puluh tahun, dengan memberikan konsumsi makanan yang kurang terhadap Jiwa kita dan membiarkan terdominasi oleh Hawa Nafsu dan Syahwat, Jiwa (hati) kita menjadi lumpuh, buta, tuli, bisu, bahkan mungkin mati.
Jiwa (hati) kita menjadi sakit. Sehingga lupa terhadap perjanjian yang pernah diucapkan pada Allah seperti dalam QS 7:172.
JIWA YANG SEHAT
Ada orang-orang yang berhasil dalam pelaksanaan agamanya, menghidupkan dan menyehatkan kembali Jiwa (Nafsul Muthmainnah) nya.
Sehingga hatinya di dominasi oleh Nafsul Muthmainnahnya. Jiwa yang sekarang ini abstrak/ghaib (tidak terindera) oleh kita, apabila telah hidup, telah sehat, maka matanya akan melihat, telinganya akan mendengar, mulutnya dapat berkata-kata.
Jiwa apa bila melihat maka ia akan melihat sesuai dengan dimensi keghaibannya. Inilah yang dalam terminologi tasawuf dikatakan Mukasyafah.
Jadi bukanlah suatu hal yang aneh dikalangan para pejalan tasawuf yang lurus, dapat melihat jin, malaikat, jiwa-jiwa manusia yang telah mati, dan lain sebagainya yang menurut pandangan kita adalah sesuatu yang ghaib.
Karena sesungguhnya bukan mata inderawi (jasad) lah yang melihat tetapi mata si Jiwa yang ada didalam dada.
Dan sehatnya Jiwa Muthmainnah inilah, salah satu paramater seorang telah beriman dengan benar.

Thursday, July 21, 2011

Apakah Aku Sedang Diuji?

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Tangisan dek dugaan dari Allah SWT
Ya Tuhan, apakah aku sedang Kau uji?
Suatu hakikat yang mesti jangan terlupus di minda walau sesaat cuma, ujian dari ALLAh SWT akan tetap ada sehinggalah manusia masuk ke dalam liang lahad sekalipun.
Jika anda merasakan anda sedang diuji, maka ingat jugalah bahawasanya manusia lain yang berjuta-juta diluar sana juga turut diuji oleh Tuhan yang sama dengan cara ujian yang berbeza.
Dan satu perkara yang saya yakin dan berpegang dengannya, ujian dari ALLAh itu adalah tanda sayang dan tanda untuk menjadikan manusia menjadi manusia yang lebih baik dan tegar menghadapi dugaan demi dugaan yang mendatang.
InshaALLAh, saya yakin. Dugaan itu bukan tanda bencinya Tuhanmu!

