Assalamualaikum…
Subhanallah.. Subhanallah..subhanallah…
Maha Suci Allah.. Hanya DIA yang tahu!
Sekadar berkongsi rasa & cerita..
Hari ini 12 03 2011. Untuk saya; kira-kira 4 hari sebelum program TaoHiD UMRAH & ZIARAH saya ke Rumah Allah yang dijadualkan 16 03 2011 ini. 4 hari lagi; hari ke 99 bagi kalendar HIJRAH bakal menjelma.. saat ini saya terus pasrah.
Malam Jumaat lalu, selesai majlis bacaan Yassin & tahlil ringkas di IQBC sebelum ibadah umrah 16032011 ini; saya sempat berkongsi pesan & amanat buat semua tetamu yang hadir. Antara kisah dan cerita yang dikongsikan adalah fenomena Perigee yang bakal menjelang beberapa hari lagi yang bertepatan dengan PURNAMA RABIUL AKHIR 1432H. Fenomena Perigee dikatakan dapat memberi kesan kepada DAYA GRAVITI bumi. Ia mempengaruhi KEKUATAN AIR PASANG yang menyebabkan ombak menjadi lebih tinggi dari biasa. Dari catatan dan pemerhatian ahli astronomi, peristiwa GEMPA, LEDAKAN GUNUNG BERAPI & TSUNAMI terjadi pada bumi.
[Perigee merupakan kondisi bulan berada pada titik hampir dengan bumi dalam garis edaran orbitnya. Ia berlaku saban bulan, pun kali ini berada pada TITIK YANG PALING HAMPIR dengan bumi iaitu kira-kira 221,567 BATU.]
Semalam, usai solat Jumaat, saya berkongsi di ruang ‘status’ di FB:
“tepat 1800 jam (75 hari) setelah FENOMENA PERIHELION (kedudukan matahari dekat dengan bumi – berlaku 03012011), bakal berlaku pula FENOMENA PERIGEE (kedudukan bulan paling hampir dengan bumi – 19032011). Energi ALAM bakal meningkat 50% dari biasa.. “
RUPA-RUPANYA, pada masa yang sama ketika catatan itu dibuat; JEPUN DILANDA GEMPA & TSUNAMI!!
[perhatikan gambar di atas... pusaran air ini mengingatkan saya kepada kisah CROPCIRCLE di Indonesia kira-kira 40 hari yang lalu iaitu pada SAFAR yang LALU.. ]
Miskipun perigee belum berlaku pada puncaknya.. kesan (yang dijangkakan berlaku pada bumi) telah muncul. Mungkin ia kebetulan.. mungkin ia tiada kaitan.. Hanya DIA yang Tahu!!
Mungkin ALAM SEDANG BERBICARA.. menyampaikan pesan-pesan untuk kita. Mungkin ada KISAH & PESANAN YANG MAHU DIKISAHKAN & DIPESANKAN bagi mereka yang mahu ambil tahu..
Pesan dari alam di tahun 2011
SAAT ini, ditahun 2011 ini.. “PERINGATAN” dariNya itu seolah jelas pada alam. Peringatan agar kita tidak mengizinkan kealpaan menguasai hingga momentum yang dijana sebelumnya meluntur sehingga DEPOSIT AMALAN menyusut dan berubah menjadi DEPOSIT FUJUR di AKAUN AMALAN TAHUNAN kita.
Kisah MATAHARI
PERINGATAN itu terpampang pada SINAR SURYA yang SAIZNYA lebih BESAR dari biasa akibat kedudukannya YANG HAMPIR DENGAN KITA (bumi). Fenomena ini berlaku 14 hari selepas peralihan musim (21hb Disember) iaitu pada 04hb Januari setiap tahun.
04hb Januari 2011 telah berlakunya “GERHANA MATAHARI”. Ianya juga berlaku di AKHIR MUHARRAM menandakan mulanya bulan SAFAR. Bukankah fenomena GERHANA ini seumpama ISYARAT dari alam untuk sesuatu PERINGATAN!! Dan mungkinkah peringatan itu adalah tentang “6 bulan penuh kemakmuran dan peluang” (juga seumpama perlatihan) sejak 15 SYAABAN waktu pertukaran BUKU CATATAN AMALAN diganti baru telah selesai lalu kini TERPULANGLAH kepada kita bagaimana mahu meneruskannya.
