Pages

Monday, May 02, 2011

Akhirnya Osama Bin Laden Terkorban - Disebalik keraguannya



4941652882 66c2f1a5c2 o Osama Bin Laden Akhirnya Mati Dibunuh AmerikaPemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden maut dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan jenazahnya kini dilapor berada dalam simpanan AS, umum Presiden Barack Obama hari ini.


Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara itu di White House hari ini berkata, Osama terbunuh dalam satu operasi diketuai AS di Islamabad.


- Reuters
Berita terbaru mengatakan bahawa Osama Bin Laden, yang diburu Kerajaan Amerika Syarikat lebih sedekad lamanya selepas peristiwa pengeboman World Trade Center,telahpun mati dibunuh dalam pertempuran yang berlaku di Pakistan.
Pengumuman oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga mengesahkan bahawa kali ini, Osama bin Laden benar-benar dapat dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat.
Pihak Kerajaan Amerika juga mengambil mayat Osama bin Laden yang terbunuh.Untuk tujuan apa, kami tidak pasti.Osama bin Laden berjaya dibunuh di satu kawasan di Abbottabad, Pakistan seperti gambarajah di bawah.
place osama bin laden died Osama Bin Laden Akhirnya Mati Dibunuh Amerika
Kejayaan pihak Amerika berjaya membunuh Osama Laden ini pasti mewujudkan kebanggaan pada mereka, setelah berhempas pulas lebih dari sedekad untuk membunuhnya.Walaupun Amerika merupakan di antara pasukan keselamatan yang paling tinggi tahap teknologi mereka, namun usaha mereka untuk menangkap Osama hanya berkesan setelah lebih dari 10 tahun.
Adakah kematian Osama Laden ini akan melumpuhkan Al-Qaeda? Kami tidak pasti mengenai perkara itu.Apa pendapat anda mengenai isu ini

Osama Bin Laden Meninggal - Jasad Atau Karakter yang dimatikan?

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Sunday, May 1, 2011 | Category: |


PEMIMPIN Al-Qaeda, Osama bin Laden dipercayai sudah meninggal dunia pada 13 Disember 2001 akibat penyakit buah pinggang tetapi pemerintah Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Britain dipercayai menyembunyikan kematiannya bagi meneruskan perang terhadap keganasan, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut akhbar itu, Pervez Musharraf semasa menjadi Presiden Pakistan pernah memberitahu stesen televisyen CNN di AS pada Januari 2002 bahawa Osama sudah meninggal dunia kerana sakit buah pinggang iaitu beberapa bulan selepas serangan pengganas berlaku di New York.
Kenyataan itu dibuat selepas akhbar Al-Wafd di Mesir memnyiarkan satu laporan pada 26 Disember 2001 yang menyatakan seorang tokoh terkenal kumpulan Taliban Afghanistan mengumumkan bahawa Osama sudah dikebumikan pada 13 Disember 2001.
"Dia (Osama) menghadapi komplikasi yang serius dan telah meninggal dunia. Dia dikebumikan di Tora Bora dalam satu pengebumian yang dihadiri oleh 30 pejuang Al-Qaeda, rakan-rakan rapat dari keluarga dan rakannya dari Taliban.
"Berdasarkan tradisi fahaman Wahabi, tidak ada tanda dibuat di kubur Obama," menurut laporan akhbar itu.
Teori yang mendakwa Osama sudah meninggal dunia dibuat pada awal tahun ini apabila bekas pegawai perisikan asing AS yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Boston, Profesor Angelo M. Codevilla berkata, semua rakaman pita video dan suara yang didakwa sebagai Osama tidak pernah meyakinkan pemerhati," kata profesor itu.
Menurutnya, wajah lelaki yang muncul dalam beberapa rakaman video tidak kelihatan seperti Osama.
"Beberapa rakaman video menunjukkan lelaki seperti Osama itu mempunyai hidung bengkok manakala rakaman lain menunjukkan hidung yang lebih pendek serta lebar," jelasnya.
Menurut Ketua Jabatan Kajian Agama Universiti Duke, Profesor Bruce Lawrence, imej dalam beberapa rakaman suara dan video yang didakwa Osama tidak konsisten dengan fahaman Islam Wahabi pegangan ketua Al-Qaeda itu.
Dalam satu video, Osama memakai cincin emas iaitu perhiasan yang diharamkan oleh pengikut Wahabi.
Dalam minggu ini, lebih banyak persoalan ditimbulkan berikutan penerbitan sebuah buku di Amerika dan Britain yang berjudul Osama bin Laden: Dead or Alive?
Buku itu ditulis oleh penganalisis politik dan falsafah di AS, Profesor David Ray Griffin.
Buku itu mendakwa Osama sudah meninggal dunia kerana kegagalan buah pinggang berfungsi atau penyakit yang berkaitan dengannya pada 13 Disember 2001 semasa dia tinggal di kawasan pergunungan Tora Bora, Afghanistan.
Pengebumiannya diadakan dalam tempoh 24 jam mengikut tradisi agama Islam dan kuburnya tidak mempunyai sebarang tanda, mengikut amalan Wahabi.
Menurut Griffin, banyak pita rakaman Osama yang disiarkan selepas hari pengebumiannya telah dibuat oleh Barat bagi mempengaruhi penduduk dunia bahawa ketua Al-Qaeda itu masih hidup.
Profesor itu berkata, tujuan pita rakaman palsu itu diadakan adalah bagi meningkatkan sokongan terhadap perang menentang keganasan di Iraq dan Afghanistan.
Tentera AS dan Britain yang melancarkan serangan besar-besaran ke atas Tora Bora, Afgha- nistan mengabaikan kenyataan Osama yang mendakwa dia tidak terlibat dalam serangan 11 September 2001 di AS.
Dalam satu daripada empat pengakuannya, Osama berkata: "Saya sudah menyatakan saya tidak terlibat. Sebagai seorang Islam, saya cuba sedaya upaya saya mengelak untuk menyatakan satu pembohongan. Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan... atau saya menimbangkan untuk membunuh wanita yang tidak bersalah, kanak-kanak dan manusia lain sebagai satu perbuatan yang dihargai." - Agensi
Osama bin Laden, adalah seorang tokoh dari Arab Saudi