Rintihan Jiwa Yang Diuji
Ada manusia apabila berhadapan dengan dugaan yang agak besar, maka dirinya mula merasakan dunia ini kelam. Seakan-akan tiada baginya harapan untuk membentuk masa depannya lagi. Merasakan dirinya dikelilingi oleh kesepian dan kegelapan belaka meskipun dirinya berada ditengah keramaian.
Dan ada pula yang kehilangan momentum dalam beribadah.
Kalau dulu, ketika ALLAh masih meminjamkan nikmat, maka dirinya rajin beribadah. Tetapi, bila ALLAh uji dengan sedikit dugaan, maka ibadahnya hilang entah ke mana. Mula membelakangkan Tuhan lantaran merasa ALLAh tidak sayang padanya dek kerana ujian yang didatangkan.
Hidup ini, sebolehnya kita tidak mahu menjadi futur. Na’udzubillah.
Sekiranya diri sendiri sudah malas sebaik sahaja menerima ujian yang saya percaya, ujian itu tidak sebesar ujian para Nabi pun anda sudah kehilangan rasa kemanisan dalam beribadah, maka adalah lebih baik anda memeriksa hati dan jiwa anda.
Untuk apa anda hidup? Untuk siapa anda hidup?
Hidup untuk dunia atau hidup untuk akhirat.
Saya percaya, ujian boleh datang dari pelbagai arah. Hatta dalam sekecil-kecil perkara pun. Ujian ALLAh penuh variasi. Tidak hanya pada satu arah. Dalam persahabatan juga sering diuji, dalam penggunaan lisan juga sering diuji, dalam memperbaiki akhlak juga sering diuji.
Mungkin anda akan berkata, saya hanya tahu menulis di dalam rumah maya ini. Tapi bukannya saya tahu perasaan anda yang menderita dek ujian. Itu hak anda untuk berkata seperti itu, tapi jangan lupa duhai sahabat, semua manusia mempunyai ujian yang berbeza-beza.
Tak mengapa. Saya tersenyum di sini.
Cari Kekuatan Pada Diri Sendiri
Cuba lihat kebesaran dan kasih-sayang ALLAh yang ada pada diri sendiri. Subhanallah~!
Longlai dan terjatuh kerana masalah? Anda pernah? Maka saya juga begitu. Tapi pengalaman lalu mengajar diri sendiri untuk tidak kalah pada masalah dunia yang tidak kekal. Kadang-kadang, manusia tahu dan yakin bahawa setiap masalah ada penyelesaian. Tetapi kebanyakan manusia sudah lemah sebelum berjaya menyelesaikan masalah.
Kasihan pada jasad, kan.
Sahabat, pernah tidak tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa hati dan jiwa sangat rapuh apabila menerima ujian dari ALLAh SWT?
Saya pernah bertanya soalan itu kepada seorang yang saya hormati, moga hidupnya dirahmati, inshaALLAh. Dan jawapan yang beliau berikan kepada saya masa tu sangat mengetuk jiwa. Dihadapannya juga saya menitiskan airmata. Airmata yang sangat ego untuk jatuh dihadapan manusia akhirnya menjadi murah pada ketika itu.
Diakhir pertemuan sebelum berpisah, beliau berpesan..
“Jangan sesekali beri peluang kepada syaitan untuk membiarkan kamu merasa besar dihadapan ALLAh Rabbul ‘Alamin. Kalau ALLAh nak binasakan kita, tak payah tunggu masa kiamat.. Saat ni pun ALLAh boleh buat..”
MashaAllah. Astaghfirullah~
Merasa sendiri tika menerima ujian dari ALLAh? Sepatutnya anda memulakan langkah untuk mendekatkan diri kepada ALLAh SWT. Bukan menyendiri dan menghindar dari manusia lain.
..ALLAh SWT itu sesuai dengan sangkaan hamba-Nya.. – Hadis Qudsi
Anda Pemberi Motivasi Kepada Diri Sendiri
Selain mengubati jiwa dengan mentadabburi Al-Quran dan Sunnah. Berilah motivasi kepada diri sendiri. Hidup ini, tidak boleh selalu menunggu orang lain untuk memberikan motivasi kepada diri anda.
Motivasi yang sangat hebat daripada seorang pakar motivasi sekalipun, jika diri anda sendiri yang tidak mahu memotivasi diri anda, maka kata-kata semangat dan motivasi yang diberikan oleh pakar tidak akan berkesan kepada anda. Anda akan biarkan ia seperti angin yang berlalu.
Salah satu kunci motivasi yang besar : KEYAKINAN KEPADA ALLAh!
Jika keyakinan itu lemah, maka lemahlah anda berhadapan dengan ujian. Believe me.
Kata orang, hidup di dunia ini hanya sekali, dan itu adalah fakta. Maka, sebolehnya, buatlah yang terbaik dengan kemampuan diri sendiri. Jika merasakan dunia ini kelam, maka yakinkanlah diri sendiri, bahawa syurga disana penuh berseri dengan keindahan yang tidak akan terbayang dek akal.
Kita sama-sama hidup di dunia. Kita sama-sama seorang manusia. Kita sama-sama hamba ALLAh. Kita sama-sama ummat Muhammad Rasulullah. Kita sama-sama menuju destinasi yang sama. Maka, mengapa kita tidak dapat memperolehi kekuatan yang sama seperti kekuatan orang-orang hebat dipandangan ALLAh?
Saya ini, cuma hamba ALLAh yang biasa. Benar-benar biasa. Tapi, seharusnya, kita punya cita-cita dan impian yang luar biasa!
Apa dambaan anda? Syurga? Maka, go for it, sohabat!
Anda sedih? Janganlah sedih. Ada ALLAh sebagai penghibur. InshaAllah.
Cari kekuatan dan akhlak yang baik dalam jiwa kamu yang paling dalam. Ia ada disitu.
Cari diri kamu dalam sujud terakhir yang lama. Diri kamu ada disitu. InshaALLAh.
Semoga ALLAh merahmati.

