Pages

Wednesday, June 22, 2011

Sembang Cinta


“Dengan siapa kita akan menikah, atau telah menikah, semuanya telah tercatat jelas  di Lauh Mahfuz. Bukan soal bernikah sahaja, rezeki, ajal, baik atau buruknya seseorang, semuanya telah tercatat dan semuanya dalam pengetahuan Allah SWT”.
Aku sedang mendengar nasihat dari seorang abang di tempat yang indah. Di belakang kami ada air terjun yang tak henti henti menghempaskan dirinya ke batu batu yang berserakan, di tepi kami pula kelihatan pokok pokok besar kehijauan, indah sekali. Kami duduk di atas batu batu besar yang sebahagiannya terendam di dalam sungai yang cetek. Kelihatan juga ikan ikan kecil sedang berenang renang di dalam air. Tempatnya sangat cantik.

” Abang dulu kahwin macam mana ya?, saja nak tahu”, Aku bertanya soalan kepadanya
” Erm, kalau kamu nak tahu, abang sama isteri abang dipertemukan oleh seorang ustaz. Murabbi abang. Abang cuma lihat dia sekali saja sebelum bernikah dan 2 bulan berikutnya setelah berjumpa, abang terus bernikah dengannya”, abang tersebut menjelaskan kepadaku. Aku jadi panasaran, bagaimana mungkin kalau hanya sekali berjumpa terus setuju untuk bernikah.
” Sekali ja bang?!, err, kenapa tak banyak kali, macam mana abang tahu hati budi dia?, kalau sekali jumpa, mesti susah nak cakap dia cantik atau tidak ya bang, err..isteri abang cantik ya bang?”, aku menambah soalan. Aku jadi semakin ingin tahu.
“Aduh!, kamu ni kelihatan benar benar ingin tahu,  kamu sudah punya calon ke?”, abang ini bertanya kepadaku sambil matanya melihat tepat kepada mataku. Aku jadi kaget. “Belum bang, saja nak tahu, saya kan dah tahun dua, dengar cerita abang juga menikah di tahun dua masa kat universiti, mungkin boleh kongsi pengalaman”.
“Macam ni, cantik itu relatif dan subjektif, kecantikan seseorang itu bukan hanya pada wajahnya sahaja. Wajah yang cantik belum tentu menjamin cantiknya akhlak. Nah, sebab itu kenapa kamu lihat artis artis cantik kerap bercerai walaupun mereka cantik!. Keluarga yang bahagia adalah apabila pasangan kita cantik akhlaknya”, abang tersebut menjelaskan.