Biodata
Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden (bahasa Arab: أسامة بن محمد بن عود بن لادن) yang secara popular dikenal dengan Osama bin Laden, dilahirkan pada tanggal 28 Jun 1957 di kota Jeddah, Arab Saudi, kawasan pantai Laut Merah. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang anak bersaudara.

Bapanya bernama Mohammed bin Laden, adalah seorang petani miskin dari Yaman yang kemudian berpindah ke Arab Saudi selepas Perang Dunia II. Di tempat yang baru ini Mohammed bin Laden memulakan kerjayanya yang baru bergerak dalam bidang perniagaan pembangunan. Pada akhirnya beliau mendapat banyak kontrak bagi pembangunan masjid-masjid dan istana-istana yang sangat bernilai dari pemerintah Arab Saudi. Oleh kerana itu beliau telah mengembangkan tali persahabatan yang sangat akrab dengan keluarga Kerajaan Saudi. Mohammed bin Laden kemudian telah menjadi salah seorang yang paling kaya di Arab Saudi, yang dianggarkan memiliki aset jutaan dollar Amerika Syarikat. Dari keuntungannya ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham sejumlah hampir 300 juta dollar Amerika.


Pendidikan dan Masa Mudanya
Ketika di usia remaja, Osama bin Laden telah bergabung dengan gerakan Wahhabi Konservatif-Baru (Ultrakonservatif) ; dan beliau pernah menyertai jabatan polis yang menegakkan undang-undang syariah. Osama adalah seorang bekas mahasiswa Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah, dimana beliau berguru kepada salah satu diantara gurunya,iaitu Sheikh Abdullah Azzam. Guru Abdullah Azzam inilah yang kemudian diketahui sebagai tokoh utama yang memainkan peranan menggerakkan sokongan kepada bangsa Arab bagi kaum Mujahidin yang berperang melawan kependudukan Russia di Afganistan. Osama bin Laden lulus pengajiannya dan mendapat ijazah sarjana tahun 1979 dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan.


Perjalanan Hidupnya
Osama bin Laden mula membangunkan jaringan komunikasinya pada tahun 1979 ketika beliau ke Afganistan menyertai perang kaum pejuang Afgan yang dikenali sebagai kaum mujahidin yang tetap bertahan dan bertempur melawan Kesatuan Soviet. Osama mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan pengaruhnya keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan, dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik dan bantuan kemanusiaan. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran selama perang Afganistan.

Ketika peperangan melawan Soviet hampir berakhir, Osama menubuhkan gerakan Al Qaeda, sebuah organisasi bekas pejuang Mujahedin dan para penyokong lainnya yang membantu menyalurkan baik dana dan pasukan pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.

