Hanya Allah SWT sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Alllah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT untuk merasakan diri-Nya hebat,untuk menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.
Apakah makna riak?
Riak ialah ungkapan atau pekerjaan yang dilakukan dengan niat selain dari mengharapkan keredaan Allah. Membuat sesuatu kerana ingin dipuji atau takut dikeji. Setiap amal dilakukan demi mengharap penghargaan dari makhluk dan bukan Al Khaliq Yang Maha Agung.
Apakah makna ujub?
Ujub ialah suatu perasaan yang menjadikan seseorang itu rasa hairan dengan dirinya. Rasa dirinya amat istimewa lain dari yang lain. Atau dalam istilah kasar Melayu, syok sendiri atau perasan. Akhirnya sifat ini akan menjadikan yang empunya diri terlalu membesar-besarkan diri hingga melupakan hak Allah SWT.
Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh2 ujub dan riak yang telah wujud di zaman moden.
1. BLOG & FOLLOWERS
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dalam kalangan ' blogger '. Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun followers yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan ' followers ' menyebabkan diri mereka terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya ' followers '. Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan ' followers ' atau seronok kerana melihat JUMLAH ' followers ' yang banyak ?
2. ' Like ' di FACEBOOK
Post ' status ' di laman sosial Facebook. Ramai pula yang yang tekan ' like '. Apabila ramai yang ' like', mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas ! Tidak salah untuk berasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai riak dan berbangga dengan diri sendiri.
3. Komen di FACEBOOK
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindak balas yang memberangsangkan pada ' post ' kita di facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.
4. Komen gambar di FACEBOOK
Perkara ini mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak , ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian,mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.
5. Ramainya Kawan / peminat di FACEBOOK
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu,malah jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati !
6. Berdakwah di FACEBOOK
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di facebook. Sebagai orang yang berasa dirinya wajib untuk berdakwah di tengah-tengah rakan facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.
Yang dibimbangkan di sini,apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie !
Jadi, berhati-hatilah dengan hati ! Semoga kita dilindungi Allah drpd penyakit2 hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk berasa ujub mahu pun riak kerana tanpa izin- Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah. ♥
Rasulullah SAW juga telah bersabda: "Sesungguhnya yang paling saya takutkan pada kamu adalah syirik paling kecil" Para sahabat bertanya: "Apa yang dimaksudkan syirik paling kecil itu?" Baginda menjawab: "Riak." Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari semua amal hamba dibalas (hari kiamat): "Datangilah orang yang dulu kamu tunjukkan amal kamu padanya di dunia, lihatlah apakah kamu mendapatkan balasan daripada mereka." (Hadis riwayat Ahmad)
Dipetik daripada ILUVISLAM ♥
0 comments:
Post a Comment