“Jadi, cantik wajah  tak penting ya bang?”, aku kembali bertanya.
“Kan sudah abang katakan tadi, cantik itu subjektif. Kamu tanyakan isteri abang cantik atau tidak, tentu saja abang jawab cantik. Tapi kalau kamu lihat dia, belum tentu kamu kata cantik, mungkin biasa biasa sahaja. Kalau kamu tengok orang India yang berkulit hitam, tentu saja kamu kata, ‘ish, hodoh!’, tetapi kalau kamu tanya pada orang India lain, mungkin saja dia akan kata cantik. Kalau tidak, tentu semua orang India akan berkahwin dengan orang Cina, sebab orang Cina putih, orang India gelap. Tapi Beauty is in the eye of the beholder. Nah, cantik itu subjektif!, bukan begitu?, citarasa manusia tentang kecantikan tidak sama”
‘Bukan ke nabi bersabda, cantik itu seabagai ukuran memilih calon, jadi tak salah kalau saya memilih yang cantik kan?”, aku bertanya, aku memang ingin tahu sekali.
“Benar, Rasulullah SAW bersabda, “Wanita dinikahi karena empat hal; karena harta, keturunan, kecantikan dan karena agamanya. Maka pilihlah wanita yang punya agama, jangan berpaling kepada yang lainnya semoga dapat berkah” (HR Bukhari dan Muslim).”, Dia diam sebentar, mungkin mencari kata kata yang tepat untuk menjelaskan kepadaku, kemudian menyambung
” Kriteria pemilihan bukan hanya pada cantiknya wajah, tetapi yang paling penting agamanya. Bisa kamu lihat Rasulullah SAW meletakkan agama pada tangga pertama sebelum yang lain kan?, kalau hanya memilih cantik tetap tidak beragama, binasa juga, saran nabi pilihlah yang beragama”.
” Jadi macam mana nak tahu dia cantik bang?”, saya bertanya.
“Aduh, pusing pusing cantik juga yang kamu mahu bicarakan”,  Abang ini mengusik aku.
” Ya bang, susah sekali ingin menangkis keinginan hati memilih yang cantik”, aku berterus terang sambil tanganku membaling batu kecil ke dalam air. Dahiku berkerut, aku rasa sedikit menyesal kenapa aku tidak dapat menangkis keinginan hati
“Macam ini, abang jelaskan lagi ya maksud cantik itu relatif. Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang beriman akan menilai kecantikan pada budi dan keimanannya. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual”, aku ingin menyampuk tetapi dia meneruskan.
“Cantik itu relatif mengikut keadaan. Orang yang paling cantik pun akan kelihatan sangat hodoh apabila sering marah marah dan malas, sebaliknya perempuan yang tidak cantik akan kelihatan sangat cantik apabila sentiasa tersenyum, rajin beribadah, hormat orang tua dan selalu bersabar. Bukan begitu?”
“Ya, betul tu, saya setuju bang”, Aku jadi teringat kepada kawanku yang sering mengeluh sikap ibunya yang kasar sehingga mengakibatkan penceraian kedua orang tuanya.
Aku termenung kemudian menyambung, “Jadi saya nak memilih yang cantik akhlaknya sekaligus cantik wajahnya”.
“Ya, itu yang terbaik, tetapi yang utama adalah agamanya bukan wajahnya. Ingat, yang biasa biasa akan jadi luar biasa cantik apabila kita semakin lama bersamanya. Itulah pengalaman abang. Masa awal awal kahwin dulu, abang rasa isteri abang biasa biasa sahaja, tetapi semakin lama abang rasakan tiada lagi yang paling cantik di dunia ni melainkan isteri abang. Entahlah, abang tak tahu samaada Allah mengubah wajah itu atau hati ini?”.  Dia seakan akan berfalsafah. Aku dapat lihat ketenangan di wajahnya.
“Tapi apa kaitan dengan hati bang?”, aku bertanya kembali, aku ingin mencungkil segala mutiara kata darinya. Kesempatan pada rehlah kali ini tak akan aku lepaskan.
” Macam ni, yang menentukan cantik itu hati bukan mata. Sebab mata manusia semuanya sama, justeru yang membezakan cantik itu hati. Kalau hati kita indah, nescaya sekelilingnya juga indah tetapi kalau hati kita kotor, sekeliling kita nampak kotor walaupun sebenarnya tidak kotor. Keindahan jadi tersembunyi di sebalik kekotoran yang sedikit. Nah, kalau kamu menikah dengan yang cantik sekali pun tetapi hati kamu kotor, kecantikannya tak akan bertahan lama, seiring masa, kamu akan mencungkil segala kekotoran itu”
” Wah hebat abang berfalsafah!”, aku jadi kagum.
Jodoh aku
“Bang, kalau saya hendak kahwin dan hendak memilih jodoh untuk saya, apa nasihat abang?”, aku meminta nasihat padanya.
“Kalau kamu hendak memilih jodoh, abang nasihatkan dua perkara. Pertama, kamu jadilah orang yang baik nescaya kamu akan mendapatkan pasangan yang baik. Ini pasti. Kedua, kamu minta orang yang baik mencarikan kamu jodoh kerana orang yang baik hanya akan mencari yang baik”.
Aku jadi semakin panasaran. Sebenarnya ada sesuatu yang berlegar di fikiran aku, tetapi aku malu menceritakannya. Aku termenung, sesekali ada ikan kecil mencium kakiku yang direndam ke dalam air.
” Jodoh itu urusan Allah. Sudah siap di catat di alam rahim lagi, jadi kamu tidak perlu risau. Yang jelas, prinsipnya satu ‘orang baik akan mendapatkan orang yang baik’, jadi kalau kemu hendak mencari calon yang baik, jadilah baik!.
Aku menunduk malu, kemudian aku meneruskan bicara..”sebenarnya bang..sebenar.nya..sa..sa.ya.ada hajat bang”…
Tok, tok, tok. Tiba tiba pintu kamarku di ketuk. Keindahan hutan dan air terjun hilang tiba tiba. Wajah ‘abang’ pun hilang. Aku tersedar. Astaghfirullah, mimpi rupanya. Mimpi kejadian lama.
Pintu bilik aku buka, kelihatan di hadapanku wajah seorang perempuan cantik memakai baju kurung biru bergemerlapan. Wajahnya putih bersih bagai bidadari, rambutnya panjang beralun indah. Dia melihat aku penuh cinta. Aku menatap kecantikannya. Kemudian dia memberikan aku segelas air teh hangat. Aku minum sambil melihatnya
” Ah, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk aku terus bersamanya dalam kebaikan?”. Hati ku di landa bimbang. Aku sangat menginginkan aku dan isteriku terus berada dalam kebaikan. Dia mendatangiku dan melabuhkan badannya di sebelahku. Aku meilhat matanya, penuh cinta. Dialah bidadari yang dipertemukan abang itu kepadaku
Aku jadi teringat ucapan abang itu lama dahulu
” Yang penting bukan siapa isterimu sewaktu kamu menikah dengannya, tetapi siapa dia setelah menikah dengan mu, apakah dia masih baik setelah menikah dengan mu atau sebaliknya, janji Allah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik bukan hanya di awal pernikahan tetapi sepanjang perjalanan cinta menuju ke syura”
Aku memeluk isteriku erat, aku melihat matanya dan berkata
” Abang mencintaimu kerana Allah, cintailah Allah nescaya kita akan selalu berada dalam kebaikan”.
Sekian, Tamat
Pena Mujahid

0 comments:

Post a Comment