Ketika tentera Soviet berundur keluar dari Afghanistan, Osama bin Laden pulang ke Arab Saudi dan menceburi perusahaan pembinaan dan pembangunan milik keluarga, Kumpulan Perusahaan Bin Laden. Di sini beliau kemudiannya bersama dengan kelompok orang-orang Saudi yang haluan kiri dan menentang pemerintahan kerajaan / monarki Saudi, iaitui terhadap [[Keluarga Raja Fahd. Pada tahun 1995 Osama bin Laden membangunkan infrasruktur di Sudan ketika hubungannya dengan Presiden Umar Al Basyir dan Dr Hasan Turabi yang memerintah Sudan.

Pada tahun 1994, Pemerintah Saudi menarik hak kewarganegaraan Osama dan membekukan seluruh aset dan kekayaannya di seluruh negara.Menurut Pemerintah Amerika Syarikat, Al Qaeda telah meniru gerakan-gerakan perikatan dengan pola pemikiran golongan fundamentalis, seperti misalnya golongan Al-Jihad di Mesir, Gerakan Hizbullah di Iran, Front Islam Nasional di Sudan, dan kelompok-kelompok jihad lain di Yaman, Saudi Arabia, dan Somalia. Organisasi Osama bin Laden juga memiliki ikatan-ikatan dengan "Kelompok Islam" yang pada suatu ketika dibawah pimpinan Syaikh Omar Abdel Rahman, seorang ulama Mesir yang di jatuhi hukuman penjara seumur hidup sejak pengakuannya pada tahun 1995 menggagalkan persekongkolan meletupkan beberapa tempat di kawasan bandar New York. Pada akhir tahun 1990-an dua orang anak Sheikh Rahman bergabung bersama kekuatan tentera dan perjuangan Osama bin Laden.

Sejak tahun 1992, Pemerintah Amerika Syarikat memberi amaran bahawa Osama bin Laden dan anggota-anggota lainnya dari gerakan Al Qaeda menjadi sasaran tentera Amerika yang bertugas di Saudi Arabia, dan di Yaman, dan kesatuan ketenteraan yang ditugaskan di Gurun Afrika, termasuk di Somalia. Pada bulan Oktober 1993,dilaporkan 18 orang anggota tentera kebangsaan Amerika Syarikat yang bekerja untuk bantuan kemanusiaan di Somalia, terbunuh di sana ketika menjalankan kerja sosial mereka. Mayat tentera pekerja sosial itu diseret dan dianiaya di sepanjang jalan-jalan raya. Pada tahun , Osama bin Laden dikenakan hukuman atas tuduhan melatih orang-orang yang terlibat dalam serangan pembunuhan tentara pekerja sosial tersebut dan beliau menyatakan bahawa para pengikutnya bersama kaum Muslim setempat telah membunuh tentera-tentera itu.Perundangan Amerika Syarikat turut menuduh bahawa Osama bin Laden memiliki jaringan dengan serangan-serangan yang gagal ke atas dua hotel di Yaman di mana para tentera Amerika Syarikat bermalam dalam perjalanan mereka ke Somalia.

Pada 7 Ogos 1998,lapan tahun selepas tentera AS di tugaskan beroperasi di Arab Saudi, dua trak mengandungi bom meletup di luar Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Nairobi, Kenya; dan di Dares Salaam, Tanzania. Osama bin Laden mengaku tidak bertanggungjawab, tetapi para Hakim menegaskan keterlibatan dan kesalahannya itu terbukti dengan adanya surat-surat faksimili yang dikirimkan oleh kelompok Sel Osama di London setidaknya kepada tiga agen penjualan media internasional. Para Hakim juga menunjukkan pengakuan penjenayah tertuduh pelaku pengeboman Kedutaan-Kedutaan Besar , yang mengaku mereka adalah anggota gerakan Al Qaedah.

Empat belas hari kemudian, pada 20 Ogos 1998, Presiden Bill Clinton memerintahkan armada Kapal Perang Amerika Syarikat menggempur kem-kem di Afganistan yang disyaki sebagai markas latihan pengganas, dan penggempuran keatas kilang pengujian bahan kimia di Khartoum, Sudan. Osama bin Laden selamat dari serangan itu dan dijatuhkan hukuman oleh kerajaan Amerika Syarikat atas tuduhan sebagai perancang serangan-serangan bulan November 1998.

Presiden George W. Bush telah menyatakan bahawa Osama adalah tertuduh utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada 11 September 2001; dan serangan pengganas yang lain keatas Kedutaan-Kedutaan Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan asset-aset Amerika Syarikat yang lain.