nukilan:cinta ilahi

Jambatan Kasih Persahabatan

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sahabat, satu dalam seribu.
Keutuhan sesebuah tali persahabatan terjamin dek ketaatan kepada ALLAh.
Persahabatan itu ibarat ingin menyeberang ke seberang untuk pergi ke suatu tempat yang dimana disitu ada ketenangan jiwa dan kebahagiaan. Dan untuk pergi ke seberang itu, seseorang memerlukan alat atau laluan khas untuknya.
Bagi saya, itu adalah jambatan kasih.
Sebuah ‘jambatan’ khas yang akan membolehkan seseorang itu pergi ke suatu tempat. Dan ditempat itu akan beroleh ketenangan dan kebahagiaan dan berjumpa dengan apa yang diingini. Sebuah jambatan yang apabila dijaga dengan baik, maka baiklah kehidupan dan sesebuah tempat itu. Dan apabila jambatan itu tidak dijaga dengan baik, maka terputuslah hubungannya dan tidak dapat menyeberang lagi ke seberang.


Membina Jambatan Kasih Bersama
Sesebuah persahabatan itu, apatah lagi persahabatan yang telah terbina untuk mencari keredhaan ALLAh, tidak akan bahagia dan berjaya apabila sebelah pihak sahaja yang berusaha untuk menyerikan dan menyemai cinta Ilahi. Jika begitu, kejadiannya akan tempang.
Bagi saya, ada dua jenis persahabatan. Pertama, persahabatan yang terbina kerana dunia. Kedua, persahabatan yang terbina kerana dunia, dan juga akhirat.
Persahabatan kerana dunia itu, boleh menjadi persahabatan yang sejati. Tetapi sejatinya, hanya berada di dunia sahaja. Persahabatan yang terjalin hanya untuk dunia. Manakala persahabatan jenis kedua adalah persahabatan yang terjalin di dunia dan berusaha bersama-sama menjaga jambatan kasih untuk digunakan di akhirat sana.
Jambatan Kasih – Ketaatan Sebagai Seorang Hamba.
Dalam sesebuah persahabatan fillah, ada yang menghubungkannya, iaitu ALLAh Ta’ala. Dan jika ada diantara anda mengaku bersahabat kerana ALLAh, maka anda sepatutnya bersama-sama bersama sahabat anda untuk menjaga Haq ALLAh!
Sejauh mana tingkat zikir, ibadah, saling memperingati akan akhirat, saling mengkoreksi diri terhadap ketaatan kepada ALLAh Ta’ala, dan dakwah di jalan-Nya yang memenuhi nuansa persahabatan, maka sejauh itulah eratnya persahabatan dan jalinan cinta yang terjalin diantara kedua-dua individu tersebut.
Manusia yang bersahabat dan saling memperingati serta menjaga dan memperkukuhkan hubungan dengan ALLAh Ta’ala, maka ALLAh Ta’ala pun akan menjaga persahabatan mereka dan mengikat hati-hati mereka dengan Tali-Nya!
MashaAllah. Tabarakallah~
‘Jambatan Kasih’ itu tidak akan berjaya dibina oleh seorang individu andai individu lain yang sepatutnya turut membina dan menjaganya melepaskan tanggungjawabnya dengan begitu sahaja. Apa yang pentingnya adalah, kerjasama diantara kedua-duanya!
Percaya tidak kalau saya katakan, andai seseorang itu hubungannya dengan ALLAh Ta’ala ada masalah. Maka hubungannya juga bermasalah dengan manusia lain, termasuklah sahabatnya.
Persahabatan yang tiada peringatan demi peringatan mengenai hidup dan akhirat, maka akan ada suatu kegersangan disitu. Percaya? Terpulang kepada anda.
Senyum.

