Pages

Tuesday, March 15, 2011

KISAH TSUNAMI ( LAUTAN) dari ALLAH


Kata Tsunami sering merujuk kepada bencana dari LAUTAN. Di dalam Al-QURAN, Allah menyebut perihal bencana “Tsunami” melalui kalamNya:
وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur – Surah At-Takwiir : 6

At-Takwiir bermaksud MENGGULUNG. Nama surah ini merujuk kepada kata Takwiir yang ditemui pada ayat 1.
إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Tatkala matahari digulung
Kawwara ertinya ‘menjadikan bulat, memadatkan, melipat sesuatu, menggulung’. Kurah adalah bola. Takwir adalah gerakan sesuatu yang melipat dirinya sendiri menjadi bulat.
Adalah sedia maklum bahawa pengetahuan tentang matahari bersifat eksplosif dan ekspansif sudahpun ada sekian lama malah dikatakan sejak ayat ini diturunkan lagi. Ayat ini menceritakan MATAHARI yang digulung iaitu merupakan keterangan mengenai proses terbalik pada sifat asal matahari iaitu mengembang (ekspansif). Kata kuwwirat pada tradisi bangsa Arab merujuk kepada pebuatan ‘menggulungkan tikar’. Dalam konteks ini, saiz tikar yang besar akan mengecil apabila digulung. Fungsi tikar juga menjadi kecil, seolah tidak digunakan lagi. Simboliknya kepada ayat ini, fungsi matahari yang menghasilkan cahaya kian mengecil atau PADAM. Sedangkan kita tahu bahawa adapun sifat matahari adalah terus-menerus meledak. Proses serupa terjadi pada bom hidrogen, iaitu melebur atau meledak sendiri secara terus-menerus. Kalau penciptaan yang meledak sendiri itu sampai pada akhirnya (dipadamkan), maka matahari seolah-olah melipat dirinya sendiri.

Secara ringkasnya, kata kisah MENGGULUNG (surah At-Takwiir) ini merujuk kepada cerita KIAMAT!!!

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Umar, ia mengatakan bahwa Rasulullah SAW telah bersabda ;
“Barangsiapa ingin melihat hari kiamat seolah-olah terpampang didepan matanya, maka hendaklah dia membaca surat at-Takwiir, al-Infithaar dan al-Insyiqaaq“.
HR Ahmad ( II/27 ) [Ahmad ( no. 4805 ), sanadnya hasan ). Hadis ini juga di riwayatkan oleh at-Tirmidzi.

Pada ayat 6 di atas; kata Sajjara, akar dari sujjirat, bererti ‘bergelombang, meluap’, dan bentuk pertamanya, sajara, bererti ‘menyalakan, membakar, mendidihkan’. Kiasan ‘lautan memanas’ mungkin menunjuk kepada gunung-gunung berapi yang meletus dari lautan, atau bahkan kepada bencana kebakaran di lautan akibat tumpahan minyak atau gas secara besar-besaran, atau apa sahaja hal yang biasa digantikan oleh hal yang luar biasa (bencana alam).
Juga, air lautan melambangkan kesejukan dan ketenangan, tapi di sini kita diberitahukan bahawa akan tiba suatu saat di mana lautan akan terbakar atau mendidih iaitu sebagai bencana alam. Air juga sifatnya bersih dan jernih, tapi dari ayat ini bolehlah digambarkan suasana air yang hitam (seumpama asap meluap dari kebakaran) dan kotor.

(masih ingat suasana ketika TSUNAMI di JEPUN??)


Lalu, tatkala melihat imej-imej foto dan video bencana TSUNAMI JEPUN 11032011 ini, saya teringat pesan Rasulullah dari hadis Baginda akan kalam Allah yang menyebut tentang LAUTAN MELUAP-LUAP ini pada SURAH AT-TAKWIIR (menggulung) di atas.
apakah ini TANDA-TANDA KIAMAT???
Saat ini, diri ini takut.. pasrah dengan petunjuk-petunjukNya. Resah dengan kisah dari alam…
Mungkin kebetulan.. mungkin ‘cara lihat’ (tafsiran) saya yang penuh kefakiran lalu halatuju menuju kesilapan.
Mungkin, seperti juga bicara saya sebelumnya.. iaitu perihal JARAK fenomena perihelion (matahari) dan perigee (bulan) bagi tahun 2011 ini sekitar 75 hari yang kebetulan tatkala dirujuk Surah ke 75 adalah surah Al-Qiamah (KIAMAT)… NAMUN, pertunjuk ALLAH ini amat berat untuk saya fikirkan..
Betapa tidak… Tatkala menyemak URUTAN-URUTAN PERISTIWA ALAM ini, saya bertemu ‘MESEJ-MESEJ’ tersembunyi lagi dan lagi!!

Untuk kali ini.. kisah surah At-Takwiir di atas ditemui dalam Al-Quran pada susunan  SURAH KE 81!!

Apa yang 81???

Peristiwa TSUNAMI di JEPUN 11032011 ini adalah TEPAT 81 HARI setelah PERTUNJUK@AMARAN ALLAH yang (rujuk artikel) disajikan oleh ALAM pada 21122010 lalu (15 MUHARRAM – Purnama PERTAMA 1432H). Fenomena-fenomena yang disusun rapi berurutan, dipertontonkan untuk direnungi HIKMAH & PESANANNYA agar insan segera kembali ke hadzratNya dengan penuh keinsafan dan kepasrahan. Kisah HUJAN METEOR, PURNAMA,  GERHANA, BULAN BIRU, SOLSTIS  &  PINTU KAABAH DI BUKA yang berurutan dan bertindih masa kejadiannya MUNGKIN SEBUAH PERTUNJUK dari alam yang merujuk kepada SUATU PERINGATAN agar KEMBALI KEPADA ALLAH!!!
Dan hari ini, setelah 81 HARI catatan tersebut saya rekodkan di pentas ini, ALAM berbicara lagi melalui BENCANA TSUNAMI  (lautan) seperti yang tertulis di SURAH KE 81.
Malah.. setelah disemak; sepanjang 114 surah di dalam Al-Quran, hanya surah At-Takwiir diakhiri dengan KALIMAH “ALLAH”!!!
Seolah menguatkan PESANANNYA agar KEMBALI KEPANGKUAN ALLAH!!!
Allahuakhbar!! Allahuakhbar!!
saat ini, jiwa berlagu sayu..

LabbaiKa Allahumma labbaiK

LabbaiKa laa syarikalaKa labbaiK

Innal hamda wa al-ni’mata

laKa wal-Mulk La syarikalaK!


dari tarikh artikel ini, 2 hari lagi saya bakal ke rumahNya..InsyAllah..
Semoga perjalanan saya selamat..
Semoga “JEMPUTAN” ini istimewa…
Semoga PURNAMA RABIUL AKHIR ini Indah!!

alFakir mir hazil

0 comments:

Post a Comment