Pages

Monday, February 28, 2011

Pemimpin Diktator Dunia Mula Agih Wang Ehsan



Dua tiga hari yang lalu, Gaddafi mulai memberi bantuan 'wang ehsan' sebanyak USD400 kepada rakyatnya sebagai bantuan untuk membeli barang keperluan,sementara dari sudut yang lain dia menawarkan bayaran USD40 kepada askarnya yang berjaya menembak mati seorang penunjuk perasaan. Menggambarkan betapa paniknya Gaddafi sekarang. Sementara itu bank Switzerland mulai menerima transaksi yang agak besar jumlahnya dari pemimpin pemimpin korupsi dari seluruh dunia. Gambaran suasana mereka yang bergelar pemimpin, tetapi sekian tahun hanya merompak harta negara masing masing, mula panik suasana tersebut tidak mustahil bakal juga melanda mereka.


Raja Arab Saudi juga mengumumkan pembahagian aset negara beberapa billion untuk diagihkan 'wang ehsan' kepada rakyat. Sebagai tanda 'bersyukur' kerana keuntungan dari pendapatan negara yang besar. Jika mereka ada lebuhraya, tentu mereka juga akan menghapuskan 'bayaran tol', untuk menunjukkan keperihatinan kerajaan mereka kepada rakyat.

Ramai juga pemimpin negara, seperti di Bahrain, Yaman dan lainnya mulai membuka pintu untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin pembangkang. Mereka juga mula membebaskan pemimpin pembangkang yang ditahan sekian lama. Jika di negara mereka ada 'ISA', maka pada masa itu juga akan mengatakan bahawa tangkapan ramai pemimpin pembangkang yang lepas di bawah ISA adalah bukan di bawah perintah mereka, tetapi pihak polis yang berkeras ingin melakukan tangkapan.

Rata rata pemimpin diktator memerintah lebih dari lima belas tahun. Satu masa yang membuat mereka lupa daratan dan mengumpul harta sebanyak mungkin. Perhatikan sahaja pemimpin seperti Mubarak, Marcos, Gaddafi ataupun Mahathir. Mereka naik takhta pada umur yang masih muda dan dengan jiwa yang segar dan berazam memajukan negara. Tetapi mereka turun takhta dengan kekayaan yang melimpah ruah dikumpul oleh mereka maupun anak isteri mereka.

Gaddafi dikaitkan dengan angka 100 billion, Mubarak 40 billion, Marcos 50 billion, Mahathir pernah dikaitkan dengan angka 100 billion dan Mahathir pula menjawab dengan mengaitkan angka 100 billion itu selama 22 tahun sambil bertanya pula apa pula kisah 100 billion Paklah dalam masa kurang dari 10 tahun?

Pada masa ini, apa sahaja tindakan yang agak menekan rakyat tidak akan berani dilakukan dengan mudah oleh kerajaan. Ambil contoh kenaikan harga minyak dunia yang melebihi paras 100 dolar setong.

Adalah sesuatu yang sangat aneh dan ganjil, jika pada harga dari 70 dolar meningkat kepada 80 dolar, kerajaan menaikkan harga minyak dalam negara tetapi bila naik melebihi 100 dolar, kerajaan memberi alasan kerajaan 'prihatin' dengan masalah rakyat yang menanggung beban hidup yang tinggi.

Kebangkitan mahasiswa pro M juga cepat cepat di'cool down', takut takut ianya memberi impak yang lebih besar.

Apakah anda percaya, kerajaan BN yang memerintah Malaysia prihatin kepada rakyat lantaran itu menurunkan atau menghapuskan kadar tol? Adakah anda percaya bahawa Mahathir memang tidak mahu pemimpin pembangkang ditahan di bawah ISA dalam 'Operasi Lalang'?

Sudahlah kerajaan memperbodohkan rakyat selama lebih 50 tahun, tetapi memberi pula alasan bodoh sebagai gula gula kepada rakyat.? Semua langkah yang dilakukan oleh Mahathir ataupun Najib hanyalah satu langkah untuk menyuci nama mereka.

Saya percaya dengan kata kata Najib bahawa Mesir tidak sama dengan Malaysia.

Kekorupan Mesir parah sehingga rakyatnya menggangur, banyak keluarga kelaparan dan langsung tidak dihiraukan oleh pemimpin negara. Lain pula di Malaysia, pemimpin Malaysia sentiasa memberi gula gula untuk memperbodohkan rakyat. Mereka awal awal lagi sentiasa memberi bantuan 300-400 ringgit untuk meneruskan kelangsungan mereka memerintah. Kerana selagi mereka memberi RM300, maka peluang mereka merompak RM300juta, RM400juta atau berbillion akan terus terbuka.

Bilakah lebuhraya yang bertol mula dibina dan bilakah pula tol mula dihapuskan? Dibina bila mereka merasa gagah berkuasa. Sementara tol mula dihapuskan atau diringankan bila rakyat mula beralih kepada pembangkang.

Bilakah kerajaan menawarkan imbuhan sehingga RM7000 kepada gurubesar cemerlang? Setelah pakatan rakyat berjanji memberi imbuhan RM400 sebulan kepada setiap guru.

Jadi adakah kita berfikir Muammar Gaddafi benar benar ingin memberi bantuan wang ehsan USD400 kerana betul betul prihatin kesusahan rakyatnya? Tidak, ianya hanyalah satu gambaran kebimbangan akan kejatuhannya.

Adakah anda benar benar percaya kerajaan tidak menaikkan minyak kerana benar benar prihatin kepada rakyat? Tidak, kerana PRU sudah hampir dan kerajaan tidak mahu rakyat berdendam.

Alhamdulillah, kejatuhan BN melalui tunjuk perasaan mungkin tidak berlaku seperti di Mesir, tetapi rakyat akan tunjuk melalui undi mereka pada PRU13. Maka inilah salah satu sebab utama Mahathir ingin membersihkan namanya, kononnya bukan dia yang mengarahkan tangkapan operasi Lalang.

Kesimpulannya, samada di negara Arab atau bukan Arab, mereka mulai bimbang senario kebangkitan anak muda di seluruh dunia.

Tunjuk Perasaan Negara Arab: Pemimpin Diktator Dunia Mulai Panik Dan Kecut Perut

0 comments:

Post a Comment