Pages

Saturday, May 28, 2011

Segan.



Segan bila tangan lagi laju membuka laptop
dari membuka kitab Allah, dari study.
Segan bila mata lagi seronok melihat cerita.
Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall
dari melangkah ke masjid.
Segan bila mulut asyik bercerita
dari berzikir mengingati Allah.
Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu 
yang menyeronokkan jiwa
berbanding mendengar ayat-ayat Allah.

Terasa segan,
bila ditimpa masalah atau musibah,
terus mencari manusia untuk mengadu
bukannya DIA.
Segannya bila ada ujian,
mulut laju merungut, bukannya 
cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah.
Bila dititipkan harapan, 
lebih mengikut kata hati,
lebih menyebelahi kata nafsu,
hanya bila harapan itu pudar baru mencari DIA,
malunya bila rasa dah belakangkan DIA.
Oh, terasa segan.

segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia
dari mencari Ilahi.
Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu. 

Segan dengan Dia yang Maha Melihat,
segan dengan Dia yang Maha Mengerti,
segan dengan Dia yang Maha Memahami.
segan dengan Dia yang Maha Pengampun!

Segan dengan dosa yang dilakukan,
terasa bersalah dengan Dia. 
Sedangkan diri tahu, Dia sentiasa ada.
Diri tahu Dia tak pernah tinggalkan hambaNya walau sesaat.
Tapi kenapa diri masih tegar melakukan kesalahan?
Oh, sebab diri ditaraf hamba,
hamba yang sering leka dengan dunia,
memang sering melakukan kesilapan demi kesilapan.
Tapi bukankah Baginda Rasulullah pernah bersabda,

"Mukmin yang beriman tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali."

Terasa bagaikan ada batu yang menghempap kepala. Sakit.
Ish, dah tahu rupanya begitu. 
Tapi kenapa tidak mahu ambil pengajaran lagi?
Erk. Erm.
Dan terasa segan.

Benar, diri bukanlah maksum bagaikan baginda Rasulullah.
Diri adalah hamba, ditaraf hamba.
Yang dibawah dan yang terhina.
Tapi, kalau diri mengakui beriman
sudah tentu diri akan melakukan kebaikan.
Sudah tentu diri akan sentiasa membetulkan diri.
Sudah tentu diri akan selalu muhasabah diri.

Jadi,
kalau terasa segan, bersyukurlah. 
Hati dan perasaan tengah nak kembali pada yang Hak.
Jiwa masih lagi utuh untuk mengikat kata cinta pada Dia.
Allah sebenarnya tengah bagi peluang
untuk diri bertaubat dan bertaubat lagi.
Gunakan kesempatan yang ada,
kerana diri tidak tahu apakah ini nafas yang terakhir?

http://izzatihashim.blogspot.com/ 

0 comments:

Post a Comment