Pages

Wednesday, May 25, 2011

Cinta Dunia & Takut Mati


Sabda Nabi S.A.W bermaksud:

“ Hampir tiba suatu zaman di mana pemimpin yang zalim akan datang mengerumuni kamu bagaikan sebuah talam makanan yang dikerumuni / diterkam oleh orang ramai yang sedang lapar!!

Maka salah seorang sahabat bertanya: Apakah kerana kami ini sedikit (bilangannya) pada hari itu?

Nabi S.A.W. menjawab: Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di dilautan... (nampak banyak, tetapi lemah bila dibadai ombak) dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’

Seorang sahabat bertanya: Apakah penyakit wahan itu ya Rasulullah?

Nabi S.A.W menjawab: Cinta pada dunia dan benci (takut) pada kematian. ”

(Riwayat Abu Daud)

- petikan khutbah jumaat (20 Mei 2011) oleh: Ustaz Yusaini Yahya -

0 comments:

Post a Comment