Persahabatan Yang Menjadi Gersang
Saya sangat percaya. Hubungan persahabatan yang kering dari makna-makna zikir, ibadah, saling menasihati, memperingati perihal akhirat dan mendorong semangat dakwah, maka kegersangan ukhuwwah akan semakin terasa. Lalu akan timbul pelbagai masalah hati; prasangka. Prasangka yang hanya membawa kesusahan kepada diri masing-masing.
Persahabatan yang gersang akan membuatkan hati bertambah sakit dan cepat bosan. Seterusnya, seseorang itu akan senang kepada benda-benda yang lagho dan tidak menjaga hak persahabatan dan hak ALLAh. Dan perbuatan itu hanya akan membuka pintu kerosakan dan perselisihan. Dan akhirnya terciptalah dosa sebagai dinding pemisah jarak yang hanya akan memburaikan ikatan ukhuwah. Kesan daripada itu, terpisahlah dua sahabat kerana hal yang tidak sepatutnya.
Ada sebuah hadis Rasulullah SAW,
“Tidaklah dua orang yang saling berkasih-sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang diantara keduanya.” – HR. Bukhari & Ahmad
MashaAllah~
Membina jambatan kasih, perlu ada kerjasama, aite?
Perpisahan antara dua sahabat, ataupun masalah yang terjadi sepanjang tempoh tersebut, boleh jadi kerana teguran dari ALLAh Ta’ala. Masa itu, beruntung bagi yang membuka mata hatinya. Dan sangat rugi bagi orang yang apabila telah berpisah dengan sahabat yang pernah disayanginya, maka dia memburuk-burukkan lagi sahabat itu.
Moga-moga, diantara kita, tiada perpisahan yang berlaku. Dan kalau pun ada perpisahan, biarlah perpisahan itu kerana gugurnya salah seorang di medan dakwah.
Subhanallah~
Saya kira, kelebihan hubungan ukhuwah yang terjalin kerana ALLAh adalah kerana didalamnya masing-masing sentiasa mengingatkan mengenai masalah diri dan ummah serta hari akhirat. Dengan cara itu, masing-masing akan terdorong untuk melakukan ketaatan agar dipandang oleh ALLAh dengan pandangan rahmat. Dengan harapan, moga anda dan sahabat anda tidak hanya bersama di dunia.
Malah bersama sehingga di akhirat sana.

Jambatan Cinta Imani Bersama Sahabat
Seorang sahabat yang sudi menerima diri anda seadanya, seseorang yang sentiasa mengingatkan anda dengan hari akhir dunia, seseorang yang mungkin mendoakan anda disetiap akhir solatnya, dan seseorang yang mencintai anda kerana ALLAh memang sangat membahagiakan.
Tetapi kebahagiaan itu tidak akan bertahan seandainya hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha untuk sentiasa memperbaiki diri dan menyerikan persahabatan.
Saya dan anda juga perlu memainkan peranan tersendiri. Kita sama-sama berusaha untuk menjaga apa yang perlu dijaga. Hubungan dengan ALLAh, dengan kedua orang tua, dan InshaAllah, ALLAh juga akan menjaga hubungan kita dengan manusia lain, termasuklah sahabat kita.
Seseorang yang berusaha mencintai seorang sahabat kerana ALLAh, akan membawa ketenteraman dan kedamaian dihati, malah tanpa disedari akan mendorong untuk taat dan mendekatkan diri kepada ALLAh Ta’ala.
Dan persahabatan sebegitu akan bertambah kukuh kecintaannya dengan ketaatan sahabatnya. Tetapi akan berkurang kerana kelalaiannya. Tiada yang mustahil kan.
Sebab, hati manusia ini ALLAh yang pegang. Maka ALLAh berhak ke atasnya!
Setiap cinta di dunia, haruslah dipaksikan kerana cinta ALLAh. Begitu juga dengan persahabatan. InshaAllah, moga perlindungan ALLAh Ta’ala akan bersamanya.
Kata orang, sahabat yang baik adalah apabila anda memandangnya, maka anda teringat kepada ALLAh. Apabila anda mendengar ucapannya, maka hati anda tersentuh mengingati-Nya. Subhanallah~ Bertuah punya sahabat seperti ini.
Jika diizinkan, sahabat seperti itulah yang saya ingin menjadi.
Saya percaya, anda semua yang membaca ini adalah seorang sahabat yang baik. Bertuah sahabat anda punya sahabat seperti anda. Moga anda dan sahabat-sahabat anda diberkati di dunia dan akhirat.
Persahabatan yang dibina kerana ALLAh itu tidak akan pernah sunyi dari dugaan dan ujian. Maka, bersiap siagalah dengan fikiran yang waras dan senjata pertahanan keimanan dihati. Ujian akan datang dengan pelbagai bentuk.
Tidak layak menjadi seorang sahabat yang baik?
Hei. Pssst! Sahabat, janganlah begitu. Saya juga sedang berusaha sebenarnya. Dan tidak salah untuk kita sama-sama berusaha kan? *kenyitmatakepadakamu*
Psst! Jom sama-sama bina Jambatan Kasih Persahabatan! *senyumbahagia*
Semoga ALLAh merahmati.

