Pages

Sunday, February 20, 2011

Islam, Solat, Saf, dan Revolusi di Mesir


Assalamu’alaikum w.b.t =)

Pernahkah kita terfikir disebalik kebangkitan & kesatuan umat islam di Mesir yang berjaya menjatuhkan pemimpin yang digelar Firaun itu tunggaknya adalah Islam, Solat & Saf ??

Sedarkah kita bahawa tidakkah seluruh penduduk Mesir dari pucuk pimpinan hinggalah rakyatnya adalah dari kalangan bangsa Arab? Adakah hidup mereka aman damai? Segalanya mencukupi? Pemimpin dihormati? Rakyat yang sebangsa didahulukan? Jawapannya pastilah kalian semua ketahui.
Perjuangan di atas dasar bangsa pastilah tidak akan ke mana dan tidak menjanjikan apa-apa.

Rasulullah salallahualaihi wasalam pernah bersabda di dalam sebuah hadith sahih yang bermaksud: “Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah, bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar asobiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar asobiyyah.” (Riwayat Muslim)

Hadith Rasulullah s.a.w di atas membuktikan betapa perjuangan yang hanya di atas dasar asobiyyah (bangsa) tidak akan ke mana, bahkan perjuangan di atas dasar Islam lah yang akan berjaya.

Juga,tidakkah kita sedar bahwa di dalam mencari pasangan juga Islam telah mengajar kita supaya mengutamakan syarat “ beragama” daripada yang lain?


Sebagaman dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah Rasulullah bersabda:
"Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya; janganlah kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit hitam dan cuping telinga berlubang besar yang baik penghayatan agamanya lebih baik dikahwini."


Ini selaras dengan gagasan al-Quran surah al-Baqarah ayat 221, bermaksud:
"Janganlah kamu berkahwin dengan wanita-wanita musyrik sehinggalah mereka beriman. Dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman adalah lebih baik daripada wanita musyrik sekalipun ia menarik hati kamu."

Bagaimanakah pula yang dikatakan bahawa Solat & Saf juga adalah antara tunggak utama dalam revolusi di Mesir ini? Apakah kepentingan dan keajaiban saf dan bagaimanakah gambaran saf yang sebenar?

Nabi s.a.w membetulkan saf sebelum Qamat. Rapatkan saf dengan merapatkan bahu dan samakan tumit kaki. Tidak perlu merapatkan kaki, hanya perlu samakan tumit iaitu belakang kaki.
  • “Rapatkanlah saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan ratakan bahu-bahu.”  (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)
Rapat Saf, rapat perpaduan

Rapatkan saf, nescaya ALLAH akan betulkan hati sesama kamu (mencetuskan perpaduan). Walaupun benda ini nampak kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Ghazali, Bidayatul Hidayah).



  • Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata :
“Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)
Allah terima sembahyang yang sempurna safnya.

Berikan penghormatan kepada Allah, secara zahirnya dengan meluruskan dan merapatkan saf sepertimana askar memberi penghormatan kepada ketuanya yang memeriksa perbarisan.

Syaitan tidak masuk saf yang rapat

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.”   (Diriwayatkan oleh Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97)

Saf yang rapat tidak dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Begitu juga rumah yang dibaca Bismillah sebelum ditutup pintu (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak masuk), atau makanan yang ditutup dan dibaca Bismillah.

Itulah bukti-bukti bahawa betapa Islam, Solat dan Saf adalah tonggak terpenting dalam menyatukan hati-hati rakyat Mesir seluruhnya dalam menjayakan usaha mereka menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh seorang pimpinan yang digelar Firaun itu.

Marilah sama-sama kita mengamalkan dan saling ingat-mengingati betapa pentingnya teguh hati dalam Islam, Solat dan Saf untuk mengeratkan ukhuwah kita dalam menjalani baki-baki umur kita di dunia ini.

Juga, marlah kita sama-sama berdo’a sebagaimana do’a Nabi Ibrahim Khalilullah a.s yang telah dirakamkan di dalam firman ALLAH S.W.T dalam Surah Ibrahim: 35 & 40;

“ Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”
“ Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat , Ya Tuhan kami, perkenankanlah.”

Moga ALLAH TA’ALA mengurniakan Hidayah-Nya kepada kita semua.

02:30 20.02.11


0 comments:

Post a Comment