Pages

Wednesday, September 14, 2011

Persahabatan Antara Lelaki dan Wanita

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.



Berhentikan Proses Seterusnya!



Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW).



Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.



Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..



Sudah terlanjur digosipkan….



Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.



Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.

Jangan Terperangkap

Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda:”Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…..” (an-Nur:31-32)
 

Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

Mencari yang SOLEH & SOLEHAH

ika mahu mendapatkan yg SOLEH, kurangkan agenda menCARI si SOLEH, tetapi b'usahalah menJADI yg SOLEHAH.Jika inginkan yg SOLEHAH, jgnlah cerewet menCARI yg SOLEHAH,tetapi berusahalah menJADI yg SOLEH.Bertemu yg solehah,solehahnya dia belum tentu KEKAL.Bertemu yg soleh,solehnya boleh BERUBAH kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.Perkahwinan adalah sebahagian drpda proses utk MENJADI,bukan MENCARI..


subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..(T__T)


"orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu"..subhanallah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..


aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bagi bertemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sentiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapt brtemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mngimpiknmu mnjadi zaujku"..amin ya rabbi..

ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati(qolbi)..


aku yg jahil : apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?

qolbi : seseorang yang soleh pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi solehah..



aku yang jahil : masya Allah, astaghfirullah...apakah dia masih setia menunggu aku?

qolbi : segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..


aku yang jahil : astaghfirullah..apakah aku kini masih berpeluang utk melamarnya?
qolbi : sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi?
 
qolbi : bukan kamu yang memutuskan apakah kamu solehah atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi solehah, bukan membuat keputusan yang kamu solehah..selagi mana kamu memikirkan apakah aku solehah atau tidak, maka selagi itu lah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, apakah aku bisa mendapat hawa yang rajin beramal ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T.

aku yang jahil : subhanallah..apakah boleh aku niat dihati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang soleh?

qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui dari mu apakah amalan mu itu diterima atau tidak atau bagaimana...tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya..bukan mempersoalkannya..

aku yang jahil : astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...

qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamanya..


aku yang jahil : astaghfirullah..syukri fillah...


wallahua'lam..


"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..

Saturday, August 27, 2011

Khas buat bakal ibu..jom lahirkan anak-anak sebagai seorang ulama pewaris nabi dan wali-wali Allah sejak dalam kandungan lagi...

Assalamualaikum wbt..saya ingin kongsikan amalan-amalan sepanjang mengandung yang di ajar oleh suami saya sendiri Ustaz DIn Langgar untuk manfaat bersama...

  • Amalkan membaca doa ini setiap hari (doa ini adalah untuk menjaga kandungan agar selamat dan sejahtera dari awal mengandung hingga akhir nya melahirkan) yang insyaALLAH sangat mujarab dan bacalah tidak kira di mana anda pergi samada dalam keadaan susah atau senang, sakit atau dimana-mana sahaja di dalam kereta/sedang melakukan kerja-kerja rumah dan terutama sekali ketika saat-saat anda sedang sakit untuk beranak, sebutlah doa ini tidak henti-henti insyaALLAH ia sangat mujarab untuk kandungan anda.
  • Bacalah Surah Yusuff , Surah Maryam, dan surah Muhammad setiap hari
  • Berzikirlah setiap hari dengan menyebut 30 kali istifar, 50 kali selawat dan 100 kali la illaha ilallah
  • Sebelum tido bacalah ayat Qursi dan surah 3 qul
  • Jagalah setiap inci makanan yang masuk ke mulut anda, pastikan yang halal, selamat dan baik. (bab makanan memang susah hendak dijaga kerana kebanyakkan makanan asas yang kita makan setiap hari banyak yang subhah terutama dicemari unsur khinzir tetapi kita tidak menyedarinya atau mengetahuinya.
  • Selalulah sebut Alhamdulillah, masyaALLAH,subhanaALLAH, Allhuakbar dan lain-lain...
  • Jagalah perilaku dan kawallah emosi dengan terbaik kerana di waktu mengandung lah hormon akan berubah secara mendadak dan akan mempengaruhi emosi anda, maka kawal dan tunjuklah contoh tauladan.
  • Setiap pagi minum lah air dicampur dengan satu sudu madu, susu kambing dan minyak zaitun untuk zat-zat
  • Amalkan sunnah-sunnah nabi
  • Taat dan patuhlah pada perintah suami, hormati dia, tidak bermasam muka, tidak melawan dan bergaul dengan baik.
  • Tunjuklah akhlak dan tutur kata yang baik kepada semua masyarakat yakni ibu-bapa, sahabat-sahabat dan lain-lain.
Waallahuaklam...Selamat beramal...

