Adalah benar jika dikatakan suasananya adalah sama dengan suasana pada malam terakhir BN berkuasa di Pulau Pinang, malam yang menyaksikan ribuan rakyat berkumpul..
Puluhan ribu orang membanjiri ceramah malam terakhir DAP dalam hujan lebat, meskipun ceramah itu cuba dihentikan polis atas alasan "permit yang diberikan hanya untuk aktiviti tertutup". Bagaimanapun, polis gagal berbuat demikian meskipun dengan kehadiran FRU, kerana penduduk yang hadir enggan akur kepada arahan polis.
Emosi hadirin jelas terganggu apabila polis cuba menghentikan ceramah, dan penganjurnya DAP cuba mententeramkan mereka. Kelompok manusia yang hadir semakin bertambah, dari 10 ribu pada mulanya, kepada 30 ribu orang sekarang.
Pemimpin DAP bertanya kepada khalayak ramai sama ada untuk menurut perintah polis agar ceramah dihentikan atau tidak, namun khalayak membalas dengan "tidak". Malah, khalayak ramai menjerit slogan "Ubah" ketika polis cuba menghentikan mereka.

Pada jam kira-kira 8.30 malam, hujan mulai reda. Ceramah yang mengambil tempat di Stutong ini diteruskan, dan penceramah yang bakal tampil termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh, Naib Presiden PKR Nurul Izzah dan lain-lain lagi.
Dalam ucapannya, Karpal Singh menyeru agar pengundi menyokong calon DAP, PKR dan PAS, kerana mereka adalah calon Pakatan Rakyat. Malah, beliau memberi amaran kepada polis agar "jangan main dengan DAP". Kata-katanya disambut dengan sorakan ramai.

Bekas ahli parlimen Kuching, Sim Kwang Yang turut hadir pada malam ini. Sambil berseloroh beliau berkata dirinya cemburu dengan apa yang berlaku pada malam ini, kerana Kuching ketika zaman beliau menyandang jawatan ahli parlimen tidak pernah menyaksikan perhimpunan sebesar ini. Bagaimanapun, beliau berkata pengorbanan pada masa dulu adalah memadai, melihat kepada hasil pada malam ini. Beliau juga menyeru agar pengundi menyokong "anak buah"-nya See Chee How dan Chong Chieng Jen. Seruan beliau dibalas dengan sorakan dan tepukan..
0 comments:
Post a Comment