Memaafkan Tapi Masih Terluka

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Benarkah sudah memaafkan apabila masih memendam rasa terluka?
Maaf. Satu perkataan yang mudah dilafazkan bagi kebanyakan orang.
Terhiris dan terluka dalam perhubungan seharian dengan manusia yang lainnya saya kira semua orang pernah hadapi. Ada yang berselisih faham dengan sahabat sendiri. Ada yang menerima makian daripada orang lain hanya kerana membawa sesuatu yang betul. Ataupun, ada yang terluka kerana ditipu.
Lalu, datanglah orang-orang yang pernah menyakitkan hati itu untuk memohon kemaafan. Walaupun dengan hati yang sakit dan tidak merelakan, perkataan ‘dimaafkan’ itu tetap dilafazkan kepada orang yang memohon maaf tadi. Tapi, maaf itu hanya sekadar perhiasan dibibir tetapi dihati masih memendam rasa terluka sehingga menjauhkan diri dari si dia yang pernah menyakitkan hati.
Nah, adakah itu namanya benar-benar memaafkan?


Apabila Hati Terluka Dek Orang
Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, terluka oleh orang lain adalah salah satu cabang daripada ujian ALLAh Ta’ala. Dan cara disakiti oleh orang lain itu pula dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin pada sindiran, mungkin dengan cara memburukkan atau mengumpat dibelakang, atau macam-macamlah cara yang anda ketahui.
Dan oleh kerana manusia itu juga namanya adalah manusia, sebagai insan biasa, rasa sakit hati itu pastinya hinggap didalam diri. Apabila lama memendam rasa sakit hati, maka dendam pula mengambil alih peranan.
Kadang-kadang, apabila mendapat tahu si A mengumpat anda, rasa sakit itu itu akan serta merta muncul dalam diri. Kenapa? Mungkin rasa dikhianati. Mungkin rasa maruah tercalar.
Baik. Itu perasaan yang normal pada seorang manusia biasa.
Tapi, disaat manusia yang bersalah itu didatangi dengan perasaan berdosa dan datang kepada anda untuk memohon maaf dalam keadaan anda masih memendam rasa sakit hati, maka anda memaafkan kerana tercampak sedikit meluat melihat wajah si pesalah.
Walaupun pada masa itu anda sebenarnya tidaklah memaafkan sepenuh hati.
Adakah itu normal? Bagi saya tidak.
Memaafkan Tapi Masih Terluka
Apabila memberi kemaafan yang datangnya bukan dari jiwa, percayalah.. Dendam itu akan tumbuh meliar dalam jiwa. Dan boleh jadi seseorang yang masih berdendam itu akan melakukan perkara-perkara yang lebih kurang sama dengan orang yang pernah mengaibkan atau menjatuhkan air muka seseorang itu.
Saya kira, apabila seseorang itu kononnya memberi kemaafan tapi masih terluka, maka itu bukanlah memberi kemaafan sebenarnya. Itu hanyalah suatu perisa yang menambahkan lagi dendam anda.
Perlukan masa untuk pulih dari luka itu?
Tiada masalah. Ambillah sebanyak mana masa yang anda mahu. Tetapi jangan cuba berbohong dengan diri sendiri apabila memberikan kemaafan kepada orang lain sedangkan saat itu jiwa anda membara-bara dengan melihat wajahnya. Ingat deh sahabat, orang yang bersalah, apabila datang kepada anda untuk memohon maaf dan anda memberi kemaafan tidak sepenuh hati, maka urusannya dengan anda telah selesai. Selebihnya, urusan anda dengan ALLAh Ta’ala pula.
Sekali lagi, itu bukan memaafkan namanya!
Bagi saya sendiri begini, sekiranya hati anda masih belum reda dengan kejadian yang berlaku dan apabila datang si A yang telah membuat hati anda sakit dan marah untuk memohon maaf sedangkan pada masa itu anda belum boleh memaafkan sepenuhnya, maka berkatalah padanya,
“Berikan saya sedikit masa untuk biarkan hati saya reda dahulu.”
Cara itu adalah lebih baik. Biar berterus-terang. Dan dengan cara itu, hati akan lembut sedikit demi sedikit kerana anda tahu, anda meminta diberikan masa untuk mengubati hati yang sedang sakit dilukai manusia lain. Maka dalam masa itu, anda akan cuba belajar untuk memaafkan.
Jangan menganiayai diri sendiri dan orang lain yang memohon kemaafan daripada anda dengan memberinya ketaatan palsu. Mereka sebahagian daripada diri kita.
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim]
Jangan mudah melafazkan kata memaafkan seandainya hati tidak berkata sedemikian!