Wednesday, August 24, 2011

law kana bainana




law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen

====================

لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

====================

kalaulah Al-habib (nabi muhamad) ada diantara kita..
maka akan hampir kepadanya yg jauh & yg dekat
drpada ‘Toybah’ sebelum ia lenyap..
mengharapkan dekat denganya (al-Habib)

hampir denganya jiwa rasa tenang
jika kau berdoa pasti diperkenankan-NYA..
cahaya Taha ( Nabi Muhamad ) tidak pernah lenyap
pertemukanlah kami denganya Ya Mujib (

kan ku gadaikan nyawaku wahai Habib ( nabi)
Muhamad yg memuliakan gharib (org yg jauh/ tidak dikenali)
berhampiran dengan mu jiwa rasa tenang
wahai Rahmat sekalian alam

Ya Habibi Ya Muhammad
(wahai kekasihku Muhammad)
Ya Tobibi Ya Mumajjad
(wahai penawarku yg dimuliakan)
Anta zul-Fadhlil—muayyad
(kau yang memiliki segala kelebihan)
Jalla man solla ‘alaik
(kemuliaan bagi mereka yg berselawat ke atas mu)

Saturday, August 20, 2011


Thursday, August 18, 2011

Zina Hati..? Macam Mana Nak Elakkan..?

  
Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

  • Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
 
  • Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
 
  • Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Sunday, August 14, 2011

Si Mawar dan Sang Kumbang


Si Mawar dan Sang Kumbang

Wahai Mawar,
Indahnya dirimu kembang mekar dan harum mewangi di taman
Menyuntik rasa cinta dan sayang sang kumbang untuk mendekatimu
Tetap ingin mendekatimu walaupun terluka dek kerana tajamnya durimu
Inilah bukti rasa cinta dan sayang sang kumbang demimu, Mawar
Alangkah bahagianya saat sang kumbang berjanji menyayangi
dan memilikimu seumur hidupnya
Alangkah bahagianya saat cinta dan sayang si Mawar
terhadap sang kumbang berbalas
Benar, sang kumbang amat di pujanya dahulu.
Mungkin kerana hebatnya sang kumbang mengatasi serangga-serangga yang lain


Sang kumbang berjanji benar-benar ingin setia
dan menyayangi sepanjang hayatnya
Terharu si Mawar dan sedaya upaya menempis
serangga-serangga yang lain dari mendekatinya
Betapa hebatnya sang kumbang pada Mawar
Sehingga menyerahkan madu yang dijaga dan disimpan rapi selama ini.
Lemahnya dirimu Mawar…hebatnya dirimu Sang Kumbang…
Bila halangan melanda, kau tinggalkan
dan biarkan Mawar menanggungnya sendirian
Benar, Mawar juga merelakan engkau menghiggapinya
Tapi tahukah engkau wahai Kumbang..
Mawar hanyalah sekuntum bunga…




Wahai Kumbang,
Tahukah akan engkau, betapa perit
dan deritanya Mawar menanggungnya sendirian?
Tahukah akan engkau Mawar sentiasa menantimu?
Tahukah engkau betapa Mawar cemburu melihat bunga-bunga yang lain?
Benar, Mawar tahu madunya tidak dapat dikembalikan..
Tapi, masihkah dengan janji-janjimu,
apapun jadi Mawar tetap menjadi milikmu?
Menjaganya dan sama-sama menanggungnya?
Apalah dayamu wahai Mawar…
Kerana engkau hanyalah sekuntum bunga…


Sangkaannya engkau berbeza dari serangga-serangga yang lain
Tapi benarlah apabila engkau sendiri sanggup menghisap madunya
Bererti engkau tiada bezapun dengan serangga-serangga yang lain
Benar, Mawar itu tidaklah sesempurna dan seindah seperti yang didambakan
Tapi, bajailah dan siramilah Mawar menjadi apa yang engkau dambakan
Betapa deritanya Mawar menanggungnya sendirian
Tiadakah sekelumit perasaan sayang dan tanggungjawab pada Si Mawar?
Pergi menghisap madu yang lain setelah sekuntum Mawar engkau tinggalkan

Wahai kumbang,
Benar, bukanlah pintamu dan kehendakmu
untuk meninggalkan Mawar sendirian
Seindah manapun bunga Mawar itu,
Pasti ada juga kekurangannya
Tapi wahai sang kumbang,
Janganlah engkau melihat kepada kekurangan yang ada padanya
Tapi lihatlah pada kelebihan dan persamaan yang ada pada Mawar.
Benar, engkau ingin membiarkan takdir penentu segalanya
Tapi mudahnya engkau melafazkan
Kerana Mawar yang menanggungnya sendirian.
Apakah engkau mendengar wahai sang kumbang?
Apalah daya kerana Mawar hanyalah sekuntum bunga…


Wahai Mawar,
Hadapilah dengan tabah
Engkau masih lagi bisa mengeluarkan haruman
dan keindahan pada serangga lain
Yang benar-benar dapat mengotakan janjinya padamu
Yang benar-benar dapat menerimamu seadanya
Menanti serangga yang berbeza dari serangga yang lain
Sabarlah wahai Mawar
Engkau masih lagi sekuntum mawar yang mekar dan berduri….