Para pejuang Taliban telah mengutuk serangan hari Selasa ke atas Amerika Syarikat itu dan menegaskan bahawa Taliban tidak terlibat. Osama bin Laden secara tegas dan meyakinkan telah menyangkal penglibatan dirinya dalam serangan 11 September 2001 itu.

Osama bin Laden boleh disamakan dengan Che Guevara dalam perjuangannya terhadap ketidakadilan yang terjadi akibat haegemoni barat khususnya Amerika Syarikat terhadap bangsa bangsa di dunia khususnya yang terjadi di negara negara dunia Islam. Banyak pengamat Islam Antarabangsa menyatakan bahawa perjuangan Osama bin Laden dan Al Qaeda akan tetap berterusan selama dunia barat khususnya Amerika Syarikat tidak mengubah dasar luar yang tidak adil terhadap negara negara dunia Islam. Isu palestin adalah diantaranya, serta serangan dan pendudukan tentera AS di Iraq membuat masalah yang dikatakan dunia barat sebagai terorisme tidak akan selesai

OSAMA BEN LADEN TIDAK PERNAH WUJUD?
0 1 Osama Ben Laden Tidak Pernah Wujud?
Dalam sebuah filem dokumentari terbitan BBC berjudul “The Power of Nightmares” pejabat CIA secara terbuka mengakui bahawa Al-Qaeda sebenarnya merupakan ‘rekacipta‘ yang tidak pernah ada kebenarannya. Sebenarnya mereka membayar Jamal al Fadl ratusan ribu dolar supaya mencipta ‘story line’ mengenai Al-Qaeda untuk pentadbiran Amerika Syarikat.
Jadi siapa Osama sebenarnya? Osama yang kenali selama ini, menurut sumber yang saya dapat adalah agen CIA yang bernama Tim Osman. . Ada beberapa bukti tentang kehadiran Tim Osman di White House dan di beberapa pangkalan tentera AS, bahkan menerima demonstrasi khas penggunaan persenjataan terkini oleh tentera AS.
Mengapa hal ini tidak dilaporkan di media utama di Barat? Adakah Osama Bin Laden satu alat konspirasi untuk menjatuhkan Islam? Kebanyakan rakyat Afghanistan juga mengakui mereka tidak pernah mendengar nama al-Qaeda dan Osama Bin Laden sebelum serangan 11/9.
bin laden1 Osama Ben Laden Tidak Pernah Wujud?
bin laden4 Osama Ben Laden Tidak Pernah Wujud?
bin laden 3 Osama Ben Laden Tidak Pernah Wujud?
Osman Osama Ben Laden Tidak Pernah Wujud?
01 Osama Ben Laden Tidak Pernah Wujud?
*Apabila melihat biodata osama ben laden didalam wikipedia, kebanyakan ahli keluarganya dilaporkan mati akibat nahas pesawat udara. hmm..? Tetapi tahun lepas tidak silap saya osama ben ladin ini mengeluarkan video yang menyeru umat islam membantu mangsa banjir di Pakistan.. Sungguh celaru.. Semoga Allah memelihara dan memberi petunjuk kepada kita.


Sumber:
Osama Ben Laden Tidak Pernah Wujud? | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/osama-ben-laden-tidak-pernah-wujud/#ixzz1LBaOjVym


Benarkah Gambar Ini Mayat Osama Bin Laden Yang Mati DiBunuh?
Salam, baru sudah tengok gambar yang kononya adalah mayat Osama Bin Laden, persoalannya benarkah gambar bawah ini adalah mayat Osama bin Laden mati dibunuh Amerika, ataupun sekadar kospirasi seperti yang rakan-rakan kita komen di entry INI.
osama bin laden
Visual video yang dikeluarkan Express TV menunjukkan jenazah pemimpin Al Qaeda, Osama bin Laden di Islamabad, Pakistan pada Isnin. Beliau yang juga perancang utama serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001. -mstar.com.my
Lagi berita kematian Osama Bin Laden kat SINI
FILE PHOTO OF OSAMA BIN LADEN
flipkan gambar atas dan dapat hasil macam kat bawah
FILE PHOTO OF OSAMA BIN LADEN
cuba bandingkan keduanya, sama ke tak?
Full Name : Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden
Born : in Riyadh Saudi Arabia on 10 March 1957
Last Post : Founder of AlQaeda
p/s : Siapa yang pakar Photoshop, meh CSI-kan gambar tu, tgk betul ke tak.


Read more: http://yanmieonline.com/2011/05/benarkah-gambar-ini-mayat-osama-bin-laden-yang-mati-dibunuh/#ixzz1LCAvbLQR
Under Creative Commons License: Attribution

0 comments:

Post a Comment