Memberi Kemaafan Adalah Jalan Terbaik
Sebenarnya, orang yang benar-benar memberi kemaafan akan terlepas dari dendam dan sakit hati apabila mengenangkan perbuatan orang padanya. Sebaliknya, orang yang memberi kemaafan akan tenang dan merasai kelapangan jiwa. MashaAllah.
Memang, sebagai manusia biasa adakalanya berhadapan dengan kesukaran untuk memaafkan orang lain. Tapi ingatlah, sifat orang yang mudah memaafkan itu adalah akhlah muslim yang terpuji.
Justeru, saya kira orang pemaaflah yang paling kuat. Kenapa?
Sebab, sebenarnya walaupun dia berupaya untuk membalas segala perbuatan orang kepadanya, namun dia mengambil jalan untuk memaafkan dengan berusaha untuk ikhlas kerana ALLAh Ta’ala.
Rasulullah SAW pernah bersabda.
“Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” -HR. Bukhari
Janganlah daripada kita tergolong daripada orang yang berdendam malah ada yang sampai bersumpah untuk tidak memberi sebarang bantuan kepada orang yang bersalah kepada kita sepanjang hidup. Astaghfirullah~
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAh mengampunimu. Dan ALLAh Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – an Nuur : 22
Rasulullah SAW seorang yang pemaaf. Sebab itu Baginda juga menuntut umatnya untuk memaafkan atas kesalahan yang boleh dengan mudah diberikan kemaafan. Aduh! Sungguh malu apabila terkenangkan perjalanan hidup Rasulullah yang bukan saja diumpat, dikatakan gila, malah dibaling batu sehingga luka berdarah. Kalau boleh pada masa itu, boleh saja Baginda meminta kepada ALLAh untuk diturunkan bala seksaan. Malah, Baginda menolak untuk berbuat sedemikian.
MashaAllah. Tabarakallah~
Sekali lagi, memaafkan adalah jalan yang terbaik. Dan, jika belum bersedia untuk memaafkan kerana hati meminta waktu supaya reda, maka katakan terus-terang tentang itu. Jangan memberi kemaafan tatkala masih berdendam. Kerana, ada perhitungan ALLAh Ta’ala untuk itu!
Pssst! Saya tahu anda seorang yang pemaaf dan lembut hati.
Semoga ALLAh merahmati kehidupan anda sekeluarga di dunia dan akhirat. Senyum.
Semoga ALLAh merahmati