Pages

Thursday, May 12, 2011

Petua Iblis Menanam Kesumat Di Hati Manusia..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tazkirah:

Pada suatu malam yang lengang, Rasulullah menghendap-hendap keluar dari rumah isterinya, Aisyah. Dengan hati-hati dia berusaha agar Aisyah tidak terbangun dari tidurnya. Tetapi Aisyah terjaga dan melihat suaminya keluar, ia merasa curiga serta cemburu. Mahu ke mana suamiku? Apakah ia akan mendatangi isterinya yang lain? Oleh kerana itu, Aisyah terburu-buru mengikut Rasulullah dari belakang. Tiba-tiba Rasulullah seperti menerima firasat yang tajam. Baginda berhenti, lalu berbalik menuju arah semula. Dengan demikian, Baginda menegur Aisyah yang sedang mengikutinya.

Nabi s.a.w. bertanya, "Engkau curiga dan cemburu kepadaku?"

Aisyah menjawab dengan jujur, "Benar ya Rasulullah. Bagaimana takkan cemburu seorang isteri seperti aku terhadap suami semacam dirimu?"

"Bererti syaitanmu telah mengunjungi dirimu," jawab Nabi s.a.w.

"Apakah ada syaitan dalam diriku, ya Rasulullah?" ucap Aisyah terperanjat.

"Ya, dan ada pada setiap orang," sahut Nabi s.a.w. membenarkan. "Juga dalam dirimu, ya Rasulullah?" Tanya Aisyah kurang puas. Nabi s.a.w. mengangguk dan berkata, "Betul. Tetapi Tuhanku Yang Maha Perkasa dan Maha Mulia telah menolongku untuk mengalahkan syaitan sehingga aku selamat dari tipu dayanya.

Benih-benih kesumat telah disebarkan oleh syaitan. Namun, tidak semuanya tumbuh subur di hati manusia. Curiga dan cemburu telah ditanamkan oleh syaitan. Akan tetapi tidak semua manusia boleh ditaklukkan. Sebab ada orang-orang yang selamat dari pujukan syaitan, iaitu orang-orang yang ditolong oleh ALLAH serta orang-orang yang berlindung kepada ALLAH, yang meminta tolong kepada ALLAH."

Dalam sebuah hadis qudsi, ALLAH s.w.t. berfirman: "Wahai segenap hambaKu. Kalian semuanya berdosa, kecuali yang Ku ampuni. Oleh kerana itu mintalah ampun kepadaKu, nescaya kalian Ku ampuni."

Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sesungguhnya syaitan itu meletakkan paruhnya di hati keturunan Adam. Nmaun, jika mereka mengingati akan ALLAH, pergilah syaitan itu. Akan tetapi, bila mereka melupakan ALLAH s.w.t., disengatlah hatinya oleh syaitan."

Kepada Nabi Musa a.s., syaitan datang berupa bentuk Iblis yang berjubah dengan tutup kepala bagaikan orang suci. Di hadapan Nabi Musa, iblis membetulkan tutup kepalanya sambil mengucap, "Assalamu'alaikum"

Musa bertanya. "Siapakah engkau?"

"Aku Iblis." jawabnya.

Musa segera mengucap, "Semoga ALLAH s.w.t. melindungi diriku dari tipu dayamu."

Iblis berkata, "Aku datang dengan memberi salam untuk mengagumi ketinggian martabatmu di sisi ALLAH s.w.t. dan kemasyhuran namamu di tengah umat manusia."

"Apakah pujian itu untuk menyesatkanku?" Tanya Nabi Musa.

"Benar. Tetapi engkau terlalu kuat bagiku." Ucap syaitan berterus terang.

Musa bertanya keras, "Buat apa engkau memakai tutup kepala seperti orang alim?"

"Dengan pakaian ini aku berusaha menawan hati manusia."

Nabi Musa masih bertanya. "Apa yang engkau lakukan kepada manusia supaya mereka dapat engkau perdayakan?"

Iblis menjawab: "Bila mereka sangat kagum akan diri sendiri. Lalu aku merasa dirinya telah banyak berbuat kebaikan dan seolah tidak pernah mempunyai dosa, itulah tanah paling subur untuk menanam kesumat di hati mereka."

"Jelaskan lebih lanjut usahamu yang lain." Tanya Nabi Musa.

Dengan mengangkat kepalanya, Iblis berkata:

"Jika engkau berjanji akan melakukan kebajikan dan akan meninggalkan keburukan, di situlah aku datang untuk mengagalkannya. Sebab antara janji dengan pelaksanaan terdapat jarak yang cukup panjang untuk membatalkannya. Janganlah engkau berikrar hendak bersedekah. Lantaran, sebelum sedekah itu dikeluarkannya, aku menghampiri dan bersahabat dengannya sehingga secara halus dapat ku tahankan niatnya."

Rasulullah s.a.w. pernah memperingatkan: "Sungguh pasti celaka orang-orang yang selalu akan berada kebaikan. Dan orang-orang yang selalu akan berada dalam kebaikan itu dinamakan kaum musawifun, iaitu orang-orang yang sentiasa menunda-nunda perbuatan baik. Padahal, pada hakikatnya, manusia tidak memiliki kesempatan kecuali satu saat sahaja, iaitu saat sekarang.

Maka rebutlah saat yang satu itu dengan bertaubat dan beribadah. Sebab menurut para sufi, hati manusia tidak putus-putus dihinggapi kekotoran.

Debu-debu kesumat akan berkumpul menjadi kristal hasad dengki dan iri hati. Sifat seperti dengki dan iri hati adalah noda yang dianggap sebagai penghias kegembiraan dan kepuasan hidup pemiliknya. Mereka lali dengan kenikmatannya, seperti seorang pemabuk nikmat oleh arak, atau seorang yang menagih dadah. Mereka tidak sedar, dengki dan iri hati memakan diri mereka sendiri. Mereka tertipu. Padahal hasad dengki dan iri hati menyebabkan petaka atas diri sendiri.

(Buletin Shoutul Iman)

0 comments:

Post a Comment