Manakala ISYARAH kedua pula melalui SAIZ MATAHARI yang lebih besar dari biasa akibat kedudukan bumi bergerak menghampiri kepada kedudukannya yang paling hampir dengan Matahari. Kedudukan Bumi paling dekat ini dinamakan Perihelion dan paling jauh dinamakan aphelion. Ketika Perihelion jarak Bumi dari Matahari ialah 147,098,074 km manakala ketika apehelion ialah 152,097,701 km. Perbezaan jarak ini sebanyak 5 juta kilometer menyebabkan saiz ketara Matahari kelihatan berbeza sedikit sebanyak 3.4%. Ketika perihelion saiz ketara diameter Matahari ialah 32.53 arka minit manakala ketika apehelion saiz ketara diameter kecil sedikit iaitu 31.46 arka minit.
Ketika itu, miskipun FENOMENA PERIHELION (kemuncaknya pada 03012011) & FENOMENA GERHANA MATAHARI (berlaku pada 04012011) perubahan cuaca menjadi tidak menentu; disesetengah tempat BANJIR MELANDA.. sesetengahnya pula salji lebat sedang menggila. Mungkin kebetulan.. mungkin PERINGATAN!
Kisah BULAN
Pemerhatian dan kajian ahli-ahli astronomi menyatakan bahawa pada 19032011 ini bakal berlaku FENOMENA PERIGEE yakni saat bulan yang berputar mengelilingi bumi bakal berada pada kedudukan TERDEKATNYA dengan bumi.. Fenomena ini menjadikan BULAN kelihatan 14% lebih besar dari saiz biasanya dan 40% lebih bercahaya dari biasa. Malah, KALI INI ia berlaku semasa BULAN PURNAMA (bulan PENUH!!). Fenomena ini juga dikenali sebagai “SUPERMOON”.
Fenomena ‘SUPERMOON’ SERING DIKAITKAN DENGAN PERUBAHAN CUACA YANG EKSTREM PADA BUMI. Ia sering dikaitkan dengan insiden besar seperti GEMPABUMI, LETUSAN GUNUNG BERAPI dan TSUNAMI. Kali terakhir bulan berada pada kedudukan PERIGEE yang begitu dekat adalah pada 10 01 2005, di mana kira-kira masa yang sama tatkala berlakunya peristiwa GEMPA pada ukuran 9 skala Richter di INDONESIA.
Kitaran bulan mengelilingi bumi melalui laluan orbitnya mempunyai titik jarak terpanjang (aspogee@aspopusat) atau terpendek (perigee@peripusat) disebut sebagai Apsis. Bumi sebagai pusat jisim sistem APSIS pula memiliki GRAVITI. Daya graviti inilah yang mengekalkan BULAN pada orbitnya. Daya graviti bumi dipengaruhi juga oleh MATAHARI dan BULAN.
KETIKA BERPUTAR PADA PAKSINYA, lautan akan berOMBAK. Posisi matahari & bulan (dari bumi) pula menyebabkan daya graviti bumi berubah-ubah lalu menghasilkan situasi AIR PASANG/SURUT. Fenomena APOGEE & PERIGEE (apsis bulan) memberikan kesan terhadap TAHAP PASANG SURUT AIR LAUTAN. Iaitu; apabila jarak bulan berada di posisi terpanjang (jauh) air SURUT RENDAH, manakala pada posisi terpendek (dekat) air PASANG TINGGI.
HARI INI, TATKALA BUMI KIAN MENGHAMPIRI FENOMENA PERIGEE; lihatnya catatan berita CUACA ALAM kala ini. Ada bencana sedang melanda… TSUNAMI & GEMPA MELANDA NEGARA “MATAHARI” TERBIT.
Setakat catatan ini ditulis, jumlah kehilangan nyawa masih sedang memuncak.. Kemusnahan luar-biasa tercatat dalam sejarah hitam kehidupan.. APAKAH INI SEBAHAGIAN TANDA-TANDA KIAMAT??
Astraghfirullah…
Sekadar berkongsi lagi..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim
Secara ringkas, dari hadis ini; pertunjuk KIAMAT adalah:
1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.
Menarik untuk saya KONGSIKAN.. pada catatan di atas.. Saya menyatakan JARAK ANTARA KEDUA FENOMENA MATAHARI (perihelion) & BULAN (perigee) bagi tahun 2011 ini adalah 75 HARI.. Tatkala menyemak PERTUNJUK angka ini di dalam Al FURQAN : surah ke 75 adalah SURAH AL-QIYAMAH (KIAMAT!!!).
Fikir dan renung-renungkan…
Al-Fakir mir hazil
PS:
Dari surah ini, maksud ayat 7,8 & 9 :
[7] Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
[8] Dan bulan hilang cahayanya,
[9] Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama
Sumber : Sahabat blogger
0 comments:
Post a Comment